CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 17, 2008

Audio & Car Show 2008


Salam sejahtera, apa khabar biskita batah-batah ani? mudahan tah saja biskita sentiasa sihat walafiat selalu, malam tadi aku sama dengan geng-geng "KEKAL" riding sama-sama turun ke Bandar Seri Begawan untuk mengisi masa hujung minggu, last-last destinasi yang di aga arah kawasan Stadium Tertutup disana, inda plang kami tau ada persembahan car & audio disana atu, sebab mula-mula atu kan meliat Expo Halal saja, tapi nya kata urang terkeduhung sudah tersinggah disana atu ambil kesempatan lah tarus round-round mencek kereta dan peralatan audio dorang, bangal jua lah telinga ulihnya disana atu, kebanyakan dorang berbelanja untuk atu adalah bermula dari 3K sampai 6K atau mungkin ada yang lagi banyak dari atu, mujur jua diri ani inda termasuk dalam urang yang gila audio macam atu, cukup tah audio kereta ku audio biasa saja and ada labuknya jua sedikit.

Antara beberapa insiden yang inda ku ingini berlaku pada malam persembahan audio atu adalah aku terserempak dengan seorang indung ani lah, sambil atu mengipak anak damitnya yang gerenti alum bercarai susu ikut berasak-asak meliat isi bunit kereta, gila banar..diri ani udah begagar-gagar jantung mendangar audio disana atu apatah lagi anak damit atu yang baru tah kan melalui proses "BREAK IN" untuk mendangar. Inda plang ku tau banarnya sama ada membawa side effect arah anak damit atu ataupun inda, tapi karang mun ia tuli masa ya basar atu ertinya ada tah side effectnya tu..ho..ho..ho..

Lagi satu yang ku kecewa dan merasa hampeh ialah aku langsung inda membawa sebarang kamera malam atu, tapi kalau ku bawa kamera pun kamera D60 ku saja yang available, sebab Canon PowerShot A460 ada urang memigang sementara untuk aktiviti sekolah hari ani (atas sebab-sebab tertentu - hari ani aku inda dapat turun kesekolah sebab atu tah ku serahkan Canon PowerShot A460 ku atu arah ia), banyak plang kan di zoom disana tu, tapi apa bulih buat.., menggambar pakai Nokia 3230 tah ku saja daripada langsung inda ada. Jadinya peristiwa pada hari ani cukup memberikan aku satu pengajaran iaitu dimana pun biskita berada jangan lupa bawa kamera.

0 comments: