CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 22, 2008

Apa Ada Cerita??? UPDATED!!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, now i'm back again dengan sedikit update yang entah apa-apa entah, lagipun batah jua ku nda ter-update blog ku ani, aku pun terus terang paning jua lah kan mikirkan apa yang patut kan ku sumbat lagi untuk isi blog ani, dan last-last aku kan update aktiviti ku lah saja..better than nothing..

So..apa kana mengana dengan gambar-gambar diatas atu?? kalau biskita kan mau tau iatah tu nah salah satu diantara penyebab-penyebab utama yang aku inda teupdated blog ani.."MELIAT DVD", untuk makluman bersama aku ani bukan nya jenis yang kuat meliat TV, sebab pasal ku kan aktif meliat TV dirumah ada-ada saja tia urang dalam rumah atu kan mliat, betukar-tukar tia cenel di ASTRO atu yang sekaligus liurku kan mliat TV menjadi tersangatlah TAWAR!!, sebab atu lah kalau ada siri-siri favourite ku kebanyakkan nya main download saja dari internet, lagi tarang dan dapat diliat bila-bila masa dan balik-balik daripada mliat di TV.

So ..bersempena dengan musim cuti ani aku "TER"beli DVD BOXSET MacGyver FULL SEASON, inda ada langsung dalam planning dan perancangan tahunan ku untuk membali DVD Boxset atu, tapi naluri dalaman ku serta bercampur dengan hasutan-hasutan ghaib membuat aku membali jua, at least ada jua kan diliat dan dibuat nanti untuk cuti ani, Jadinya dalam tempoh ani meliat tah ku siri-siri MacGyver ani, orang-orang muda sekarang ani gerenti inda kenal siapa MacGyver ani, siapakan MacGyver ani? apa.. ? keraja letrik?? huhh.. not my typical hero..bla..bla..bla..meliat muanya pun kali kan menyampah.., tapi pasal aku tahu cerita ani best iatah ku melaburkan usin ku membali dan aku inda menyasal lapas meliat balik siri ani setelah sekian lama inda meliat, dalam 10-20 tahun yang lapas pun inda pernah terlintas dalam lintasan fikiranku yang aku akan mliat balik siri ani selepas meliat siri AIRWOLF 2 bulan yang lapas..memang siri RETRO yang dirindui.. so untuk mereka yang baru kan berkenalan dengan MacGyver ani biarlah ku describe sedikit info pasal ia:
  • Kalau kan mengurung ia dalam bilik pastikan bilik atu inda ada karan??? kenapa inda bulih ada karan atu..JAWAPANNYA LIATLAH SENDIRI..

  • Inda jua bulih ada barang-barang lain dalam bilik atu walau sebungkus AMBUYAT sekalipun, sebab dengan ambuyat atu ia bulih dapat 1001 cara untuk meloloskan diri.

Alum pun habis meliat siri MacGyver tadi atu meliat JDrama (Drama Jepun) lagi ku, hari-hari lain memang ku payah kan concentrate meliat drama ani, iatah peluangnya ni masa cuti ani, Drama ani aku dapat dari kawanku dari Liang ulihnya mendownload, bukan plang Drama ani saja yang ku ambil dari ia, ada plang lagi tu..tapi yang baru ku kacau ialah Drama ani "YASUKO to KENJI" - PACAH lah jua cerita ani, sarat dengan lawak ganas dan menyentuh perasaan, kalau anda dan biskita adalah peminat drama Jepun, cerita ani memang sesuai untuk diliat. Cerita ani mengisahkan seorang abang yang menjaga adiknya dengan caranya yang tersendiri. BTW last episode atau FINALE siri ani baru jua habis disiarkan di Jepun pada 20/09/2008 . Jadinya cerita ani masih lagi dalam kategori "BARU" dan "PANAS".




Berhibur atu berhibur jua..meliat DVD atu meliat DVD jua, MacGyver atu MacGyver jua, JDrama atu JDrama jua, makan atu makan jua, minum atu minum jua, tidur atu tidur jua, tapi untuk meninggalkan aktiviti membaca jangan dilakukan sama sekali. Dan masa ani mengambil peluang membaca 2 buah buku diatas kalau ada masa lapangku. Membaca bahan ilmiah semasa musim keraja inda sama feelnya jika dibandingkan semasa membaca masa musim cuti. Membaca di musim cuti lebih siuk dan bebas, oleh sebab atu lah aku cuba sedaya upaya memanfaat kan masa cuti ani untuk menimba sebanyak mana pengetahuan ku dengan membaca sebanyak buku yang ku dapat.

1 comments:

Unknown said...

Syabas kawan.. bali bnyk2 dvd a2,mcm biasa ana minjam nnti hehe