CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, April 06, 2009

Majlis Pelancaran Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong

















05hb April 2009 @ AHAD - Alhamdulillah, pada haribulan yang telah pun dinyatakan dan dimaksudkan ani telah pun berlangsungnya satu acara yang mana bolehlah dikatakan cukup bersejarah jua bagi kelab motosikal KEKAL daerah Tutong iaitu Majlis Pelancaran Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong yang diselajurkan dengan Mesyuarat Agung Kali Kedua bagi membubarkan AJKTT sessi 2007/2009 dan lantikan AJKTT sessi 2009/2011 yang baru.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Pelancaran Kelab Motosikal KEKAL ialah S/Supt Pg. Kamaluddin Bin PSR. Pg. Hj. Jaya, Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Dan Kawalan Lalulintas, Pasukan Polis Diraja Brunei.

Majlis juga turut diserikan dengan pameran-pameran yang berupa gambar-gambar kegiatan dan aktiviti kelab KEKAL disepanjang penubuhannya, pameran motosikal-motosikal baru dan yang lama termasuk jenis motor off-road ATV, pameran motor-motor terbaru dari ejen-ejen motosikal serta penjualan barang-barang dan aksesori-aksesori motosikal dan skuter dan sebagainya.

Saya inda lupa mengucapkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan ahli kelab KEKAL yang bertungkus lumus mengungkayahkan serta memeriahkan lagi acara majlis ani, serta penaja-penaja dan juga pada mereka-mereka yang berkesudian datang berkunjung ke majlis ani.

0 comments: