CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, April 08, 2009

SETIA KU MENANTI

Disinilah tempat ku menanti dengan penuh kedinginan

Bersama dihadapan ku ialah sebuah rakan yang berkongsi nasib yang sama dengan ku


Era 80'an merupakan era kebahagiaanku,
Dimana khidmatku sering diperlukan,
Di bawah sinar terik matahari,
Ataupun ketika bumi basah dituruni hujan..

Aku sering melihat dan memerhatikan,
Penumpang-penumpang yang sering mendudukiku,
Kebanyakan mereka terdiri daripada murid-murid sekolah,
Dari pelbagai peringkat bangsa,
Dari pelbagai peringkat kaum,
Dan dari pelbagai peringkat umur,
Dari peringkat umur kanak-kanak..
Hinggalah kepada mereka yang meningkat alam remaja,
Senyuman-senyuman manis mereka..
Hilai ketawa mereka..
Suara-suara serta gemersik halus bisikan mereka,
Sama ada ketika pergi menuju sekolah..
Ataupun ketika pulang dari sekolah,
Masih begitu segar dalam memori ingatanku..

Kalau lah boleh..
Ingin ku berkhidmat dengan lebih lama lagi,
Namun aku tidak berdaya..
Aku terlalu lemah..
Kerosakan demi kerosakan datang menimpaku,
Akhirnya, Khidmatku mula diambil alih,
Penumpang yang cukup setia menemaniku selama ini dirampas,
Dan mereka cukup gembira dengan pengangkutan baru mereka,
Hari demi hari - Aku semakin dilupakan..
Hari demi hari - Aku semakin dipinggirkan..
Hinggalah pada suatu hari..
Aku ditinggalkan bersendirian..
Bersama sebuah rakan yang juga senasib denganku di suatu tempat,
Menanti ALAT GANTI

Sehinggalah hari ini,
Aku masih setia menantinya..

Aku tetap percaya dan aku tetap yakin..
Alat ganti itu pasti akan datang dari pembekal..
Mungkin esok..Atau mungkin lusa..
Dan aku ingin sekali lagi berkhidmat,

Mencurahkan jasaku..

Tapi sekarang,
Yang hanya mampu ku buat..
Hanyalah menanti..
Menanti alat ganti yang telah dijanjikan..
Dan aku tetap akan terus setia menanti..............DISINI.

2 comments:

Unknown said...

bgho lau tani jual bus ani ada harga ni ....cna hehe

Enaz Hanari Organization said...

banar jua nyamu tu bro..mun jual lam $35 K ko rasa ada kah inda ni urang kan mbali..abis murah udah tu...