CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, August 19, 2009

SYUKUR ALHAMDULILLAH

19hb OGOS 2009M @ RABU - ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH, SYUKUR ALHAMDULILLAH..Pagi tadi, Semasa aku berada didalam kelas, aku mendapat panggilan talipon dari KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN NBD (P/S: TIDAK DIBENARKAN UNTUK BERTELEFON KETIKA KELAS SEDANG BERJALAN) yang membaritahu bahawa aku telah pun di tawarkan untuk mengikuti program pengajian Diploma selama setahun iaitu selama 2 semester bagi Sessi Pengajian 2009/2010. Dan sessi pendaftaran bermula pada 20hb Ogos 2009 sekaligus menjadikan aktiviti ku pada hari ani menjadi semakin padat dan sibuk, Banyak lah perancangan yang ku atur untuk hari ani paksa ku cancel dan batalkan dulu untuk membari laluan kan membuat persiapan memandangkan masa yang diperuntukkan untuk membuat persediaan terlalu singkat.

Surat tawaran dari KUPU SB

Resit Pembayaran

Jadinya sementara sampat, patang tadi tarus lah ku mengambil surat tawaran dan membayar tarus segala yuran apa di KUPU SB, lapas atu shopping lah sedikit untuk barang-barang lusa ani nanti di kadai-kadai berhampiran, dan baru jua dalam minggu ani 2 hari yang lapas aku berbelanja hebat menggantikan empat biji tayar kereta ku yang sudah haus maus sementara alum puasa ni dengan empat biji tayar yang baru lagi cantik dan molek, mana inda kurang udah stabilitynya time hujan, iatah marinya ku menukar atu. Bepaluh-paluh jua jariku mengatik-ngatik nombor arah ATM atu ngambil usin pakai membayar nanti. Tapi inda jua ku kan kisah lah.., sama jua untuk kebaikan diri..

HAUS, NIPIS DAN BAHAYA NYAMU NYANTA . .

Ganti dengan yang baru

BARU!!! Tebal!!! dan Selamat


Dan aku inda pasti setelah memasuki KUPU SB ani nanti adakah aku masih mempunyai masa-masa yang terluang untuk mengungkayahkan blog ani. Tapi Insya Allah, kalau ada bahan adalah POST ku untuk blog ani. Walaupun hanya sekadar sekeping gambar bisu yang membawa seribu cerita. Akhir kata do'akan lah kejayaan bagiku untuk mengharungi sessi perjuangan pengajian sessi 2009/2010 ani..Wassalam

0 comments: