CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, September 19, 2009

My Girl ; SATU TINJAUAN :p

Assalamualaikum dan salam sejahtera, rasanya batah dah ku inda borak-borak di blog ani, al-maklum lah sibuk dengan kuliah dan tugasan, hari ani masuk hari ke-dua cuti semester, jadinya aku melupakan dulu segala ketegangan dan tekanan kuliah dengan melakukan sedikit aktiviti yang lama tertangguh walaupun sebelum aku memasuki kolej lagi, di harap jangan tekajut lah dengan tajuk post ku kali ani, satu tinjauan tah jua lagi.. banarnya inda lah ada apa-apa sekadar untuk membuang sedikit masa, sedikit plang ganya tu masa yang kan dibuang atu, mun banyak karang takut keraja ku yang lain inda tebuat. Banarnya Satu Tinjauan atu kira kesinambungan dari tajuk assignment ku untuk semester ani yang masih lagi alum begarak-garak pasal masih lagi mencari sumber dan bahan-bahan rujukan, kunun nanti bila tliat Satu Tinjauan atu tarus tah ku tkanang assignment yang alum start atu, kacut jua sedikit untuk kan surfing dengan lebih jauh sampai inda sadar-sadar, sekali jari ani membuka browser explorer atu, racunnya amat kuat sehingga berjam-jam, payah kan ditutup melainkan ditutup secara paksa macam tutup karan, baru tah fikiran ku kembali normal ke alam reality semula sambil dipenuhi dengan 1001 penyesalan kerana membuang masa-masa yang penting.

Dalam beberapa hari yang lapas, aku ada membaca satu mangga (komik mingguan dari negara Jepun) yang tajuknya My Girl yang direkomen sendiri oleh salah seorang rakan yang dikira “HANTU” lah jua dalam manga-manga ani (Bukan buah mangga mempalam atu eh), dan aku ani bolehlah dikatakan salah seorang yang memang suka membaca “Manga”. My Girl ani merupakan Mangga bergenre RENZOKU (Drama), jadinya bila ia bergenre Renzoku (Drama) ani, apa yang patut disediakan ialah TISU kalau bagi yang suka menangis atu, walaupun hanya sebuah ‘’LUKISAN” watak, ia mampu membawa pembacanya untuk sampai kebabak yang punyalah sedihnyaa.. Mangga ani sudah pun dijadikan Drama bersiri (Jdrama) yang akan di siarkan pada bulan Oktober 2009 ani nanti, Inda ku sabar kan meliat macamana dorang mengadaptasi manga ani ke Drama TV nanti.

MANGA - My Girl

Kalau diliat, Manga My Girl ani macam ada persamaan macam salah satu Drama yang begenre RENZOKU (Drama) tahun 2008 bertajuk Bara No Nai Hanaya, salah satu drama yang paling..paling..paling..paling aku suka dalam tahun 2008 secara keseluruhan, aku merekomen kepada sesiapa yang alum meliat drama ani. Inda hairanlah Drama Bara no Nai Hanaya ani mendapat kedudukan paling terbaik dalam senarai carta pada tahun 2008 dan boleh lah dianggap salah satu Drama yang paling Berjaya dan mendapat rating menakjubkan, Kilang TISU pun untung basar pada bulan-bulan dimana Drama Bara no Nai Hanaya ani disiarkan..

JDRAMA - Bara no Nai Hanaya

Selapas tamatnya drama Bara no Nai Hanaya ani, main lagi satu drama yang bertajuk Oh! My Girl yang masih bergenre RENZOKU (Drama) yang cuba untuk mengikut rentak kejayaan drama tadi, tapi drama ani dilihat kurang “menyengat” dalam pemerhatian ku. Tapi masih mempunyai kualiti untuk diliat sampai keepisod terakhir.

JDRAMA - Oh My Girl

Lapas atu pada pertangahan tahun 2009 ani, main lagi satu JDRAMA yang masih bergenre RENZOKU (Drama) yang berjudul Shiroi Haru, dan drama ani baru ku liat dalam 2 hari yang lapas, dan aku masih lagi menunggu 2 episod terakhir dari subber TimeLessSub dorang di Internet. Drama ani setakat ani mampu menyaingi salah satu Drama terbaik tahun 2008 - Bara no Nai Hanaya - dan dijangka jua nanti akan menjadi salah satu diantara drama terbaik untuk tahun 2009. Tapi kalau diberi pilihan aku masih lagi memenangkan Drama Bara no Nai Hanaya kerana drama atu mempunyai storyline yang sangat kuat dan ada seni berbanding Shiroi Haru, Tapi kalau diliat dari segi yang membari keuntungan pada kilang TISUnya, Drama Shiroi Haru merupakan drama Jepun yang paling menguntungkan Kilang TISU untuk tahun ani. :p

JDRAMA - Shiroi Haru

2 comments:

Unknown said...

bgho, santai2 jua....pd5204 bila mau mula daaaa???
btw bgho sblum ku tlupa, sarif dol. samseng kg dusun kirim salam rh ko daaa..:P

Enaz Hanari Organization said...

Bah bunyi-bunyi saja bgho..kau atu bah yg ku ingaukan..selalu saja sibuk..