CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, October 16, 2009

Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong - PART I Of IV

Biar lah gambar Abdul Hafiq sebagai pembuka tirai

Debar peserta-peserta khatam sementara menunggu masuk ke dalam dewan

Murid-murid perempuan sudah bersiap sedia untuk memulakan acara

Dayang Siti Nurhamizah dan Dayang Aleeza Marissa ani dari awal majlis sampai habis majlis khatam inda pandai kan berenggang

Dayang Norazwani inda sabar-sabar lagi kan memulakan acara

Zai @ Ameng, Fatin, Wani dan Tiqah layan begambar dulu sebelum majlis di mulakan

08hb Oktober, 2009 - Khamis - Sekolah Ugama Binturan Kem Penanjong Garison, Tutong telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Bagi Murid-Murid Darjah VI 1430H/2009M di Dewan Serbaguna Markas Penanjong Garison Tutong. Seramai 26 orang murid lelaki dan perempuan termasuk 3 orang murid dari darjah V telah mengikuti Majlis Khatam Al-Quran tersebut.

Tetamu Khas pada hari tersebut ialah Pemerintah Penanjong Garison, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Kolonel Mohd Tawih Bin Abdullah. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Khas Majlis dan seterusnya bacaan surah Ad-Duha hingga Al-Lahab oleh Peserta Khatam, kemudian bacaan Takhtim oleh murid-murid perempuan darjah V dan IV Sekolah Ugama Binturan.

Bacaan Doa Khatam dibacakan oleh Ak Mohd Rafiul Mahjri bin Pg Saiful Rizam, murid darjah VI Sekolah Ugama Binturan seterusnya menabur bunga rampai dan penyampaian sijil khatam oleh Tetamu Khas Majlis dan merenjis minyak wangi oleh Jemputan Khas dan Penjaga Murid dengan diiringi Dikir 'Asyraqal' oleh murid-murid lelaki darjah V dan IV Sekolah Ugama Binturan - (copy paste dari laman web blogspot Sekolah Ugama Binturan Kem di sini ).


Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada bekas-bekas murid saya yang boleh saya katakan diantara kumpulan murid-murid pertama saya dalam profession saya sekarang ini yang telah pun berjaya menamatkan bacaan Al-Quran mereka, Semoga sentiasa maju jaya dengan berkat Al-Quran itu jua.


Rasulullah S.A.W ada bersabda yang diriwayatkan dari 'A'isyah Radiallahu 'Anha :

" Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para penulis (Malaikat penulis Amal) yang mulia lagi berbakti. Adapun orang yang membaca Al-Quran dengan gagap sehingga dalam membacanya merasa kesulitan akan mendapat dua kali pahala " - (Riwayat Muslim)

0 comments: