CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, September 20, 2009

SALAM AIDILFITRI 2009M / 1430H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

الله أكبر .. الله أكبر .. الله أكبر .. ولله الحمد

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, apa khabar biskita?? Ada bagus? Al-hamdulillah, inda ada lah yang kan di ceritakan banarnya, ganya kan mengambil peluang di hari yang baik serta bulan yang baik ani untuk mengucapkan kepada semua rakan-rakan yang mengenali ataupun yang inda mengenali diri ani, ataupun kepada yang baru mengenali diri ani dan kepada yang cuba untuk tidak mengenali diri ani terutamanya kepada blogger-blogger yang selalu menziarahi laman yang masih terdapat 1001 kekurangan ani, ani adalah kali ke-2 post RAYA ku untuk blog ku ani, dan kepada seluruh umat Islam amnya dimana pun mereka berada, yang sampat balik kampung ataupun yang inda sampat balik ke kampung atau yang sedang dalam perjalanan balik menuju kekampung, saya dengan rasa rendah hati dan rasa syukur ingin mengucapkan kepada biskita dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, kalau lah terdapat kesalahan diri dan terkasar bahasa selama berada dalam/luar dunia siber ani, mohon dimaafkan..Akhir Kalam Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1430H/2009M - Maaf Zahir Dan Batin..

HSO Organization Ltd & Kuncu-Kuncu Sekutunya

Saturday, September 19, 2009

My Girl ; SATU TINJAUAN :p

Assalamualaikum dan salam sejahtera, rasanya batah dah ku inda borak-borak di blog ani, al-maklum lah sibuk dengan kuliah dan tugasan, hari ani masuk hari ke-dua cuti semester, jadinya aku melupakan dulu segala ketegangan dan tekanan kuliah dengan melakukan sedikit aktiviti yang lama tertangguh walaupun sebelum aku memasuki kolej lagi, di harap jangan tekajut lah dengan tajuk post ku kali ani, satu tinjauan tah jua lagi.. banarnya inda lah ada apa-apa sekadar untuk membuang sedikit masa, sedikit plang ganya tu masa yang kan dibuang atu, mun banyak karang takut keraja ku yang lain inda tebuat. Banarnya Satu Tinjauan atu kira kesinambungan dari tajuk assignment ku untuk semester ani yang masih lagi alum begarak-garak pasal masih lagi mencari sumber dan bahan-bahan rujukan, kunun nanti bila tliat Satu Tinjauan atu tarus tah ku tkanang assignment yang alum start atu, kacut jua sedikit untuk kan surfing dengan lebih jauh sampai inda sadar-sadar, sekali jari ani membuka browser explorer atu, racunnya amat kuat sehingga berjam-jam, payah kan ditutup melainkan ditutup secara paksa macam tutup karan, baru tah fikiran ku kembali normal ke alam reality semula sambil dipenuhi dengan 1001 penyesalan kerana membuang masa-masa yang penting.

Dalam beberapa hari yang lapas, aku ada membaca satu mangga (komik mingguan dari negara Jepun) yang tajuknya My Girl yang direkomen sendiri oleh salah seorang rakan yang dikira “HANTU” lah jua dalam manga-manga ani (Bukan buah mangga mempalam atu eh), dan aku ani bolehlah dikatakan salah seorang yang memang suka membaca “Manga”. My Girl ani merupakan Mangga bergenre RENZOKU (Drama), jadinya bila ia bergenre Renzoku (Drama) ani, apa yang patut disediakan ialah TISU kalau bagi yang suka menangis atu, walaupun hanya sebuah ‘’LUKISAN” watak, ia mampu membawa pembacanya untuk sampai kebabak yang punyalah sedihnyaa.. Mangga ani sudah pun dijadikan Drama bersiri (Jdrama) yang akan di siarkan pada bulan Oktober 2009 ani nanti, Inda ku sabar kan meliat macamana dorang mengadaptasi manga ani ke Drama TV nanti.

MANGA - My Girl

Kalau diliat, Manga My Girl ani macam ada persamaan macam salah satu Drama yang begenre RENZOKU (Drama) tahun 2008 bertajuk Bara No Nai Hanaya, salah satu drama yang paling..paling..paling..paling aku suka dalam tahun 2008 secara keseluruhan, aku merekomen kepada sesiapa yang alum meliat drama ani. Inda hairanlah Drama Bara no Nai Hanaya ani mendapat kedudukan paling terbaik dalam senarai carta pada tahun 2008 dan boleh lah dianggap salah satu Drama yang paling Berjaya dan mendapat rating menakjubkan, Kilang TISU pun untung basar pada bulan-bulan dimana Drama Bara no Nai Hanaya ani disiarkan..

JDRAMA - Bara no Nai Hanaya

Selapas tamatnya drama Bara no Nai Hanaya ani, main lagi satu drama yang bertajuk Oh! My Girl yang masih bergenre RENZOKU (Drama) yang cuba untuk mengikut rentak kejayaan drama tadi, tapi drama ani dilihat kurang “menyengat” dalam pemerhatian ku. Tapi masih mempunyai kualiti untuk diliat sampai keepisod terakhir.

JDRAMA - Oh My Girl

Lapas atu pada pertangahan tahun 2009 ani, main lagi satu JDRAMA yang masih bergenre RENZOKU (Drama) yang berjudul Shiroi Haru, dan drama ani baru ku liat dalam 2 hari yang lapas, dan aku masih lagi menunggu 2 episod terakhir dari subber TimeLessSub dorang di Internet. Drama ani setakat ani mampu menyaingi salah satu Drama terbaik tahun 2008 - Bara no Nai Hanaya - dan dijangka jua nanti akan menjadi salah satu diantara drama terbaik untuk tahun 2009. Tapi kalau diberi pilihan aku masih lagi memenangkan Drama Bara no Nai Hanaya kerana drama atu mempunyai storyline yang sangat kuat dan ada seni berbanding Shiroi Haru, Tapi kalau diliat dari segi yang membari keuntungan pada kilang TISUnya, Drama Shiroi Haru merupakan drama Jepun yang paling menguntungkan Kilang TISU untuk tahun ani. :p

JDRAMA - Shiroi Haru

Tuesday, September 08, 2009

Bebas di Langit Biru



Sekali pena terlepas dari genggaman,
ucapan ''oppss'' mendahului YA ALLAH,
Mungkin kerana kita leka..

bila perut merasa kenyang,
''haa...kenyangnya'' mengatasi ALHAMDULILLAH,
Mungkin juga kerana kita masih leka..

bila terpegun dengan keindahan alam,
SUBHANALLAH ditutup oleh ''cantiknya'',
Mungkin kerana kita masih juga belum sedar dan terus leka..

bila dikunjungi berita malang,
''kasihannya'' terucap keranakita lupa pada INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUUN,
kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa...
Tapi janganlah kita terus LEKA dan ALPHA..

Dan ingatlah agar bila Izrail mendekati kita,
biarlah ucapan LAA ILAAHAILLALLAH menjadi juara
mengatasi segala kata-kata..