CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 14, 2010

TRAVELOG EKSPEDISI KALI KE-5 KELAB KEKAL KE KOTA KINABALU - KUNDASANG - RANAU, SABAH – HARI KEDUA (PART III)

TRAVELOG EKSPEDISI PART I - KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART II - KLIK SINI

Tagal Sungai Moroli, Kampong Luanti Baru, Ranau merupakan satu lagi tempat yang mesti disinggahi jika awda menginginkan satu lagi pengalaman baru atau sekiranya awda melalui jalan ini. Bayaran masuk bagi orang tempatan adalah sebanyak RM5 dan RM10 bagi tetamu yang datang dari negara luar. Dengan bayaran tambahan RM3, awda boleh menyewa sehelai tuala jika berhajat untuk bermandi manda disungai ini. Pusat ini menyediakan Fish SPA atau urutan daripada ikan-ikan Kelah yang lebih dikenali dengan nama Raja Ikan Air Tawar dikalangan kaki-kaki pancing.

Sila baca peraturan terlebih dahulu

Merendamkan kaki di Sungai Moroli untuk mendapatkan urutan dari si ikan Kelah

Si ikan Kelah akan memakan-makan sel-sel kulit yang mati di kaki

Kelihatan Hj Rosman sedaya upaya menahan perasaan geli ketika dikerumuni oleh si ikan Kelah

Ikan Kelah yang berebut-rebut mendatangi kami sejurus memasuki Sungai Moroli

Kawasan ini dinamakan “Tagal” kerana ianya merupakan tempat larangan. Dalam bahasa Kadazan-Dusun, "tagal" membawa maksud tidak boleh menangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai. Larangan ini adalah dalam tempoh-tempoh tertentu sahaja. Mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan ini dengan selambanya boleh dikenakan tindakan dan hukuman denda menerusi Peraturan Penagalan yang telah diiktiraf oleh Mahkamah Anak Negeri. (Bahcom - http://bahcom.blogspot.com/2008/11/sistem-tagal-sungai-moroli-berpotensi.html ).

Ke istimewaan Tagal Sungai Moroli, Kampong Luanti Baru, Ranau ini ialah rawatan daripada ikan-ikan Kelah yang terdapat di Sungai Moroli ini. Di sungai ini, awda boleh membuat dua pilihan sama ada merendam kaki dan bermandi-manda bersama-sama ikan dalam tempoh selama 15 minit. Jika awda sangat yakin dan merasa diri awda sudah berada dalam keadaan yang cukup macho untuk bermandi-manda bersama ikan Kelah disini, awda bolehlah membuat bayaran tambahan untuk mandi bersama dengan ikan-ikan tersebut disamping menerima urutan-urutan daripada ikan-ikan yang mengelus-ngelus badan awda dan memakan sel-sel dan kulit-kulit mati yang terdapat di tubuh badan awda, dan sekiranya awda merasa diri awda cukup sensitif dengan belaian halus yang singgah di tubuh awda, adalah dinasihatkan untuk membuat pilihan yang satu lagi bagi mengelakkan awda untuk memalukan diri awda sendiri dan juga daripada memalukan rakan-rakan yang turut menemani awda disana nanti, pilihan yang satu lagi itu ialah dengan cuma merendamkan kaki-kaki awda untuk bermain-bermain dengan ikan Kelah tersebut.

Ikan Kelah sedang merusah-rusah kaki Chief Marsyal Awg Rosli

Lihatlah betapa besarnya ikan-ikan di Sungai Moroli ini

Adehh..adehh..aduhh..duh..duh.. Awg Rosli tidak dapat menahan rasa geli beliau

Mr Ismail da keyman masih tetap kelihatan selamba

Bergambar kenangan bersama dengan si Ikan Kelah

Saya yang pada mulanya ingin merasa sendiri pengalaman untuk mandi bersama ikan tersebut dengan perasaan rendah diri dan malu mula membatalkan hasrat untuk mandi dan memilih pilihan yang satu lagi iaitu dengan merendamkan kaki di sungai tersebut setelah menimbang-nimbang semula implikasi-implikasi yang akan terjadi pada saya. Ini adalah kerana saya cukup sensitif dan mudah merasa geli bila badan mula dibelai-belai oleh si ikan Kelah. Mungkin saya akan mencubanya semula pada kemudian hari dan dikesempatan hari yang lain pula, Insya Allah.

Ikan Kelah atau nama saintifiknya "Tor Tambroides" bukannya Tomb Rider ahh..

Sebenarnya ikan Kelah merupakan sejenis ikan yang sangat pemalu dan sentiasa menjauh kan dirinya daripada manusia serta sukar pula untuk ditewaskan oleh kaki-kaki pancing (Utusan Malaysia)

Namun perasaan geli tetap ada semasa ikan-ikan tersebut melingkari dan memakan sel-sel dan kulit-kulit mati yang terdapat dikaki awda, namun rasa geli tersebut mungkin tidak sehebat jika awda bermandi-manda dengan seluruh badan bersama dengan ikan-ikan tersebut. Perasaan geli yang ada semasa awda merendamkan kaki awda didalam sungai tersebut sudah cukup untuk awda merengek manja walaupun awda tidak ingin merengek sebenarnya. Bagi brother-brother yang merasa dirinya cukup macho pula akan mengawal kemachoannya dengan berbuat seselamba yang mungkin dengan mengetap bibir-bibir menahan kegelian sambil berusaha dengan sedaya upaya untuk menjaga kemachoan dirinya agar tetap maintain dan tidak jatuh tercemar tambah-tambah lagi jika dirinya banyak dikelilingi oleh sumandak-sumandak Ranau disini.

Bergambar di atas jambatan canopy

Masih banyak lagi jenis-jenis riadah yang dapat dilakukan disini

Tandatangan menjadi saksi kedatangan ahli Kelab KEKAL ke Tagal Sungai Moroli

Awg Ramlee menandatangani buku pelawat di kaunter pembayaran

Pengerusi Ekspedisi Hj Roslan sedang menandatangani memorandum..ehh..buku pelawat

Saya hampir terlupa satu perkara bila menyebut semula perkataan “sumandak” ini. Apakah benda dia “Sumandak” ini??. Pada peringkat permulaan saya menyangkakan yang perkataan “sumandak” ini membawa maksud “Pahlawan”, “Pendekar” atau “Laksamana” yang sangat gagah perkasa lagi macho, berani dan bertubuh sasa dengan muscle yang berurat-urat serta sukar untuk ditewaskan yang sangat-sangat sinonim dengan kegagahan para-para lelaki. Namun, semasa berada di Pekan Ranau tadi, saya sempat menanyakan maksud sebenar perkataan Sumandak ini kepada adik-adik dengan saya bergambar semasa berada di pekan tersebut untuk mendapat kepastian yang sebenar. Saya sedikit terkejut bila mendapati maksud sebenar perkataan “Sumandak” tersasar dengan sangat jauh bahkan tidak ada kena mengena langsung dengan maksud “Pahlawan”, “Pendekar”, “Laksamana” dan mana-mana imej yang kelihatan gagah perkasa didalam fikiran yang membayangkan kegagahan para-para lelaki. Kalau ikut penerangan daripada adik-adik tu semasa berada dalam Pekan Ranau tadi Sumandak dalam bahasa Kadazan-Dusun merujuk kepada sekumpulan perempuan-perempuan atau gadis-gadis disana.

Berbalik semula kepada cerita asal, sebelum saya turun ke Sungai Moroli untuk bermain-main dengan si ikan Kelah, saya yang pemalu ini sempat berkenalan dengan tiga orang budak sumandak dari daerah Ranau dan Penampang yang kelihatannya baru sahaja selesai membuat persembahan kebudayaan mereka disini iaitu acara pra tonton Tadau Kaamatan. Mereka yang masih lagi menuntut dalam tingkatan II dan IV itu sememangnya kelihatan anggun menggayakan pakaian tradisi kaum mereka iaitu kaum Kadazan-Dusun.

Inilah dia 3 budak sumandak yang saya maksudkan

Mereka baru sahaja selesai membuat persembahan muzikal daripada alat yang diperbuat daripada bambo

Mengenakan pakaian tradisi dari Ranau dan Penampang

Fol Sera, Asqarena dan Fey Fey

Memperagakan pakaian tradisi mengikut daerah mereka masing-masing

Walaupun kelihatan penat, namun adik-adik ini masih mampu untuk menunjukkan kepada saya sedikit daripada langkah-langkah yang terdapat dalam tarian tradisi kaum mereka yang dinamakan Tarian Sumazau dengan penuh senyuman kepada saya yang telah di”tinggalkan” oleh rakan-rakan yang sudah pun selamat merendamkan kaki-kaki mereka untuk santapan ikan-ikan Kelah di kawasan Sungai Moroli tersebut walaupun pada hakikatnya dalam acara Tadau Kaamatan tadi adik-adik tersebut hanya bermain peralatan muzik yang diperbuat daripada Bambo dan bukannya menari-kan tarian Sumazau.

Oppss.. jangan silap, gerak ni tak da dalam Tarian Sumazau

PEACE dari kami untuk abang-abang dan uncle-uncle dari Kelab KEKAL Brunei, nanti datang KK jangan lupa datang sini lagi

Folsera & Asqarena mengenakan pakaian tradisi Ranau, sementara FeyFey mengenakan pakaian tradisi dari Penampang

Jangan cakap budak sumandak ni ndak pandai buat pose freestyle

Dengan penuh senyuman menunjukkan sedikit langkah tarian Sumazau mereka kepada saya

Tarian Sumazau ni tangan dia mesti macam ni bah, ndak boleh tinggi sangat bah..

Selesai sahaja mengeringkan diri setelah bermain-main dengan ikan Kelah di sungai ini, kami seterusnya dibawa oleh Encik Tan ke Majlis Perkahwinan anak buah beliau yang sedang diadakan di Dewan Sinarut, Kampong Sinarut Baru, Ranau.

Semasa menghadiri Majlis Perkawinan anak buah Timbalan Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) Mr.Tan di Kg Sinarut, Ranau

Pasangan pengantin Awg Danes dan Dyg Heryanti bergaya anggun bersama motor ahli-ahli Kelab KEKAL

Bersama dengan motor YDP Kelab KEKAL

Ni..kalau aku bawak motor ni pigi round Ranau sikijap misti ramai urang hairan ninguk ni bah..

Opp..jauh sikit Dyg Heryanti, hangus baju kamu nanti kena ekzos tu.. panas tu itu ekzos..

Selamat Pengantin baru kepada pasangan Awg Danes dan isteri Dyg Heryanti

Bergambar bersama pasangan pengantin

Seperti kebanyakan majlis-majlis keraian perkahwinan, majlis perkahwinan disini juga turut dimeriahkan dan diserikan dengan majlis jamuan dan juga persembahan nyanyian dan hiburan diikuti dengan tarian kebudayaan kaum Kadazan-Dusun disini.

Lagi Sumandak yang menyambut kedatangan tetamu di depan pintu

Menyambut kedatangan tetamu dengan senyuman

Uncle Ramlee sedang mendendangkan sebuah lagu

Menyaksikan persembahan hiburan di Majlis Perkahwinan

Awg Rosli mengirim pesanan ringkas kepada ahli-ahli lain yang berada di Kundasang

Budak-budak Ranau yang comel

Dewan Sinarut, Kg Sinarut, Ranau dimana majlis perkahwinan ini sedang diadakan

( BERSAMBUNG )

0 comments: