CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, July 24, 2010

DIRGAHAYU 64 - MAJLIS JUNJUNG ZIARAH DAN RAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK DAERAH TUTONG - PART III

Diantara tetamu-tetamu dan jemputan-jemputan khas yang hadir dalam majlis junjung ziarah Daerah Tutong

Diantara mereka adalah terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Jawatankuasa-jawatankuasa Acara-acara Keraian serta Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung dan Ketua Rumah Panjang dan rakyat serta penduduk Daerah Tutong

Penuntut-penuntut dari Ma'had Islam Brunei membuat persembahan dengan iringan hadrah

Suasana persembahan daripada para penuntut Ma'had Islam Brunei

Bersiap sedia untuk acara kemuncak seterusnya iaitu junjung ziarah bersama kebawah duli

Acara yang ditunggu-tunggu oleh segenap penduduk Daerah Tutong iaitu berziarah dengan Raja tersayang

Diantara wajah-wajah ceria di pagi tersebut

Pelajar-pelajar sedang menunggu giliran untuk bersalam dengan raja dikasihi

Ceria menanti giliran untuk bersalam di dalam khemah yang telah disediakan

Bodyguard kacak yang banyak berperanan menapis kesalahan-kesalahan ejaan dalam laman sesawang FB

Peluang junjung ziarah yang sukar untuk dilepaskan

Antara pegawai beruniform pasukan bulan sabit di majlis pada pagi tersebut

Salah seorang kanak-kanak yang hadir menyaksikan suasana bersama rakyat

Pelajar-pelajar tidak melepaskan peluang bersalaman kepada baginda, adinda serta putera-putera baginda

Adalah menjadi satu detik menggembirakan bila dapat bersua muka dan dapat bersalaman dengan Kebawah Duli

Detik-detik seumpama ini semestinya akan meninggalkan satu kenangan yang besar ertinya kepada penduduk Daerah Tutong

Selepas persembahan khas baginda berserta kerabat diraja lain berkenan bercemar duli bagi majlis junjung ziarah bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Jawatankuasa-jawatankuasa Acara-acara Keraian serta Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung dan Ketua Rumah Panjang dan rakyat serta penduduk Daerah Tutong dan berangkat ke kem-kem mukim dan kampung, masyarakat India, Tionghoa, Perkhidmatan Awam terdiri dari jabatan-jabatan kerajaan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Penjara, Gabungan Persatuan Belia, kebajikan, wanita dan pertubuhan bukan kerajaan, Parti Pembangunan Bangsa, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Anak-anak Istimewa.(Pelita Brunei)


( B E R S A M B U N G )

0 comments: