CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 05, 2010

BERSAMA KEKAL DI HARI TERBUKA MA'HAD ISLAM BRUNEI - PART I

Iklan hari terbuka Ma'had Islam Brunei

Anakku.., disini lah ayah mu mendalami segala ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi suatu ketika dulu

Okey.. mamanya buleh naik belakang..kan kemana ni??

Awg Rosli memeriksa keselamatan para mereka yang akan dibonceng

Okey ..ignition on & start enjin mari tani ronda-ronda satu Ma'had

Tenny sedang bersiap sedia membonceng seorang kanak-kanak

Kan dibawa round ke mana ni bisia kanak-kanak ah??

Jalan ramai-ramai lah baru siuk..

Singgit saja lai sekali trip..

Pembonceng paling cilik bersama-sama dengan Hj Malek

jangan laju-laju membunceng anak dangan atu Wang Haji

Pigang kuat-kuat lai, kalau uncle atu drive laju, paluk saja tia uncle ah..

Tenny bersama seorang lagi yang pembonceng beliau

Dyg Sharinah juga kelihatan sangat bergembira kerana dapat membonceng orang

Serius ani bah, ijab bah karang anak dangan kan naik mutunya

Dyg Atiqah begambar bersama salah sebuah skuter di sana..

Emm..siapa ni ah??.. macam dimana-mana saja pernah ku liat ia ani..tapi dimana ah???

Bersama salah seorang pengunjung yang mengunjungi Kawasan pemboncengan KEKAL di hari terbuka Ma'had Islam Brunei


Pada 04hb Ogos 2010 yang lepas, Saya bersama dengan rakan-rakan dan juga uncle-uncle dari Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah sama-sama meraikan karnival hari terbuka Ma’had Islam Brunei yang diadakan bersempena dengan 20 tahun penubuhan sekolah tersebut dengan mengadakan pameran dan juga aktiviti menunggang skuter.

Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama iaitu Ustaz Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Hj Bahar yang berkenan merasmikan pelancaran hari terbuka sekolah Ma’had Islam Brunei.

Karnival hari terbuka Ma’had Islam Brunei selama dua hari itu telah menyediakan beberapa aktiviti dan jualan-jualan seperti produk-produk kampong, buku-buku, barang-barang komputer, bunga-bunga hidup, pakaian dan hiasan dan juga makanan. Antara aktiviti lain yang diadakan pada hari tersebut ialah Pameran Motosikal dan aktiviti menunggang sambil menderma Kelab KEKAL Daerah Tutong seperti yang telah dinyatakan diatas, Kadet Tentera, Permainan Bouncer, Permainan Kikik, Menunggang Kuda, Motor ATV dan juga Flying-Fox.

Acara yang berlangsung selama 2 hari tersebut sememangnya telah menarik ramai pengunjung-pengunjung luar dan daripada penuntut-penuntut dari sekolah-sekolah ugama, sekolah-sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dari pagi hingga ke petang bagi sama-sama memeriahkan suasana pada hari terbuka Ma’had Islam Brunei.

Sebagai bekas warga negara sekolah tersebut, saya sememangnya merasa cukup gembira kerana telah dapat menjejakkan kaki semula ke sana dan dapat bersua muka kembali dengan bekas guru-guru yang telah pun banyak mengasuh dan mendidik saya sepanjang tujuh tahun berada di sana. Banyak perubahan ketara yang saya lihat secara dekat pada sekolah tersebut setelah menamatkan pengajian disana pada “beberapa” tahun yang lepas. Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa sekolah tersebut memang telah banyak meningalkan 1001 kenangan pahit dan juga manis kepada saya sepanjang menjadi penuntut disana. Semoga Ma’had Islam Brunei akan sentiasa terus maju dalam melahirkan insan-insan berkualiti, berilmu dan juga bertaqwa di dunia dan juga akhirat.

0 comments: