CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, April 30, 2010

L O S T


Ketakutan tidak dapat bertahan dengan keyakinan,
Ketakutan mengetuk pintu,
Keyakinan membukanya..
dan tidak ada apa-apa diluar..
(Herold Sherman)

Monday, April 26, 2010

BENGKEL DAN PAMERAN RUKYAH ANAK BULAN DAN PENENTUAN ARAH KIBLAT

Iklan yang dilekatkan di papan-papan kenyataan beberapa hari sebelum majlis diadakan, sumber-sumber gambar kebanyakkannya diambil dari internet

Radio Televisyen Brunei sedang membuat rakaman

Pengerusi Majlis sedang menyampaikan ucapan beliau

Pemangku Timbalan Ra'es, Ustazah Hajjah Zaleha binti Hj Ibrahim, mewakili tetamu kehormat majlis, menyampaikan ucapan Pemangku Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu

Fasilitator undangan sedang mendengar ucapan alu-aluan

Pensyarah-pensyarah yang menghadiri majlis

Taklimat dan penerangan daripada Pegawai Ukur, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan

Tuan Haji Julaihi bin Hj Lamat, Pegawai Ukur yang berpengalaman luas dalam merukyah menyampaikan penerangan beliau

Drs.Hj Hassan Manurong mengambil peluang bertanya kemusykilan beliau

Prof Madya Dr Ab.Rahim bin Ismail turut mengambil kesempatan yang ada untuk bertanya

Salah satu alat dengan zoom range 2000mm yang dilengkapi dengan kemudahan GPS yang digunakan semasa merukyah anak bulan

Tuan Haji Julaihi bin Hj Lamat sedang ditemu ramah oleh Radio Televisyen Brunei

Pemangku Timbalan Ra'es menerima sedikit penerangan mengenai alat yang digunakan semasa merukyah dari Pegawai dari Jabatan Ukur

Siswa dan Siswi KUPU-SB mengambil peluang menyaksikan pameran yang disediakan

Siswi-siswi KUPU-SB mengambil peluang mencuba salah satu alat yang dipamerkan disini

Teodolite - salah satu alat mengukur yang sangat penting

Siswi-siswi KUPU-SB berbaris untuk menukar tarikh-tarikh penting mereka kepada kalendar hijrah

Ustaz Haji Yahya bin Apong, pensyarah KUPU-SB mencuba Telescope automatik

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui tarikh-tarikh penting dalam kiraan tahun hijrah boleh lah menukarnya disini

Pensyarah-pensyarah sedang menyaksikan tayangan video gambar anak bulan yang ditayangkan di skrin TV

Mencuba peralatan khas untuk melihat matahari

Alat ini sering digunakan ketika mencerap gerhana matahari

NIKON..Always NIKON...

80% daripada ahli-ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab mengungkayahkan majlis yang sempat untuk bergambar ramai


21hb APRIL 2010, RABU – Mahasiswa dan Mahasiswi kumpulan 2 (1) Program Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah , Kolej Universiti Perguruan Ugama seri Begawan telah mengadakan satu bengkel dan pameran Rukyah Melihat Anak Bulan dan Penentuan Arah Kiblat yang telah diadakan di Dewan Besar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Bengkel ini telah diungkayahkan oleh Mahasiswa dan Mahasiswi kumpulan 2(1) Program Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah dengan kerjasama daripada Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam dan ianya merupakan salah satu kerja kursus yang dipilih bagi menyempurnakan tugasan kursus untuk Pengurusan Ko-Kurikulum bagi semester ke-2 ini.

Hadir mewakili tetamu kehormat majlis pada majlis ini ialah Timbalan Pemangku Ra’es iaitu Ustazah Hjh Zaleha binti Hj Ibrahim, pensyarah-pensyarah kanan, para-para pensyarah, mahasiswa dan mahasisiwi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Antara objektif pameran dan bengkel ini dijalankan ialah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang kaedah yang digunakan semasa merukyah anak bulan bagi Negara Brunei Darussalam dan memberikan pengetahuan tentang kaedah penentuan arah kiblat yang digunapakai di Negara Brunei Darussalam disamping memberikan peluang secara dekat dengan melihat dan menggunakan alat-alat serta peralatan-peralatan yang digunakan bagi tujuan merukyah dan penentuan arah kiblat yang ada dipamerkan semasa bengkel ini dijalankan. Taklimat-taklimat berkaitan dengan rukyah anak bulan dan penentuan arah kiblat telah disampaikan oleh fasilitator undangan iaitu Tuan Haji Julaihi bin Hj Lamat dan dibantu oleh Tuan Hj Khairul Abidin bin Hj Sulaiman, Pegawai Ukur dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.

Mewakili Ahli Jawatan Kuasa yang lain, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil tetamu kehormat majlis, pensyarah-pensyarah kanan, para-para pensyarah, mahasiswa dan mahasiswi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan kerana berkesudian untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis kami ini dan kepada Radio Televisyen Brunei, Media Permata dan The Brunei Times semoga kita semua mendapat manfaat ilmu pada majlis ini dan juga mendapat ganjaran pahala dari Allah Subhaanahu wa Ta’ala dengan izin-Nya jua..Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

Wednesday, April 21, 2010

KNK - Lagi Menyusuri Sungai Brunei Bersama KEKAL

















KNK - Menyusuri Sungai Brunei Bersama KEKAL