CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, July 16, 2008

PHOTOSHOT : "SALJU SAKINAH"




Bukan ku kan mengiklankan apa novel ani, lagipun masih lagi dalam proses membaca, alum ku abis membaca yo.., kan dijadikan cerita, aku atu ngambil gambar saja-saja, kali nya ani tah hasil & jadinya, iatah ku post disini atu.

Monday, July 14, 2008

PHOTOSHOT : "PARACETAMOL"





Assalamualaikum, seperti yang tertera arah gambar-gambar diatas, kan dijadikan cerita, aku kana damam mula pada malam minggu baru-baru ani, masa balik keraja udah tu ada simptom-simptomnya tapi make don't know saja ku, sebabnya malamnya aku ikut my friend bejaur ke bandar lagi sampai lewat tangah malam, bisai masih liur ku makan direstoran ani bah. Iatah masa balik atu meruah panadol aka paracetamol ulih-ulih ku kana batuk beberapa bulan lalu, tapi banar lah nya kata urang atu: "bila berguna inda tia ada", atu kan banyak masih labih-labihnya, kan ngaga kadai tutup udah.., jadinya bertahan tah ku saja malam atu kedinginan inda nyaman tidur, tapi inda paning atau ayung kepala lah..syukur Al-hamdulillah jua udah tu, esuk paginya baru tah ku ke kadai membali, kan mencari actifast inda ada, bali saja tah yang biasa, yang hampehnya inda batah atu kejumpahan tah ku bakas ubat dari hospital atu. sabar sajalah.., entah kenapa masa kan makan paracetamol ani, ada tia idea kan menggambar atu.., freak..freak..dalam 13 shot yang ku ambil, ani yang the bestlah bagiku (tia karang)..

PHOTOSHOT : "DAFTAR MARKAH DAN KEDATANGAN"








Assalamualaikum, entah kenapa kalau aku inda ada menggambar sesuatu dalam satu hari atu inda nyaman rasanya, tambah lagi kalau inda ada gambar yang ada nilai "ART" atu, kalau di rumah puas udah ku mencari view, angle macam-macam, tapi payah jua ku kan mencari sudut terbaik atu, walau macamanapun aku akan terus berusaha untuk memperbaiki kemahiran diri dalam sentuhan fotografi ani, mungkin ada yang masih bertanya kamera apa yang ku pakai untuk gambar diatas atu, jawapannya ialah masih Camera Canon PowerShot A460 kesayanganku.

PHOTOSHOT : "15 MINIT YANG TERASA LAMA"




Kalau biskita kan tau masa 15 minit masa ani dirasa tersangat lama..., dimana-mana tampat aku ani try test shooting kamera, makin banyak ku try shot makin banyak perkara yang ku terokai, siapa cakap kamera Canon PowerShot A460 kamera biasa saja. Rugitah urang yang membali kamera macamani tapi inda "pandai" memakai.

Friday, July 11, 2008

Buku Mufti Terbaru




Alhamdulillah, pada hari ani 11/07/2008 bersamaan dengan hari juma'at terjumpa ku jua akhirnya salah sebuah buku best seller Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam yang bertajuk "Orang Sembahyang Ditangisi Oleh Tempat Sujudnya". Dari kadai ke kadai udah ku mencari buku ani sejak ia di rasmikan atau di lancarkan pada 21 Jamadilawal, 1429 bersamaan 27 Mei, 2008, tapi inda pandai kejumpahan dan syukur al-hamdulillah masa mendangani kawanku codename : anugerah ke bandar tadi, singgah tia ia ke Hua Ho Bunut, dan aku pun tergarak hati kan singgah arah cawangan Ezy Printing disana, bukan pulang ku kan membuat kad apa. tapi andang mencari buku Pehin Mufti jua. Bila udah terjumpa atu tarus lah bali.

Kalau lah kan tau, Buku ani diadaptasi dan diolah semula dari ceramah Yang Berhormat Pehin dalam rancangan Bersama Mufti sempena Sambutan Isra’ dan Mi’raj 1428 Hijriyyah. Jadinya siapa yang inda berkesempatan mendangar ceramah Pehin masa atu bolehlah membaca buku ani.

Dalam ucapan Pehin masa pelancaran buku ani, orang yang sembahyang atu akan ditangisi oleh tempat sujudnya apabila orang yang pernah menggunakannya untuk sembahyang meninggal dunia. Menurut yang Berhormat Pehin, ada macam-macam sebab yang menyebabkan orang menangis. Antaranya kerana sayang dan kasih. Demikianlah halnya tempat-tempat di mana kitani pernah sujud akan menangisi kita, kerana mereka semuanya sangat menyayangi kita. Oleh kerana kita berpulang kerahmatullah, mereka itu tidak berpeluang lagi untuk mendapat sentuhan daripada dahi kita, kerana itu mereka sedih dan menangis.Yang Berhormat Pehin seterusnya menyatakan tangisan bumi dan langit adalah tasbih dan doa. Tangisan bumi dan langit atu jelasnya lagi, adalah sungguh bererti sebagai tanda kebesaran dan kemuliaan orang yang ditangisi. Sementara orang yang inda beriman, kalau mereka mati nanti, bumi dan langit sama sekali tidak akan menangisi mereka.

Yang Berhormat Pehin berkata, menurut ‘Atha’ al-Khurasani, bumi di mana sahaja seorang hamba pernah sujud padanya akan menjadi saksi baginya pada hari Kiamat kelak dan juga akan menangisinya pada hari dia meninggal dunia.

Katanya lagi Ibnu ‘Abas Radhiallahu ’anhu pula menambah tangisan itu akan berlaku selama empat puluh hari. Selain mengupas beberapa fadhilat sembahyang, buku ini juga cuba menjelaskan beberapa insiden dahsyat dan mengerikan yang menimpa mereka yang mencuai dan tidak menunaikan sembahyang. Berbagai paparan amat menakutkan daripada beberapa kisah silam dan terkini juga dapat diikuti yang dapat menyentuh hati dan perasaan dengan rasa kesedaran dan keinsafan.

HSO Organization Ltd : Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda : "Aku diberi lima perkara yang tidak diberi kepada mana-mana Nabi sebelumku...(salah satu antara lima itu)...dan dijadikan bumi dan seluruh tanahnya masjid dan suci. Maka di manasahaja aku berada, aku akan menunaikan solat padanya." - Riwayat Bukhari dan Muslim