CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 17, 2008

Audio & Car Show 2008


Salam sejahtera, apa khabar biskita batah-batah ani? mudahan tah saja biskita sentiasa sihat walafiat selalu, malam tadi aku sama dengan geng-geng "KEKAL" riding sama-sama turun ke Bandar Seri Begawan untuk mengisi masa hujung minggu, last-last destinasi yang di aga arah kawasan Stadium Tertutup disana, inda plang kami tau ada persembahan car & audio disana atu, sebab mula-mula atu kan meliat Expo Halal saja, tapi nya kata urang terkeduhung sudah tersinggah disana atu ambil kesempatan lah tarus round-round mencek kereta dan peralatan audio dorang, bangal jua lah telinga ulihnya disana atu, kebanyakan dorang berbelanja untuk atu adalah bermula dari 3K sampai 6K atau mungkin ada yang lagi banyak dari atu, mujur jua diri ani inda termasuk dalam urang yang gila audio macam atu, cukup tah audio kereta ku audio biasa saja and ada labuknya jua sedikit.

Antara beberapa insiden yang inda ku ingini berlaku pada malam persembahan audio atu adalah aku terserempak dengan seorang indung ani lah, sambil atu mengipak anak damitnya yang gerenti alum bercarai susu ikut berasak-asak meliat isi bunit kereta, gila banar..diri ani udah begagar-gagar jantung mendangar audio disana atu apatah lagi anak damit atu yang baru tah kan melalui proses "BREAK IN" untuk mendangar. Inda plang ku tau banarnya sama ada membawa side effect arah anak damit atu ataupun inda, tapi karang mun ia tuli masa ya basar atu ertinya ada tah side effectnya tu..ho..ho..ho..

Lagi satu yang ku kecewa dan merasa hampeh ialah aku langsung inda membawa sebarang kamera malam atu, tapi kalau ku bawa kamera pun kamera D60 ku saja yang available, sebab Canon PowerShot A460 ada urang memigang sementara untuk aktiviti sekolah hari ani (atas sebab-sebab tertentu - hari ani aku inda dapat turun kesekolah sebab atu tah ku serahkan Canon PowerShot A460 ku atu arah ia), banyak plang kan di zoom disana tu, tapi apa bulih buat.., menggambar pakai Nokia 3230 tah ku saja daripada langsung inda ada. Jadinya peristiwa pada hari ani cukup memberikan aku satu pengajaran iaitu dimana pun biskita berada jangan lupa bawa kamera.

Monday, August 11, 2008

UsTaZaH mUdA bErJiWa BeSaR






Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada hari Ahad yang lapas, aku inda dapat turun memantau dan shooting tarus arah Pesta Rakyat di daerah Tutong, pada pagi atu ada plang jua ku round melintas disana sama kamera ku, mana tau ada peluang turun and menggambar tarus, ku liat meriah jua lah.., tapi apa kan daya aku memang kesuntukan masa time atu lagipun kami ada majlis patang atu jua nanti, kan berusah-rusah lagi di rumah, jadi tah melintasi saja disana meliat cemana keadaannya, so bertapa saja lah dirumah, gambar yang ku ambil diatas ani bukan plang anak ku, anak cousin ku, iatah masa dorang cousin ku ani menikmati jamuan atu, jadi babysitter lah ku sekajap, dan apalagi..aku kalau ada model percuma ani inda akan melepaskan peluang yang sedia ada...


"Anda mendidik anak hanya sehingga umur 10 tahun, selepas itu anda hanya mempengaruhinya" - Tanpa Nama

Thursday, August 07, 2008

Who Lets The Dog Out !!!!!!!!!!


Siapa pernah duduk menunggu bas atau lepak atau dating atau yang sewaktu dengannya di stesen bas Pekan Tutong (hampir Mum Bakery & Bank BIBD) seperti yang tertera didalam gambar yang diatas ani, Ku rasa banyak yang pernah duduk di stesen ani dan inda terkecuali aku lah, liat saja pagi-pagi, tangahari ke patang pasti ada yang berehat-rehat dan duduk-duduk dan inda keterlaluan ada jua yang melimpang sambil tidur disana. Tapi sejak ku mendapati hal yang terdapat dalam gambar yang ku ambil diatas atu, i feel sorry lah kepada mereka yang selalu duduk-duduk disana atu, sebenarnya perkara ani inda banyak yang tahu, sebab kuyuk-kuyukan ani akan menjadikan stesen bas atu markas santai dorang bermula dari tangah malam sampai naik matahari, tanya saja pengail-pengail yang datang mengail subuh-subuh disana atu mesti dorang tahu. Tutong lagi sekarang ani banyak kuyuk, baru-baru ani nampak lagi ku "generasi-generasi muda" kuyuk ani bermain-main, lepak bawah kereta, mun kana himpit tayar padan mua nya. Sekarang ani, inda lagi ku kan berehat arah tampat duduk kulat siring Teguh Raya atu atau tampat duduk rehat arah Central Mall sana, mana tau kana duduki udah. Diharap adalah pihak-pihak tertentu yang menguruskan hal ani sebelum ada mangsa yang kana gigit lagi.

Monday, August 04, 2008

PERAYAAN : Aksi Lasak 4 WHEELS


03/08/2008 (AHAD) - Beberapa perlumbaan kereta pacuan 4 roda berlangsung di kawasan khas berhampiran dengan Ma'had Islam Brunei pagi itu. Dan aku inda jua mau ketinggalan untuk turun padang bukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan kerata pacuan 4 roda atu, tetapi kan menggambar saja, mun ku ikut pun awal-awal udah tekubur minta tarikkan kereta lain, menyusahkan ada plang tu.., Sebenarnya dalam pertandingan ani banyak aspek dan sudut yang perlu dilihat kalau urang atu banar-banar mengambil perhatian, dalam perlawanan atu aku melihat beberapa skill driver menghadapi keadaan becak mengerikan yang kereta biasa inda dapat lalu, yang penting sekali adalah skill dan pengalaman driver atu sendiri menentukan kedudukan mereka diantara driver-driver yang lain.
.
BTW dalam perlawanan atu aku inda dapat shot banyak gambar, walaupun banyak lubuk lawa-lawa yang dapat ku "jangkau", apa yang ku post disini iatah saja tu ulih ku tanpa ada pemilihan dan penapisan lagi, atu kerana bateri kamera ku habis, aku sendiri merasa terkilan kerana habis atu, mesti ada urang rumah yang curi-curi makai kamera ani masa ku keraja.., aku atu pun inda jua mencheck, tarus jalan saja, nasib jua ku inda turun ke bandar menshot perlumbaan go-kart, kalau inda ada yang menangis tua di bandar atu..inda balik modal.., bila memikir perkara ani gatal tah hati kan membali bateri pack/spare dan yang sebanding dengannya. Ada-ada saja..

Saturday, August 02, 2008

Akhirnya...Aku Berjaya Memilikinya!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera, minggu ani adalah diantara minggu-minggu yang paling menggembirakan aku, why? kenapa? limaza? Dostee? --------- Pernahkah biskita nampak buku yang ku post diatas ani? Buku "BERANI GAGAL" atau versi bahasa inggerisnya "DARE TO FAIL", Cetakan pertama buku ani mula terbit pada bulan MAC tahun 1997, maksudnya buku ani sudah pun berada dalam pasaran sejak 11 tahun yang lapas, bukannya satu tempoh yang sekajap - basar jua kanak-kanak dalam tempoh atu - , dan masih ku ingat semasa buku ani mula berada dalam pasaran ia kurang mendapat sambutan, (atau maybe aku saja yang berfikir macam atu sebab masa atu aku masih lagi "Budak Sekolah" yang inda tau apa-apa pasal budaya membaca orang lain). Tapi oleh sebab covernya ada sedikit "UNIK" berbanding cover-cover buku yang lain iatah aku inda mudah lupa buku ani, dan inda batah atu baru tah ada keluar publisiti mengenai buku ani, atu pun dalam 2-3 tahun buku ani masih lagi berada dalam kadai buku..

Kan dijadikan cerita, pada hujung tahun 2005 ada tah seorang rakan yang mengesyorkan aku untuk memiliki buku Berani Gagal atau Dare To Fail ani, bersungguh-sungguh ia ani mengiklankan buku ani arah aku, memandangkan masa atu aku masih dalam profession menanam anggur sepenuh masa tanpa gaji (harapkan duit elaun yang disimpan semasa UBD - inda pernah minta usin arah indung masa menganggur atu, tapi kalau kana bagi $$$ atu terima sajalah..) jadi ada baiknya kalau aku ada menghabiskan sedikit masa membaca buku kategori MOTIVASI, PERANGSANG JIWA DLL ani, tapi malangnya setiap kali ku kekadai mencari buku ani, inda pandai ada di kadai, sekajap atu macam ada..kali di aga balik inda tia ada.., sejak atu tah setiap kali ku ke kadai buku dimana saja aku inda pernah miss mencari buku ani, selalunya versi englishnya saja ku kejumpahan..tapi maklumlah oleh sebab aku bukan bakas pelajar aliran english inda tah ku membali walaupun aku selalu membaca Borneo Bulletin. Takut ku bahasa Englishnya terlalu advance sampai utak ku inda ter-translate. Dan setiap kali PESTA BUKU di adakan di Brunei ani sejak 2006-2008 ani pun inda ku pernah miss mencari, apatah lagi kalau ku ke MIRI, atupun masih jua ku inda kjumpahan, buku lain plang ku kjumpahan.
.
Iatah masa hari rabu lapas time cuti Israk Mikraj atu, aku ronda-ronda ke Hua Ho Manggis with my fren ani, survey-survey monopod, unipod, tripod, dry cabinet storage and bertanya perihal lens kalau kan mengorder (aku plang saja yg mensurvey barang-barang atu - my fren atu dengan "dunia"nya dan barang surveynya sendirilah..), dan seperti biasa aku akan masuk kadai buku rah Best Eastern disana, dan masa atulah pencarian ku selama ani menemui titik noktahnya.., dan akhirnya aku secara rasmi berjaya memilikinya..atu pun tinggal sebuting jua saja lagi, inda ku tau kalau ada lagi yang tersembunyi diantara buku-buku yang ada dalam sana atu., tapi hairan jua ku..batah-batah ani inda ku pernah terjumpa buku atu disana..pandai banar tah buku ani bertapuk. Walau macamanapun aku happy kerana dapat buku ani..inda sabar jua rasanya kan mengetahui apakah keistimewaan buku "BESTSELLER" ani.
.
"Apabila Seorang Samurai Sejati Bertarung, Ia Bersedia Untuk Menghadapi Maut, Tetapi Yang Lazimnya, Lawannyalah Yang Menemui Ajalnya"