CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 31, 2008

NEWS : NIKON dengan DSLR terbaru mereka !!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera, ada biskita mendengar pasal kamera DSLR terbaru dari Nikon - Nikon D90, untuk makluman bersama Nikon telah pun melancarkan kamera DSLR terbaru mereka Nikon D90 beberapa hari yang lepas yang bakal mengambil alih peranan Nikon D80 nanti (salah sebuah kamera ke-2 yang sedang ku "intai" untuk awal tahun dapan), so kamera ani diantara yang terbarulah dalam pasaran sekarang ani, iatah dengan kewujudan Nikon D90 ani membuat kan aku berbelah bagi dengan Nikon D80 dan aku mengambil keputusan untuk menantikan dulu kewujudannya di Brunei Darussalam ani, sambil atu menunggu review urang ramai sebelum mengambil tindakan seterusnya memandangkan masa yang ku ada (untuk ngumpul-ngumpul usin) untuk atu Insya Allah masih ada lagi..
.

Nikon D90 Key Features:

- 12.9 megapixel DX-format CMOS sensor (effective pixels: 12.3 million)
- 3.0-inch 920,000 pixel (VGA x 3 colors) TFT-LCD (same as D3 and D300)
- Live View with contrast-detect AF, face detection
- Image sensor cleaning (sensor shake)
- Illuminated focus points
- Movie capture at up to 1280 x 720 (720p) 24 fps with mono sound
IS0 200-3200 range (100-6400 expanded)
- 4.5 frames per second continuous shooting (buffer: 7 RAW, 25 JPEG fine, 100 JPEG Normal)
Expeed image processing engine
- 3D tracking AF (11 point)
- Short startup time, viewfinder blackout and shutter lag
- Slightly improved viewfinder (96% frame coverage)
- Extensive in-camera retouching including raw development and straightening
Improved user interface
- New optional compact GPS unit (fits on hot shoe)
- Same battery and vertical grip as D80
- Vignetting control in-camera
- 72 thumbnail and calendar view in playback

Dan untuk sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai Nikon D90 ani boleh lah biskita layari sendiri laman-laman web yang ada ku simpan arah layout disebalah ani ataupun taip arah mana-mana saja search engine yang biskita rasa sesuai dan suka.

Out Of Gas!!!


Gambar ani ku ambil masa KDYMM turun beramah mesra di daerah Tutong, Stesen Minyak lagi tutup sementara hari atu, jadinya iatah sampai marak warningnya atu, kepada sesiapa yang berkereta diluar sana, jangan lah luan diamalkan untuk membiarkan minyak kereta anda macam ani, kerana ia boleh membuat tangki minyak kereta anda berwap yang mungkin menjejaskan prestasi kereta yang anda sayang.

"Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih"

Sunday, August 24, 2008

Perlumbaan GO-KART Daerah Tutong 2008


Assalamualaikum dan salam sejahtera, pagi tadi telah berlangsung perlumbaan kereta GO-KART di kawasan Dewan Seri Kenangan, Bukit Bendera, Tutong. Cuaca pada pagi atu tersangat-sangatlah amat mengizinkan redup dan panas. Banarnya aku sendiri pun inda tau ada perlumbaan kereta GO-KART akan di adakan pada hari ani, Maybe banyak jua kali yang masih inda tau sal inda jua berapa ramai yg datang mliat tadi atu compare sama Perlumbaan 4 Wheels hari atu, fikirku lumba Go-Kart ani udah kana adakan masa 2 minggu yang lapas masa Pesta Rakyat, sebab lam WEBSITE Perayaan dibuat time Pesta Rakyat, Syukur jua OTW ku balik keraja patang kelmarin atu aku melintas disana kan kekadai kan mutung baju cara melayu. Iatah masa atu ada urang test drive track disana atu, So pagi tadi around kul 9.30am turun tah ku kesana kan menshoot gambar puas-puas, kan dijadikan cerita LOW BATT tia lagi Bateri kamera ku ani, nasib alum start belumba, so balik lah ku lagi ke rumah sekajap mencharging bateri atu dalam 22 minit saja (inda bulih jadi ni-mau inda mau mesti ku ada bateri spare jua ni nanti-), lapas atu tarus kesana menshoot apa-apa yang patut, dan sekali lagi disana atu aku "ter"belajar sesuatu yang baru lagi berkaitan dengan setting focus..So far aktiviti ku untuk hari ani sangat menggembirakan aku, Segala kekurangan akan dijadikan iktibar dan nasihat supaya inda akan berlaku lagi dikemudian hari, Ok lah aku stop disini saja dulu, Insya Allah jumpa lagi next time..

Semoga Lulus - Murid-Murid Ku...-










"Setiap orang dapat berhenti apabila perjuangannya sudah bertambah berat, tetapi seorang pejuang yang sebenar tidak pernah berhenti sebelum memenangkan perjuangannya"
- Tanpa Nama

Thursday, August 21, 2008

Kereta Kebal Yang Pandai Terabang ??? Adakan??


Masa kelmarin hari masa patang atu kan ada tah seorang murid ku ani main teka-teki sama aku, ku layan tah jua karenah murid ku yang seorang ani supaya ia inda menyamal, sebab mun ia menyamal payah kan mujuk..
.
Murid: Cigu..cigu.., kalau cigu pandai cuba cigu jawab ni, kari ani selalunya masaknya berempah-rempah apa lagi kan..tapi kari ani masaknya mesti beguring..kari apa tu cigu?
Cigunya : (loading...te klik udah jawapannya)
Murid: bah tia..jawapannya "KARIPAP" cigu..KARI..PAP (ketawa..ketawa)
Cigunya : Adeh..alum lagi cigu minta jawapan udah tia kamu bagitau..
.
(lalu secara sepontan aku pun ternampak "kereta kebal" terabang diluar)
.
Cigunya : bah, cigu lagi nyoal kamu, banyak-banyak kereta kabal, kereta kabal apa yang pandai terabang?? nah jawab tia..
Murid: (loading & loading & loading...) mana ada kereta kabal pandai terabang cigu, kalau ada apa nah jawapannya?
Cigunya : bah tia..inda nyasal ni....
Murid: Awuuuuu..bah tia..
Cigunya : Tuu nah..cuba kamu liat di luar atu (liat gambar diatas), nah pandai jua terabang tu "kereta kabal" atu..tinggi lagi terabangnya..
Murid: (bilang urang tia membagitau kawannya yg lambat loading atu maksud gambar diatas atu)
.
"Kita terlalu sering memberi jawapan yang perlu dihafal oleh anak-anak, tetapi bukan memberi persoalan yang perlu dipecahkan" - Roger Lowin