Wednesday, March 11, 2015
AKU DAN PESTA BUKU BRUNEI 2015
| Antara buku-buku yang dibeli dalam Pseta Buku 2015 |
| Buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan yang terbaru bagi tahun 2015, antara buku wajib ada dalam simpanan kerana manfaat dan kegunaannya yang sangat besar dan bukan sedikit |
Pesta Buku 2015 baru saja melabuhkan tirainya dalam beberapa
hari yang lepas. Aku adalah diantara mereka-mereka yang sangat suka membaca
buku. Bila diadakan Pesta Buku setiap tahun aku adalah diantara yang paling
gembira dan juga nervous bila mengunjungi gerai jualan. Kenapa pula aku katakan
yang aku nervous? Mungkin kerana aku bimbang jika kepuasan yang diterima nanti
tidak mencapai standard diri sendiri. Mungkin juga aku seorang yang sangat
cerewet. Yang pasti aku menilai kepuasan diri sendiri dengan menilai harga
jualan dan jenis buku yang dijual pada Pesta tersebut. Jika kena pada harga dan
nilai buku yang dibeli tersebut sudah tentulah akan menimbulkan satu rasa
kepuasan pada diri sendiri.
Kalau aku perhatikan, aku sering menyediakan peruntukan untuk
berbelanja untuk membeli buku pada bulan Disember ketika cuti persekolahan,
lazimnya aku akan keluar ke negara jiran hanya untuk mengunjungi kedai-kedai
buku disana memandangkan harga buku disana jauh lebih murah dari harga di
pasaran sini. Tidak dilupakan juga pada bulan Februari atau Mac di mana pada
setiap tahun bulan tersebut akan diadakan Pesta Buku bersempena dengan Sambutan
Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
| Cenderahati bagi tetamu yang datang mengunjungi ke Pesta Buku 2015 |
![]() |
| Antara buku yang dibeli semasa kunjungan ke Pesta Buku 2015 |
![]() |
| Lagi buku-buku yang dibeli semasa mengunjungi Pesta Buku 2015 |
Posted by Enaz Hanari Organization at 12:22 AM 1 comments
Sunday, March 08, 2015
LATP 2015
Sijil Penyertaan dan Medal Penamat
Posted by Enaz Hanari Organization at 8:26 PM 0 comments
Labels: Larian Amal
Monday, February 23, 2015
Generasi Berwawasan
![]() |
| Logo Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-31 tahun |
Al-hamdulillah, Negara Brunei Darussalam telahpun menyambut hari kebangsaan hari ini dengan penuh gemilang. Sebenarnya tarikh 23hb Februari adalah tarikh yang sentiasa aku nanti-nantikan dan ditunggui setiap tahun. Kerana pada tarikh ini aku selalunya akan merakamkan beberapa detik dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari yang bersejarah ini melalui lensa kamera. Bermula dari tahun 2009, aku mula aktif mengikuti pertubuhan-pertubuhan yang banyak mengajar aku bermain dengan lensa kamera. Bermula dari setting AUTO kepada setting MANUAL. Seorang photographer pernah bersuara kepada aku ketika aku mula memilki DSLR pertama yang suatu hari nanti aku akan "bermain" dengan setting MANUAL, dan bersiap sedia yang kamera DSLR pertama ini bukan kamera DSLR yang terakhir. Nampaknya pengalaman beliau telah betul-betul menjadi realiti buat diriku.
Berbalik dengan sambutan hari kebangsaan pada tahun ini. Dukacita tidak ada satu klik pun yang mampu aku lepaskan untuk merakamkan peristiwa untuk tahun ini. Dan ianya sangat-sangat menyedihkan diriku kerana saban tahun aku tidak pernah terlepas turut serta merakamkan peristiwa melalui kamera sejak tahun 2009. Hati ku meronta-meronta ingin dikeluarkan dari perbarisan apabila melintasi barisan photographer yang sedang bertugas. Mungkin permohonanku telah dikabulkan Allah kerana pada tahun lepas aku memang ada memikirkan untuk berehat sebentar kerana bebanan tugasan. Namun jauh dilubuk hati tangan dan jari ini masih ingin mengetik butang shutter dan tubuh yang semakin lanjut ini masih ingin memikul beban kamera dan lensa yang bukan ringan. Semoga di tahun 2016 nanti aku diberikan peluang untuk beraksi merakamkan detik sambutan Hari Kebangsaan 2016. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-31, semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dalam lindungan Dan pemeliharaan Allah subhaanahu wa Ta'ala jua . AMIN.
Posted by Enaz Hanari Organization at 11:58 AM 0 comments
Sunday, February 22, 2015
Erti Kehidupan : SIBUK #2015
As-Salam dan salam 2015
sedar tidak sedar sudah 2 tahun aku menyepikan diri dalam dunia blogging.
2 tahun bukannya tempoh yang pendek. Ia sudah cukup untuk membuatkan orang berasa bimbang dan tertanya-tanya.
dimanakah saya?
apakah yang sudah terjadi?
sihatkah?
atau sakitkah?
dan al-hamdulillah saya masih sihat menempuhi cabaran baru yang semakin mengganas. Kalau boleh aku ingin meneruskan kehidupan harian ku tanpa ada sebarang alasan-alasan untuk mengelakkan diri dari melakukan sebarang tugasan yang telahpun dipertanggungjawabkan atau yang telah diamanahkan kepada kita.
Cuma aku kadang-kadang merasa rindu mengenangkan masa-masa sudahku yang mana dalam kesibukan harian aku masih punya masa untuk melakukan aktiviti atau hobi kegemaranku. Photography, membaca buku dan blogging. Tanpa aktiviti-aktiviti kegemaran tersebut hidup terasa sepi tanpa aktiviti-aktiviti. Aku banyak belajar sesuatu daripada kegemaran-kegemaran tersebut. Dan kini aku sudah terperangkap dengan tugasan yang mengikat aku dari meneruskan aktiviti atau kegemaran-kegemaran tersebut. Aku punya waktu terbatas untuk mengisi waktu-waktu untuk mengisi hobi tersebut. Apabila aku mengikut aktiviti photogarphy, sering aku hilang fokus memikirkan tugasan yang perlu disiapkan dengan segera. Bacaan bukuku sering terganggu dengan laporan-laporan lain yang perlu disiapkan yang bagiku sebenarnya adalah tidak perlu. Semoga aku tabah dan tidak mudah melatah menghadapi liku-liku yang akan mendatang.
Posted by Enaz Hanari Organization at 6:01 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)












