CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 28, 2011

DIRGAHAYU 65 - MAJLIS JUNJUNG ZIARAH DAN RAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK DAERAH BRUNEI & MUARA - PART II










DIRGAHAYU 65 - MAJLIS JUNJUNG ZIARAH DAN RAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK DAERAH BRUNEI & MUARA - PART I












Acara : Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Brunei dan Muara
Tarikh : Ahad, 24 Julai 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Taman Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan




BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai - Hari yang indah dan cerah bagi mengundang segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama berkunjung dan menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Brunei dan Muara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-65.

Wajah-wajah ceria dan senyuman manis menerangi perkarangan Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien yang menanti dari awal pagi lagi untuk menatap wajah serta menjunjung kasih ke hadapan majlis raja dan pemimpin yang disanjung tinggi serta dikasihi.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji Abdul 'Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malek dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Keberangkatan tiba baginda berserta Kerabat-Kerabat Diraja dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Badaruddin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi Haji Mohd Yusof, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Haji Jamain Momin.

Sejurus keberangkatan tiba Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dikumandangkan dengan diiringi oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja Brunei, diikuti dengan laungan 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' oleh penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dari Daerah Brunei dan Muara.

Aturcara majlis diserikan dan disemarakkan dengan perlawanan tarik kalat Peringkat Borneo dan seterusnya diikuti dengan persembahan khas daripada gabungan penyertaan seramai lebih kurang 300 orang penuntut-penuntut sekolah menengah dan para belia.

Gambaran manis serta keriangan dapat disaksikan dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat usia dengan tidak melepaskan peluang untuk menjunjung ziarah dan beramah mesra bersama raja yang dikasihi. Detik keemasan yang sangat dinantikan oleh segenap lapisan masyarakat di daerah ini mempamerkan keakraban serta eratnya hubungan antara rakyat dengan raja yang sangat dikasihi ini.

Suasana sepanjang jalan utama menuju ke Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien penuh meriah dengan barisan seramai 2,000 para pelajar mengibarkan bendera kecil, di samping kumpulan hadrah seramai 500 orang dan seramai 65 orang pelajar pembawa bunga-bunga manggar menjunjung serta mengalu-alukan keberangkatan baginda serta kerabat diraja yang lain.

Acara diteruskan dengan sembah kesyukuran dan taat setia dari Haji Jamain yang mewakili rakyat dan penduduk Daerah Brunei dan Muara bagi mengalu-alukan keberangkatan baginda dan kerabat diraja.

Baginda Sultan berserta kerabat diraja kemudian dijunjung untuk menyaksikan perlawanan akhir kejohanan Tarik kalat SeBorneo di antara Pasukan dari Brunei Darussalam menentang Pasukan dari Sarawak serta kemudian berkenan menyaksikan persembahan padang yang penuh dengan warna-warni dengan berkonsepkan "Menyemai Kasih Menjulang Raja."





DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK

Tuesday, July 26, 2011

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien in HDR



Sudah lama rasanya aku tidak bermain dengan HDR, entah kenapa aku tergerak untuk mencuba HDR kali ini, mungkin aku tergerak melakukannya kerana sudut pemandangannya yang sesuai dengan jenis lensa yang aku bawa pada hari itu. Gambar berimej HDR ini boleh dikatakan imej HDR ku yang pertama bagi tahun 2011 ini setelah bercuti agak panjang tidak melakukan pemprosesan imej HDR. Gambar diambil diwaktu pagi dalam perjalanan menuju ke Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien Bandar Seri Begawan semasa menghadiri majlis ramah mesra KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan bersama rakyat dan penduduk Daerah Brunei Muara.

Sunday, July 24, 2011

MALAM PERAYAAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN DAERAH TUTONG - PERTANDINGAN LAGU NASYID SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA DAERAH TUTONG - PART II











MALAM PERAYAAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN DAERAH TUTONG - PERTANDINGAN LAGU NASYID SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA DAERAH TUTONG - PART I














Pertandingan Lagu-Lagu Da’wah Antara Sekolah-Sekolah Ugama Daerah Tutong
Penganjur: : Jabatan Pengajian Islam Tutong
Acara: : Pertandingan Lagu-Lagu Da’wah Antara Sekolah-Sekolah Ugama Daerah Tutong
Tarikh: : Khamis, 21 Julai 2011
Masa: : 8.15 malam
Tempat: : Kawasan Lapang Berhadapan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.