Bermain ATV..Siuk kali ah..bayar saja $2
Inda jua mau tinggal kan ikut mencari talur dalam pasir
Belurih laii.. banyak lagi alum kejumpahan tu talur ah..Satu acara yang paling ku elakkan dari dulu lagi..Aku paling takut bunyi latup belon ani..bunyi latup benda lain inda plang..SMILEE!!! your on candid camera :)Testing..testing 1..2..3..
Bergambar ramai...inda cukup sebuting..mau jua lagii
Bah..adang.. TERIMA KASIH..21hb Jun 2009 @ AHAD - Hari ani,
kelab Motosikal KEKAL daerah Tutong telah mengadakan aktiviti riadah keluarga yang bertempat di Pantai Seri Kenangan daerah Tutong, acara ani telah pun dirancang lebih awal sebelum ani melalui beberapa perjumpaan dan mesyuarat sesama ahli bersempena dengan musim cuti persekolahan ani jua.
Antara objektif diadakan dalam aktiviti riadah ani..biasalah..untuk mengeratkan perhubungan tali silaturrahim sesama ahli kelab KEKAL, mengisi waktu percutian bersama keluarga, dan sebagai aktiviti kelab KEKAL sendiri.
Dalam aktiviti riadah ani, beberapa acara telah disediakan dan dibuat serta diatur untuk memeriahkan lagi Riadah Keluarga KEKAL ani, yang kanak-kanak, ada peraduan mewarna LOGO, Meniup belon sampai basar -kalau pacah lagi baik- manakala yang bini-bini serta kaum-kaum ibu menyalai-nyalai ayam dan yang laki-lakinya dengan aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan iaitu bermain bola sepak pantai, dan atas semangat kesukanan yang tinggi lagi membara tambah-tambah lagi setelah pasukan bolasepak negara iaitu DPMM FC manang PIALA LIGA SINGAPURA, semua ahli bermain antara rela dan terpaksa demi memeriahkan lagi suasana sehingga ada yang sanggal tubuh badan, terpelicuk batis, selahau batang leher, kepala dan tangan, tercramp batis, terseliuh sana-sini, kejang urat, mambang seluruh badan dan macam-macam lagi side-effect setelah berlangsungnya sukan yang paling extreme dalam acara atu semuanya dilakukan untuk memeriahkan lagi aktiviti riadah ani. Kalau bukan kitani sendiri yang memeriahkan..siapa lagi??
Aktiviti riadah keluarga KEKAL selesai kira-kira pukul 2 petang, semoga aktiviti seumpama ani akan di adakan dan diteruskan lagi dimasa-masa akan datang, untuk mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim sesama ahli dan untuk memperkenalkan kelab KEKAL kepada masyarakat, Insya Allah..
LAGI GAMBAR AKTIVITI RIADAH KEKAL BOLEH DIDAPATI DI
SINI