CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, December 28, 2010

INDONESIAN DAY : "UNITY IN DIVERSITY" - PART V / V

Persembahan Musik Angklung dari kanak-kanak, anak kecil ini banyak menarik perhatianku kerana menyertai hampir kesemua persembahan-persembahan mereka yang melibatkan kanak-kanak

Persembahan musik Angklung dari mereka ternyata berjaya menarik minat ku untuk mendengar persembahan mereka, mereka sememangnya mempunyai bakat yang besar. tahniah kepada pelatih-pelatih yang telah melatih anak-anak ini.

Semasa era kerajaan koloni Belanda di Indonesia (Dutch East Indies), permainan Angklung telah diharamkan kerana ianya mampu membangkitkan semangat kominiti-komuniti rakyat ketika itu sehinggakan populariti permainan angklung jatuh dan hanya dimain bagi kanak-kanak pada era ini.

Tarian Tradisi Jawa - Dolanan Anak-Anak, sedikit berbeza dengan dolanan anak-anak dari Bali

Lirik-melirik sesama rakan kiri dan kanan, memang unik..

Salah satu persembahan yang cukup menghiburkan dan sangat unik dalam perhatianku, ianya menggambarkan kegembiraan kanak-kanak yang bermain bersama rakan-rakan mereka yang lain

Seterusnya adalah persembahan Tarian Tradisi Lampung - Sigeh Penguten (Tari Sembah)

Tarian Sigeh Penguten biasanya dibuat dalam kumpulan 5 orang dengan kedudukan menegak dengan penari yang berada dihadapan di panggil sebagai Ratu

Penari paling depan yang di panggil Ratu itu akan membawa sebuah kotak kecil yang berisi sekapur sirih dan akan mempersembahkannya kepada tetamu-tetamu kehormatan sebagai ungkapan rasa hormat antara tuan rumah dan juga tetamu.

Masyarakat Lampung mempunyai pelbagai cara bagi menghormati orang lain sama ada mereka itu secara individu ataupun berkumpulan, salah satunya adalah dengan melalui tarian.

Penari bagi tarian ini akan mengenakan pakaian khas bewarna putih dan dihiasi dengan hiasan-hiasan tertentu.

Di kepala penari diletakkan perhiasan "Siger", iaitu mahkota yang berbentuk seperti tanduk, Di bahagian bawah bahu pula akan dipakaikan "Gelang Burung" iaitu hiasan yang berbentuk burung bersayap yang diikatkan di lengan kiri dan kanan.

Tarian Sigeh Penguten merupakan tarian yang berbentuk lemah gemalai yang dialunkan dengan alunan musik dengan beberapa posisi dari posisi berdiri hinggalah kepada posisi duduk

Tarian Sigeh Penguten biasanya dilakukan bagi menyambut atau mengalu-alukan kedatangan tetamu dan menghormati mereka, ianya juga turut dipersembahkan dalam majlis-majlis perkahwinan bagi masyarakat-masyarakat Lampung

Pada mula asalnya, Tari Sigeh Pengutan merupakan Tari adat istiadat Lampung yang dipersembahkan untuk menyambut kedatangan raja-raja dengan mengenakan pakaian adat gadis Lampung yang lengkap.

Dengan iringan musik, penari Tarian Sigeh Penguten akan menggerakkan bahasa tubuh mereka yang memancarkan antara kelembutan dan juga ketegasan.


Diatas adalah persembahan-persembahan yang dibuat oleh anak-anak kecil dari Indonesia. Selain mempersembahkan dan memperagakan pakaian tradisi mereka, mereka juga tampil mempersembahkan beberapa tarian iaitu Tarian Tradisional Jawa – Dolanan Anak-anak dan juga Tarian Lampung yang sememangnya tidak dapat dinafikan cukup menarik perhatian dan juga menghiburkan mereka yang hadir menyaksikan.

Selain itu, persembahan musikal tradisi Angklung mereka juga tidak kurang hebatnya berbanding dengan persembahan Angklung dewasa dengan membawakan beberapa lagu. Mereka berjaya membawakan lagu My Heart Will Go On, Can’t Help Falling In Love dan Auld Lang Syne dengan alatan Angklung mereka dengan jayanya dan berjaya mendapat tepukan gemuruh daripada mereka-mereka yang datang hadir menyaksikan persembahan mereka.

Secara keseluruhannya, saya memang cukup berpuas hati dengan persembahan dan layanan yang telah diberikan dalam acara ini yang mana ianya sedikit sebanyak telah memberikan gambaran sebenar mengenai kesenian serta tradisi dan kebudayaan dari Negara Indonesia itu sendiri sesuai dengan tema mereka pada acara tersebut iaitu "Amazing Indonesia: Celebration of Diversity".

P/S: Kebanyakan maklumat dan info diperolehi dari buku panduan acara Agenda Indonesian Day dan beberapa sumber dari internet, kesalahan fakta dan maklumat mungkin berlaku tanpa disengajakan.


sumber rujukan:

http://blog.ugm.ac.id/2010/11/04/ujian-tengah-semester-mata-kuliahdasar-dasar-ilmu-budaya-bismillahirrohmanirrohiim-penyambutan-tamu-dengan-tari-sigeh-penguten/

http://id.wikipedia.org/wiki/Angklung

1 comments:

Hanis Azla said...

comel dan berbakat sungguh anak2 ini..