"Bungo Jeumpa" - ada juga yang menyebutnya sebagai "Bungong Jeumpa" yang membawa maksud Bunga Chempaka atau "Bungo Teuleubèh" yang membawa maksud Bunga Istimewa
Tidak banyak maklumat yang dapat ku perolehi mengenai tarian ini, walaubagaimanapun persembahan dari tarian yang dikatakan berasal dari Nanggroe Acheh ini adalah diantara persembahan tarian kegemaranku kerana keunikannya
Inilah alat musik yang dinamakan Angklung
Persembahan Angklung dari golongan dewasa
Angklung adalah alat musik berasal dari Indonesia yang diperbuat daripada bamboo yang menjadi permainan tradisi masyarakat Sunda sejak sekian lama
Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.
Disebabkan setiap alat hanya menghasilkan satu nada, ia memerlukan sekumpulan angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap.
Dua orang yang menyanyikan lagu semasa persembahan kulintang - salah satu music tradisi Minahasa Sulawesi Utara
Kata Kulintang / Kolintang datang dari bunyi Tong (nada rendah), Ting (nada tinggi) dan Tang (nada biasa)
dalam bahasa tempatan, jika seseorang mengajak untuk bermain Tong-Ting-Tang ia akan berkata:"Manemo Kumolintang", yang akhirnya ditukar menjadi kolintang/Kulintang
Walaubagaimanapun Kulintang dipanggil Kolintang oleh masyarakat Maranao di kepulauan Filipina dan Sulawesi sendiri, Kulintang & Gulintangan bagi masyarakat Sabah, Brunei dan kepulauan Sulu, dan juga dipanggil "Totobuang" bagi masyarakat di kepulauan Maluku Indonesia.
Sekumpulan penari-penari yang menarikan tarian Tradisi dari Sulawesi Selatan yang dinamakan Tari Angin Mamiri
Dinamakan Tari Angin Mamiri kerana mengambil nama lagu asal yang digunakan semasa tarian iaitu "Angin Mamiri"
Tidak banyak maklumat yang dapat ku perolehi mengenai Tarian Angin Mamiri ini, walaubagaimanapun tarian ini juga mempunyai keunikannya yang tersendiri dan sangat menghiburkan untuk disaksikan.
Persembahan tarian tradisi dari Sunda Jawa Barat yang dinamakan Tari Merak, merupakan tarian yang khusus bagi kaum wanita
koreografi tarian adalah dari inspirasi dari kecantikan si burung merak
Ramai yang tersalah anggap dengan mengatakan tarian ini menggambarkan kehidupan dan keceriaan burung merak betina, padahal sebenarnya mengisahkan tentang burung merak jantan yang terlalu takjub dengan kecantikan dirinya dalam memikat si merak betina.
Dengan membawakan tema "Amazing Indonesia: Celebration of Diversity", Acara tersebut juga turut menyajikan beberapa acara kesenian dan kebudayaan melalui kraftangan-kraftangan dan juga makanan-makanan tradisional selain persembahan kebudayaan tarian dan musikal mereka.
Pengunjung-pengunjung yang datang menyaksikan persembahan mereka berpeluang untuk menyaksikan persembahan-persembahan tarian Asli dan Tradisional seperti Tarian Asli Jawa – Jaran Kepang, Tarian Traditional Bali – Tari Mergapati, Tarian Yapong, Tarian Lampung, Tarian Dolanan, Tarian Bungo Jeumpa, Tarian Merak juga persembahan-persembahan musikal seperti Gamelan, Kulintang dan Anklung.
Antara tarian-tarian yang banyak dipersembahkan, Tarian Tradisional Jawa – Dolanan Anak-anak dan Tarian Traditional Aceh – Bungo Jeumpa lebih banyak menarik perhatianku kerana keunikan serta persembahannya yang lebih menceriakan dan harmoni. Persembahan-persembahan lain juga tidak kurang hebatnya dan juga menghiburkan. (Bersambung – Part IV).
tempat rujukan:
http://id.wikipedia.org/wiki/Budaya_Indonesia
http://id.wikipedia.org/wiki/Kulintang
0 comments:
Post a Comment