CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, December 24, 2010

INDONESIAN DAY : "UNITY IN DIVERSITY" - PART I / V

Iklan yang menarik perhatian ku untuk datang ke acara ini.

Juru acara persembahan yang sedang mengacarakan acara ini.

Persembahan musikal Gamelan (Ga-Me-Lan) yang berasal dari kepulauan Bali / Jawa.

Gamelan turut memuatkan variasi alatan muzik lain seperti Metallophones, Xylophones, Drum, Gong, Seruling bamboo dan beberapa alatan musik yang lain.

Antara yang datang hadir menyaksikan persembahan

Anak ini sedang menyaksikan persembahan daripada saudara-saudaranya.

Juru acara ini juga turut menerangkan beberapa konsep dan ciri-ciri persembahan.

Salah seorang peserta yang memperagakan pakaian tradisi mereka.

Menyaksikan persembahan daripada rakan-rakan seangkatan

Ada juga yang merakamkan detik-detik ini melalui perakam video digital.

Gamelan - kata 'Gamel' datang dari bahasa Jawa yang membawa maksud Pemalu atau Tukul

Anak kecil yang terhibur menyaksikan persembahan

Gamelan turut mempunyai sejarah yang cukup panjang yang membawa kebudayaan Hindu-Budhha yang pernah menguasai Indonesia suatu ketika dulu

Salah seorang peserta yang memainkan salah satu daripada alatan muzik dari Gamelan

Antara hidangan-hidangan tradisional yang dihidangkan disana

Entri saya kali ini sebenarnya telah berlangsung pada beberapa bulan yang lepas iaitu pada 31st Oktober 2010, kepadatan aktiviti-aktiviti serta tugasan-tugasan kerja pada ketika itu tidak memungkinkan aku untuk terus mengongsikannya dalam masa terdekat dilaman blog ini kerana terpaksa mendahulukan prioriti-prioriti tugasan utama iaitu tugasan kerja.

31st Oktober 2010 hari Ahad, Pada tanggal haribulan tersebut, saya telah berpeluang untuk mengetahui sedikit sebanyak budaya-budaya dari negara Indonesia. Walaupun saya sendiri sebenarnya belum lagi berpeluang untuk datang berkunjung ke negara tersebut, namun dengan acara yang sedemikian, dengan secara tidak langsung telah memperkenalkan saya kepada kebudayaan dan juga adat tradisi rakyat Indonesia yang sememangnya kaya dengan kebudayaan-kebudayaan tradisi mereka.

Sebenarnya pada hari tersebut sememangnya terdapat banyak acara dan aktiviti-aktiviti yang menarik telah dijalankan di negara ini yang mana ianya telah di ungkayahkan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga swasta. Saya sendiri pada mulanya telah merancang lebih awal untuk turun ke Bandar Seri Begawan di pagi tersebut untuk menyaksikan perlawanan Go-Kart yang akan dijalankan disana nanti. Setelah bersiap sedia dengan peralatan-peralatan yang akan dibawa ke Bandar Seri Begawan nanti, entah bagaimana saya boleh terjumpa satu iklan didalam laman web internet yang mengiklankan tentang “Hari Indonesia” yang juga akan dijalankan dalam hari yang sama. Perasaan ingin tahu mula menguasai diri ini bilamana terdapat beberapa acara kesenian dan juga kebudayaan yang akan dipersembahkan nanti telah berjaya menarik perhatian saya untuk datang menyaksikannya. Oleh sebab itulah saya terus membuat pertaruhan dengan membatalkan niat saya untuk turun ke Bandar Seri Begawan dan turun ke Panaga Club di Daerah Belait untuk menyaksikan sendiri persembahan dari mereka. (Bersambung – Part.II)

0 comments: