CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, October 29, 2008

The Burning Sky

Sunday, October 26, 2008

Miniarture Garden

Friday, October 24, 2008

My Very 1st Attempt - SLOW SHUTTER -


Tiada Akar, Rotan Pun Berguna..
Inda Ada Air Terajun, Air Hujan Pun Jadilah..
.
Selalunya urang menggambar aing terajun untuk slow shutter, tapi ulih sebab payah kan kejumpahan aing terajun di area ku iatah jadinya aing hujan pun kira ok lah.., aku atu banarnya kan test slow shutter saja macamana tindak balas kamera ku, sayang jua hujan atu kalau inda di manfaatkan untuk mandi eh..untuk mentry slow shutter - so hasil dan natijahnya - melalui pembelajaran spontan melalui pengalaman sekali lagi aku belajar sesuatu yang baru.., walaupun kurang perfect tapi cukup untuk menambahkan sedikit sebanyak pengetahuan ku dalam perkara ani. Insya Allah, kalau ada dianugerahkan peluang nanti ku try slow shutter pakai aing terajun yang banar-banar.
.
" Apalah jadinya hidup ini apabila kita tidak mempunyai keberanian untuk mencuba " - Vincent Van Gogh

Thursday, October 23, 2008

SeLaMaT hArI gUrU. . . . . . .

PROLOG:
Petang hari isnin..
20hb Oktober 2008..
bersamaan dengan 19hb Syawal 1429H..
Aku didatangi 3 perempuan yang comel..
bertudung litup,
penuh adab kesopanan,
tersenyum manis kepada ku..
sambil memberikan aku sekeping "KAD",
..pada pemikiran mereka,
tetapi bagiku,
sekeping "KAD" itu hanya..
sekeping
KERTAS
yang mempunyai nilai yang tidak terhingga kepadaku,
naluri hatiku tertanya-tanya..
apakah isinya..??
dan ketika aku melihat dan membaca..
hampir sahaja air mata ini menitis..
kerana......
.
.
.
.
.
.
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, didoakan kepada sesiapa jua yang bertandang dan mengunjungi sambil membaca blog ani sentiasa berada dalam keadaan sihat-walafiat lah dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT jua.
.
Ok lah.. Dalam beberapa hari yang lepas, negara kitani Brunei darussalam baru saja menyambut sambutan hari guru bagi mengingati jasa-jasa guru dalam mendidik anak bangsa Brunei kitani. So.. dalam kesempatan ani ingin saya mengucapkan ucapan "SELAMAT HARI GURU" kepada guru-guru di seluruh Negara Brunei Darussalam khususnya kepada guru-guru yang pernah mendidik saya sehingga sekarang. Alhamdulillah..
.
Cakap pasal hari guru ani, ada lah sesetengah guru-guru mendapat hadiah ataupun kad ucapan daripada murid-murid dorang. Saat-saat macam ani si guru akan malu-malu kucing untuk menerima hadiah pemberian daripada murid-murid mereka. Ada yang disambut dengan jamuan, diberi hadiah berupa pen, jam, cawan, buku dan yang banyak ialah dengan mendapat kad ucapan lah..
.
Kad ucapan memang alat komunikasi yang paling terbaik, terbisai dan paling sanang untuk digunakan dan didapati. Jadi inda hairan kalau si guru atu boleh mendapat sampai 3-5 kad ucapan daripada murid-murid asuhannya. Mereka akan sibuk bertanya dan bercerita dengan geng setugas mengenai hasil kad ucapan yang baru sahaja di perolehi.., Dan kad atu jua adalah merupakan hadiah terbaik bagi guru atu. Bila saya berfikir dengan mendalam barulah saya dapat merasakan perasaan macam atu..sebab sebelum ani perasaan atu belum pernah wujud dalam diri ani, Ada yang mendapat kad seperti..
.
.
.
.
.
Atau yang jenis macam ani..
.
.

.

.

dan..

.

Atau pun yang macam ani..

.

.

Atu sekadar contoh sahaja.., dan ia memang merupakan saat-saat bahagia yang menyebabkan si guru akan lebih sayang akan murid-muridnya..dan di petang yang berbahagia atu, akhirnya..setelah berkecimpung dalam profession guru sejak tahun 2006M, aku telah mendapat "KAD UCAPAN" hari guruku yang PERTAMA, di ulangi yang PERTAMA.., hampir menitis air mata ani bila menerima dan membaca "KAD UCAPAN" pemberian murid tersebut, bukan kerana sedih tetapi bahagia kerana merasa diri telah mendapat penghargaan walaupun tidak diminta.., walaupun "KAD UCAPAN" atu inda lah seistimewa mana seperti kad ucapan diatas..tetapi bagiku pemberian kad ucapan atu adalah yang teristimewa dan bernilai tinggi mengatasi kad diatas dan kad-kad raya yang ku terima bulan ani (banarnya inda plang ada kad raya..saja..membuat cerita..)..caritah dikadai, aku gerenti inda kamu tercari......SEBAB :

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


"SELAMAT HARI GURU"

Friday, October 17, 2008

PESTA KONVO UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM 2008


Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar?? semoga sihat-sihat lah selalunya, sebenarnya dalam beberapa hari ani ada banyak perkara yang telah berlaku arah persekitaranku tapi untuk ku kan bercerita disini aku perlukan extra masa untuk atu, so liatlah lah nanti kalau ku ada kesempatan ada lah ku update lagi.., BTW kelmarin pagi 16hb Oktober 2008M (Khamis) telah berlangsung perasmian Pesta Konvo 2008 di Dewan Kanselor Universiti Brunei Darussalam oleh Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. So oleh sebab aku terdengar iklan pesta konvo ani melalui corong radio hari isnin lapas iatah jadinya aku planning kan turun untuk menyaksikan Pesta Konvo ani iaitu Pesta Konvo ku kali yg ke-5 secara inda rasmi, Jadinya aku pun turun bertemankan salah seorang teman dari Liang. Lalu bermulalah lagi episode pembelajaran spontan melalui pengalaman ku dalam acara indoor with Low Light. Rupanya menggambar indoor ani inda lah semudah yang ku sangka, LOW LIGHT tah jua lagi, walaupun udah bepasang speedlight masih jua ku gagal untuk mendapat beberapa shot yang baik, satu pengalaman yang cukup tinggi nilainya bagiku yang masih mentah dalam dunia fotografi ani, lalu ku perhatikan photogs sekelilingku mana tau ada accessories tambahan untuk flash dorang , diffusser kah apa kah?? Adalah jua ku terklik beberapa teori pasal kegunaan aksessori tambahan yang bepasang arah kamera flash dorang atu tapi tinggal mempraktikkan dan membuktikan saja lagi teoriku atu sama ada lurus kah inda, iatah untuk membuktikannya aku mesti buat macam atu jua..so secara kesimpulannya untuk aku mengaku kalah inda semudah atu, aku akan terus mencabar diriku kalau ada acara indoor yang semacam ani untuk menghasilkan sesuatu yang dapat dibanggakan suatu hari nanti Insya Allah.

Monday, October 13, 2008

BiLa BuDaK bErHaRi RaYa . . .

Friday, October 10, 2008

SaMbUtAn HaRi RaYa Di SeKoLaH sAyA . . .

visit here for more pics :


09hb Oktober 2008 (KHAMIS) - Rasanya ani tah hari raya ku yang ku enjoy banar-banar, aku sendiri hairan, kenapa mesti di sekulah?? dirumah inda enjoy kah?? entah..aku sendiri pun inda pasti apa jawapannya, dan dalam kesempatan sambutan hari raya atu aku mengambil kesempatan tarus lah belajar cara memakai Speedlight SB600 ku..Ooohh..cematu rupanya :) nanti lagi ku belajar..
.
Nabi Muhammad SAW ada bersabda : "Allah telah memberi ganti bagi kalian dua hari yang jauh lebih baik, (iaitu) 'Idul fitri dan 'Idul Adha" - Hadis Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i

Thursday, October 02, 2008

Salam Aidilfitri 2008M/1429H


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, apa khabar biskita?? Ada bagus? Al-hamdulillah, inda ada lah yang kan di ceritakan banarnya, ganya kan mengambil peluang di hari yang baik bulan yang baik ani ingin mengucapkan kepada semua rakan-rakan yang mengenali ataupun yang inda mengenali diri ani, kepada blogger-blogger yang selalu menziarahi laman yang masih terdapat 1001 kekurangan ani, dan kepada seluruh umat Islam amnya dimana pun mereka berada, yang sampat balik kampung ataupun yang inda sampat balik dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, kalau lah terdapat kesalahan diri dan terkasar bahasa selama berada dalam/luar dunia siber ani, mohon dimaafkan..Akhir Kalam Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1429H/2008M - Maaf Zahir Dan Batin..
.
HSO Organization Ltd & Kuncu-Kuncu Sekutunya

Wednesday, October 01, 2008

Anak Bulan Syawal