PROLOG:
Petang hari isnin..
20hb Oktober 2008..
bersamaan dengan 19hb Syawal 1429H..
Aku didatangi 3 perempuan yang comel..
bertudung litup,
penuh adab kesopanan,
tersenyum manis kepada ku..
sambil memberikan aku sekeping "KAD",
..pada pemikiran mereka,
tetapi bagiku,
sekeping "KAD" itu hanya..
sekeping
KERTAS
yang mempunyai nilai yang tidak terhingga kepadaku,
naluri hatiku tertanya-tanya..
apakah isinya..??
dan ketika aku melihat dan membaca..
hampir sahaja air mata ini menitis..
kerana......
.
.
.
.
.
.
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, didoakan kepada sesiapa jua yang bertandang dan mengunjungi sambil membaca blog ani sentiasa berada dalam keadaan sihat-walafiat lah dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT jua.
.
Ok lah.. Dalam beberapa hari yang lepas, negara kitani Brunei darussalam baru saja menyambut sambutan hari guru bagi mengingati jasa-jasa guru dalam mendidik anak bangsa Brunei kitani. So.. dalam kesempatan ani ingin saya mengucapkan ucapan "SELAMAT HARI GURU" kepada guru-guru di seluruh Negara Brunei Darussalam khususnya kepada guru-guru yang pernah mendidik saya sehingga sekarang. Alhamdulillah..
.
Cakap pasal hari guru ani, ada lah sesetengah guru-guru mendapat hadiah ataupun kad ucapan daripada murid-murid dorang. Saat-saat macam ani si guru akan malu-malu kucing untuk menerima hadiah pemberian daripada murid-murid mereka. Ada yang disambut dengan jamuan, diberi hadiah berupa pen, jam, cawan, buku dan yang banyak ialah dengan mendapat kad ucapan lah..
.
Kad ucapan memang alat komunikasi yang paling terbaik, terbisai dan paling sanang untuk digunakan dan didapati. Jadi inda hairan kalau si guru atu boleh mendapat sampai 3-5 kad ucapan daripada murid-murid asuhannya. Mereka akan sibuk bertanya dan bercerita dengan geng setugas mengenai hasil kad ucapan yang baru sahaja di perolehi.., Dan kad atu jua adalah merupakan hadiah terbaik bagi guru atu. Bila saya berfikir dengan mendalam barulah saya dapat merasakan perasaan macam atu..sebab sebelum ani perasaan atu belum pernah wujud dalam diri ani, Ada yang mendapat kad seperti..
.
.
.
.
.
Atau yang jenis macam ani..
.
.
.
.
dan..
.
Atau pun yang macam ani...
.
Atu sekadar contoh sahaja.., dan ia memang merupakan saat-saat bahagia yang menyebabkan si guru akan lebih sayang akan murid-muridnya..dan di petang yang berbahagia atu, akhirnya..setelah berkecimpung dalam profession guru sejak tahun 2006M, aku telah mendapat "KAD UCAPAN" hari guruku yang PERTAMA, di ulangi yang PERTAMA.., hampir menitis air mata ani bila menerima dan membaca "KAD UCAPAN" pemberian murid tersebut, bukan kerana sedih tetapi bahagia kerana merasa diri telah mendapat penghargaan walaupun tidak diminta.., walaupun "KAD UCAPAN" atu inda lah seistimewa mana seperti kad ucapan diatas..tetapi bagiku pemberian kad ucapan atu adalah yang teristimewa dan bernilai tinggi mengatasi kad diatas dan kad-kad raya yang ku terima bulan ani (banarnya inda plang ada kad raya..saja..membuat cerita..)..caritah dikadai, aku gerenti inda kamu tercari......SEBAB :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"SELAMAT HARI GURU"
0 comments:
Post a Comment