CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, December 24, 2010

INDONESIAN DAY : "UNITY IN DIVERSITY" - PART II / V

Salah satu bentuk tarian yang cukup sinonim dengan kebudayaan dari Indonesia

Tari Margapati - Salah satu tarian tradisi dari Bali

Tarian yang dinamakan Tarian Margapati ini telah diasaskan oleh I Nyoman Kaler pada tahun 1942

Kata Margapati pula diambil dari perkataan "Mrga" yang membawa maksud Raja

Kebanyakan penari-penari Bali mempelajari tarian ini seawal usia mereka 4 tahun melalui ibu-ibu mereka

Tarian ini sebenarnya menggambarkan pergerakan-pergerakan singa yang menghuni hutan rimba mencari mangsa

Tarian bali selalunya diingiringi dengan iringan muzik dari Gamelan

Bali sendiri mempunyai beberapa variasi kategori tarian seperti Barong, Legong, Kecak..

Tarian Margapati pula dikategorikan sebagai tarian untuk kaum lelaki selain kaum perempuan

Salah seorang penari yang menarikan Tarian Tradisi Jakarta - Tari Yapong

Tari Yapong adalah hasil ciptaan daripada puak Betawi (Batavia - nama koloni bagi Jakarta sekitar abad ke-17) sendiri

Tarian ini selalunya diadakan bagi mengalu-alukan tetamu dan untuk menghiburkan mereka dalam acara-acara tradisi.

Sememangnya pilihan saya memang tepat dan cukup berbaloi kerana pada mulanya saya cuma ingin untuk menyaksikan dan melihat sebentar beberapa persembahan sahaja dari mereka, namun persembahan-persembahan seterusnya telah berjaya membuat saya berasa lebih kagum lagi dan merasa teruja sehingga membuatkan saya untuk terus duduk lebih lama lagi menyaksikan persembahan-persembahan mereka sehinggalah acara mereka sampai ke penghujungnya.

Kebanyakkan acara dan persembahan yang dipersembahkan lebih menjurus kepada persembahan musikal melalui alat-alat tradisi dan juga tarian dan juga pertunjukkan pakaian-pakaian tradisi mengikut beberapa kawasan dan daerah-daerah di Negara Indonesia itu sendiri.

Kebanyakkan persembahan yang telah dipersembahkan pada hari tersebut telah diungkayahkan dan dijayakan sendiri oleh petugas-petugas warga Indonesia dan ahli-ahli keluarga mereka yang bertugas di Brunei Shell Petroleum Company Sdn Bhd (BSP). (Bersambung – Part.III)

0 comments: