CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, May 12, 2009

Selamat Tinggal 55-200mm ku & Selamat Datang A1000


10hb May 2009 @ AHAD, hari ani..aku dapat GEAR baru lagi, iaitu Kamera Point & Shoot Canon PowerShot A1000 IS + TOSHIBA SDHC 4GB, bukan plang ku ada membali apa kamera ani, ganya tukar lapas sama Lens Nikon 55-200mm, sayang jua ia inda bepakai atu, so baik serahkan & tukar lapas sama dorang yang pandai menghargai kegunaan lens ani. Lagi pun lens ani payah jua kan ku jual balik sejak ku ada 18-200mm atu, Lens ani kalau ikut kronologi pemakaiannya cuma ku pakai dalam 4-5 kali saja, iaitu semasa : 1. Junjung Ziarah Semasa KDYMM ke Tutong. 2. Persembahan Kereta Berhias di BSB. 3. Perlumbaan Speed Boat di Daerah Tutong. 4~5. Main-main begitu saja...

Kamera Canon PowerShot A1000 IS ani ditukar lapas bukan pasal urang atu inda beguna lagi kamera ani, ganya ia terdapat udah kamera PowerShot yang lebih superior daripada yang ani, dan kamera ani merupakan hadiah yang ia baru saja dapat masa Photo Hunt TelBru yang diadakan balum jua batah ani, siapa lagi kalau bukan WafiyM. Since PowerShot A460 ku yang "seksi" atu sudah kan "diambang senja", iatah yang menarik perhatian ku untuk mendapat PowerShot yang baru lagi, tapi dihalang dengan masalah kewangan sehingga datanglah peluang ani, dan dalam banyak-banyak kamera Point & Shoot, aku sebanarnya lebih suka memilih brand Canon daripada memilih brand Sony-CyberShot @ Nikon-CoolPix atau brand-brand yang lain, lagipun aku sudah memahami serba sedikit beberapa fungsi dan setting yang terdapat dalam menu si Canon ani, dan ani inda plang bermakna aku akan terus tetap setia dengan Canon ani sebabnya inda mustahil jua suatu hari nanti aku akan beralih arah kepada kamera Point & Shoot brand yang lain. Ok.. lah sampai sini saja dulu coretan merapu dariku insan yang lemah ani, sampai jumpa lagi..Terima Kasih kerana sudi membaca, Assalamualaikum.. :)

2 comments:

ANAK NAYI NA' said...

Bro, kalau ada lagi u kan melapaskan lens atau menjual lens, gtau ku dulu... aku waktu ani mencari-cari lens ni.... kan membali baru, inda mampu lagi... cari 2nd hand saja.

Enaz Hanari Organization said...

Ooo.., bah ok tu insya Allah, tapi buat masa ani lens ku yang masih tinggal pun - semuanya lens dalam kategori lens yang disayangi masih, liat lah nanti bro kalau ku kan upgrade ke 1st party punya lens.., (3rd party punya lens berisiko tinggi untuk ku jual..)