CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, September 08, 2009

Bebas di Langit Biru



Sekali pena terlepas dari genggaman,
ucapan ''oppss'' mendahului YA ALLAH,
Mungkin kerana kita leka..

bila perut merasa kenyang,
''haa...kenyangnya'' mengatasi ALHAMDULILLAH,
Mungkin juga kerana kita masih leka..

bila terpegun dengan keindahan alam,
SUBHANALLAH ditutup oleh ''cantiknya'',
Mungkin kerana kita masih juga belum sedar dan terus leka..

bila dikunjungi berita malang,
''kasihannya'' terucap keranakita lupa pada INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUUN,
kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa...
Tapi janganlah kita terus LEKA dan ALPHA..

Dan ingatlah agar bila Izrail mendekati kita,
biarlah ucapan LAA ILAAHAILLALLAH menjadi juara
mengatasi segala kata-kata..

0 comments: