Friday, April 30, 2010
L O S T
Monday, April 26, 2010
BENGKEL DAN PAMERAN RUKYAH ANAK BULAN DAN PENENTUAN ARAH KIBLAT
























21hb APRIL 2010, RABU – Mahasiswa dan Mahasiswi kumpulan 2 (1) Program Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah , Kolej Universiti Perguruan Ugama seri Begawan telah mengadakan satu bengkel dan pameran Rukyah Melihat Anak Bulan dan Penentuan Arah Kiblat yang telah diadakan di Dewan Besar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Bengkel ini telah diungkayahkan oleh Mahasiswa dan Mahasiswi kumpulan 2(1) Program Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah dengan kerjasama daripada Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam dan ianya merupakan salah satu kerja kursus yang dipilih bagi menyempurnakan tugasan kursus untuk Pengurusan Ko-Kurikulum bagi semester ke-2 ini.
Hadir mewakili tetamu kehormat majlis pada majlis ini ialah Timbalan Pemangku Ra’es iaitu Ustazah Hjh Zaleha binti Hj Ibrahim, pensyarah-pensyarah kanan, para-para pensyarah, mahasiswa dan mahasisiwi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Antara objektif pameran dan bengkel ini dijalankan ialah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang kaedah yang digunakan semasa merukyah anak bulan bagi Negara Brunei Darussalam dan memberikan pengetahuan tentang kaedah penentuan arah kiblat yang digunapakai di Negara Brunei Darussalam disamping memberikan peluang secara dekat dengan melihat dan menggunakan alat-alat serta peralatan-peralatan yang digunakan bagi tujuan merukyah dan penentuan arah kiblat yang ada dipamerkan semasa bengkel ini dijalankan. Taklimat-taklimat berkaitan dengan rukyah anak bulan dan penentuan arah kiblat telah disampaikan oleh fasilitator undangan iaitu Tuan Haji Julaihi bin Hj Lamat dan dibantu oleh Tuan Hj Khairul Abidin bin Hj Sulaiman, Pegawai Ukur dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.
Mewakili Ahli Jawatan Kuasa yang lain, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil tetamu kehormat majlis, pensyarah-pensyarah kanan, para-para pensyarah, mahasiswa dan mahasiswi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan kerana berkesudian untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis kami ini dan kepada Radio Televisyen Brunei, Media Permata dan The Brunei Times semoga kita semua mendapat manfaat ilmu pada majlis ini dan juga mendapat ganjaran pahala dari Allah Subhaanahu wa Ta’ala dengan izin-Nya jua..Amin Ya Rabbal ‘Alamin..
Posted by Enaz Hanari Organization at 6:00 PM 0 comments
Labels: 10.5mm, 70-200mm, Group Hugs, Peoples, School
Wednesday, April 21, 2010
KNK - Lagi Menyusuri Sungai Brunei Bersama KEKAL
Posted by Enaz Hanari Organization at 9:52 PM 0 comments
Labels: 10-20mm, 70-200mm, KELAB KEKAL, KNK, Peoples, Scenary
KNK - Menyusuri Sungai Brunei Bersama KEKAL
Posted by Enaz Hanari Organization at 9:24 PM 0 comments
Labels: 10-20mm, 10.5mm, 70-200mm, Group Hugs, KELAB KEKAL, KNK, Peoples, Scenary