CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, September 09, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431H / 2010M



Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita semoga segala amal ibadah yang kitani lakukan di bulan mulia tadi akan diterima oleh Allah SWT, kini sudah masuk bulan Syawal, bulan untuk meraikan "hari kemenangan" setelah sebulan kitani berpuasa, menahan segala hawa nafsu dan pancaroba yang mengganggu-gugat kestabilan ibadah di bulan puasa, persoalaannya sejauh manakah kitani telah berjaya memenangi pertarungan dengan hawa nafsu di bulan Ramadhan tadi, tepuk dada tanya lah selera, jika dipanjangkan umur berazamlah untuk memperbaikinya lagi di Ramadhan yang akan datang. Sempena dengan kedatangan bulan mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura, juga rakan-rakan serta kenalan-kenalan yang mengenali diri ini dimana jua biskita berada. Ampun dan Maaf ku pohon andai terdapat sebarang kekasaran tutur kata dalam bahasa, segala perbuatan yang menyinggung perasaan, makanan yang telah termakan, minuman yang telah terminum, diharap segalanya dapat dimaafkan serta dihalalkan. Akhir kata SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI ~ MAAF ZAHIR DAN BATIN

0 comments: