CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, August 02, 2011

SALAM RAMADHAN 1432H / 2011M


Al-hamdulillah, bersyukur kita kepada Allah Subhaanahu wa Ta'ala kerana dengan izin-Nya jua sekali lagi kita ditemukan dengan sebaik-baik dan semulia-mulia bulan iaitu Bulan Ramadhan. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada Seluruh Umat Islam tidak kira dimana jua awda / biskita / anda berada dengan iringan do'a semoga segala amalan kita pada tahun ini akan di terima oleh Allah Subhaanahu wa Ta'ala jua. Puasa bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum. Konsep puasa itu sendiri sebenarnya sudah cukup luas untuk dihayati dan diselami oleh kita orang-orang Islam. Oleh itu dalam mengamalkan segala ibadah di bulan ini lakukannya lah dengan seikhlas-ikhlas hati serta berusaha sedaya upaya untuk tidak menghampiri perkara-perkara yang boleh sahaja merosakkan segala amalan dan ibadah kita agar ianya tidak menjadi sia-sia begitu saja.


Dari Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah SallAllahu ‘alahi wa sallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”. (HR Bukhari & Muslim)

0 comments: