CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, October 26, 2011

MISTERI BIL ELEKTRIK BULAN OKTOBER 2011


Heboh sebentar bila ramai yang sudah menerima bil elektrik mereka untuk bulan Oktober ini yang mana kadar bayarannya telah mencecah puluhan ribu ringgit, meningkat berkali-kali atau berpuluh-puluh atau mungkin juga meningkat beratus-ratus kali ganda dari jumlah yang patut dibayar setiap bulan. Tidak masuk akal langsung. Dimana hendak dicari wang sebanyak itu untuk membayar kadar bil elektrik untuk satu bulan. Macamana dengan bayaran bulanan kereta, belanja dapur, bayaran ansuran kereta, belanja anak-anak dan sebagainya. Mungkin ada yang tergigit lidah semasa makan, tersedak ketika minum, membatalkan rancangan percutian mereka atau lebih parah mungkin juga ada yang terbabas kereta semasa memandu ketika membaca bil elektrik mereka yang pada lazimnya berjumlah $8o - $170 sebulan. Bagaimana pula keadaan mereka yang mempunyai penyakit lemah jantung bila menerima surat bil sebegini, mungkin parah akibatnya dan diharap tidak ada lah perkara-perkara atau kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku akibat dari bil elektrik ini. Buat mereka yang telah menerima surat ini jangan lah terus melulu ke Jabatan Elektrik sambil membawa Parang, Tukul atau apa-apa jua senjata yang merbahaya. Ini hanyalah kesilapan teknikal dalam pencetakan dan ianya telah pun dimaklumkan lebih awal oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik melalui media. Entah apa yang akan terjadi kepada kita jika bil bulanan yang diterima betul-betul mencapai bilangan yang menakutkan ini.




P/S : JIMAT CERMAT PENGGUNAAN ELEKTRIK DAN ELAKKAN PEMBAZIRAN