CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, May 22, 2008

NEW!!!!! : GLORY FOR MANCHESTER UNITED!!!! - Satu Laporan Dari Moscow

1. Stadium Luzhniki Moscow buat pertama kalinya bersiap sedia untuk menyambut dua kelab gergasi Inggeris terkemuka Manchester United dan Chelsea untuk berentap dalam perlawanan Final Liga Juara-Juara ( Champions League ).



2. JADI REBUTAN JUARA : Hanya "JUARA" yang layak memilikinya, Piala yang menjadi rebutan kelab-kelab yang menjadi Juara bersiap sedia untuk dimenangi sekali lagi, Juara 2007 - AC Milan menyerahkan Piala ini selepas gagal meneruskan kemaraan mereka dalam perlawanan Liga-Liga.



3. Paul Scholes : Mengalami kecederaan dalam perlawanan setelah bertembung ,berlaga, berlanggar dengan Claude Makelele, dapat kad kuning dalam perlawanan.



4. GOLLLL!!!!! - Christiano Ronaldo menggegarkan suasana stadium dengan menjaringkan gol pendahuluan sekaligus gol ke 42 beliau di musim ini..Man Utd 1-0 Chelsea.



5. GOLLLL!!!!! - Kegembiraan Manchester United tidak lama, sekali lagi gelanggang perlawanan digegarkan dengan jaringan gol dari Frank Lampard dari Chelsea beberapa minit sebelum masa pertama tamat - keadaan semakin mencemaskan, Man Utd 1 - 1 Chelsea.



6. Pemecah Rekod United - Paul Scholes yang cedera digantikan dengan Ryan Giggs yang sekaligus mencipta rekod baru untuk Manchester United sebagai pemain yang paling banyak bermain dalam kelab itu iaitu sebanyak 759 kali perlawanan mengatasi Lagenda United Sir Bobby Charlton yang bermain sebanyak 758 kali.



7. SIPI!!!!!! - Chelsea hampir menjadi Juara jika bola ini memasuki gawang, namun sepakan dari Didier Drogba ini tersasar keluar dari tempat yang sepatutnya..



8. MASA TAMBAHAN - Frank Lampard hampir-hampir mendahului Manchester United dalam separuh masa pertama masa tambahan, tetapi sepakan terkena palang gol, satu "AMARAN" awal daripada Chelsea, adakah mereka akan menjadi Juara??




9. OUT!!!!!! - Diantara babak dan aksi mencemaskan ketika Didier Drogba di arahkan keluar padang selepas menerima Kad Merah di separuh masa kedua masa tambahan setelah mengasari pemain Manchester United Nemanja Vidic, adakah ini kali terakhir kita melihat beliau menyarung jersi Chelsea.



10. RONALDO GAGAL MENYUDAHKAN PENALTI BELIAU - Keputusan ditentukan dengan sepakan Penalti, keadaan makin bertambah cemas dengan siulan-siulan penonton yang mencemaskan.



11. PUNCA!!! - Kapten Chelsea terduduk kehampaan di atas padang pertempuran yang sengit setelah gagal menyudahkan sepakan penalti, satunya harapan adalah keajaiban kepada penyepak penalti terakhir ANELKA AGONY untuk menjaringkan gol harapan untuk menghidupkan harapan Chelsea untuk menjadi Juara.



12. GAGAL MEYUDAHKAN PENALTI!!!!!! - Anelka Agony gagal menyudahkan harapan rakan sepasukan untuk menyumbatkan gol, kelihatan panjaga gol Manchester United melompat meraikan kejayaan kelabnya yang sudah pun menjadi Juara.



13. JUARA!!!!!!!!!!! - Kamilah Juara diantara Juara..pemenang Champions League musim ini.

0 comments: