CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, August 02, 2008

Akhirnya...Aku Berjaya Memilikinya!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera, minggu ani adalah diantara minggu-minggu yang paling menggembirakan aku, why? kenapa? limaza? Dostee? --------- Pernahkah biskita nampak buku yang ku post diatas ani? Buku "BERANI GAGAL" atau versi bahasa inggerisnya "DARE TO FAIL", Cetakan pertama buku ani mula terbit pada bulan MAC tahun 1997, maksudnya buku ani sudah pun berada dalam pasaran sejak 11 tahun yang lapas, bukannya satu tempoh yang sekajap - basar jua kanak-kanak dalam tempoh atu - , dan masih ku ingat semasa buku ani mula berada dalam pasaran ia kurang mendapat sambutan, (atau maybe aku saja yang berfikir macam atu sebab masa atu aku masih lagi "Budak Sekolah" yang inda tau apa-apa pasal budaya membaca orang lain). Tapi oleh sebab covernya ada sedikit "UNIK" berbanding cover-cover buku yang lain iatah aku inda mudah lupa buku ani, dan inda batah atu baru tah ada keluar publisiti mengenai buku ani, atu pun dalam 2-3 tahun buku ani masih lagi berada dalam kadai buku..

Kan dijadikan cerita, pada hujung tahun 2005 ada tah seorang rakan yang mengesyorkan aku untuk memiliki buku Berani Gagal atau Dare To Fail ani, bersungguh-sungguh ia ani mengiklankan buku ani arah aku, memandangkan masa atu aku masih dalam profession menanam anggur sepenuh masa tanpa gaji (harapkan duit elaun yang disimpan semasa UBD - inda pernah minta usin arah indung masa menganggur atu, tapi kalau kana bagi $$$ atu terima sajalah..) jadi ada baiknya kalau aku ada menghabiskan sedikit masa membaca buku kategori MOTIVASI, PERANGSANG JIWA DLL ani, tapi malangnya setiap kali ku kekadai mencari buku ani, inda pandai ada di kadai, sekajap atu macam ada..kali di aga balik inda tia ada.., sejak atu tah setiap kali ku ke kadai buku dimana saja aku inda pernah miss mencari buku ani, selalunya versi englishnya saja ku kejumpahan..tapi maklumlah oleh sebab aku bukan bakas pelajar aliran english inda tah ku membali walaupun aku selalu membaca Borneo Bulletin. Takut ku bahasa Englishnya terlalu advance sampai utak ku inda ter-translate. Dan setiap kali PESTA BUKU di adakan di Brunei ani sejak 2006-2008 ani pun inda ku pernah miss mencari, apatah lagi kalau ku ke MIRI, atupun masih jua ku inda kjumpahan, buku lain plang ku kjumpahan.
.
Iatah masa hari rabu lapas time cuti Israk Mikraj atu, aku ronda-ronda ke Hua Ho Manggis with my fren ani, survey-survey monopod, unipod, tripod, dry cabinet storage and bertanya perihal lens kalau kan mengorder (aku plang saja yg mensurvey barang-barang atu - my fren atu dengan "dunia"nya dan barang surveynya sendirilah..), dan seperti biasa aku akan masuk kadai buku rah Best Eastern disana, dan masa atulah pencarian ku selama ani menemui titik noktahnya.., dan akhirnya aku secara rasmi berjaya memilikinya..atu pun tinggal sebuting jua saja lagi, inda ku tau kalau ada lagi yang tersembunyi diantara buku-buku yang ada dalam sana atu., tapi hairan jua ku..batah-batah ani inda ku pernah terjumpa buku atu disana..pandai banar tah buku ani bertapuk. Walau macamanapun aku happy kerana dapat buku ani..inda sabar jua rasanya kan mengetahui apakah keistimewaan buku "BESTSELLER" ani.
.
"Apabila Seorang Samurai Sejati Bertarung, Ia Bersedia Untuk Menghadapi Maut, Tetapi Yang Lazimnya, Lawannyalah Yang Menemui Ajalnya"

0 comments: