CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, September 28, 2008

Cornflakes Cookies Yang Semakin Habis Ku "NGAP" Sebelum Raya

Thursday, September 25, 2008

A460 Kesayanganku..

Monday, September 22, 2008

Apa Ada Cerita??? UPDATED!!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, now i'm back again dengan sedikit update yang entah apa-apa entah, lagipun batah jua ku nda ter-update blog ku ani, aku pun terus terang paning jua lah kan mikirkan apa yang patut kan ku sumbat lagi untuk isi blog ani, dan last-last aku kan update aktiviti ku lah saja..better than nothing..

So..apa kana mengana dengan gambar-gambar diatas atu?? kalau biskita kan mau tau iatah tu nah salah satu diantara penyebab-penyebab utama yang aku inda teupdated blog ani.."MELIAT DVD", untuk makluman bersama aku ani bukan nya jenis yang kuat meliat TV, sebab pasal ku kan aktif meliat TV dirumah ada-ada saja tia urang dalam rumah atu kan mliat, betukar-tukar tia cenel di ASTRO atu yang sekaligus liurku kan mliat TV menjadi tersangatlah TAWAR!!, sebab atu lah kalau ada siri-siri favourite ku kebanyakkan nya main download saja dari internet, lagi tarang dan dapat diliat bila-bila masa dan balik-balik daripada mliat di TV.

So ..bersempena dengan musim cuti ani aku "TER"beli DVD BOXSET MacGyver FULL SEASON, inda ada langsung dalam planning dan perancangan tahunan ku untuk membali DVD Boxset atu, tapi naluri dalaman ku serta bercampur dengan hasutan-hasutan ghaib membuat aku membali jua, at least ada jua kan diliat dan dibuat nanti untuk cuti ani, Jadinya dalam tempoh ani meliat tah ku siri-siri MacGyver ani, orang-orang muda sekarang ani gerenti inda kenal siapa MacGyver ani, siapakan MacGyver ani? apa.. ? keraja letrik?? huhh.. not my typical hero..bla..bla..bla..meliat muanya pun kali kan menyampah.., tapi pasal aku tahu cerita ani best iatah ku melaburkan usin ku membali dan aku inda menyasal lapas meliat balik siri ani setelah sekian lama inda meliat, dalam 10-20 tahun yang lapas pun inda pernah terlintas dalam lintasan fikiranku yang aku akan mliat balik siri ani selepas meliat siri AIRWOLF 2 bulan yang lapas..memang siri RETRO yang dirindui.. so untuk mereka yang baru kan berkenalan dengan MacGyver ani biarlah ku describe sedikit info pasal ia:
  • Kalau kan mengurung ia dalam bilik pastikan bilik atu inda ada karan??? kenapa inda bulih ada karan atu..JAWAPANNYA LIATLAH SENDIRI..

  • Inda jua bulih ada barang-barang lain dalam bilik atu walau sebungkus AMBUYAT sekalipun, sebab dengan ambuyat atu ia bulih dapat 1001 cara untuk meloloskan diri.

Alum pun habis meliat siri MacGyver tadi atu meliat JDrama (Drama Jepun) lagi ku, hari-hari lain memang ku payah kan concentrate meliat drama ani, iatah peluangnya ni masa cuti ani, Drama ani aku dapat dari kawanku dari Liang ulihnya mendownload, bukan plang Drama ani saja yang ku ambil dari ia, ada plang lagi tu..tapi yang baru ku kacau ialah Drama ani "YASUKO to KENJI" - PACAH lah jua cerita ani, sarat dengan lawak ganas dan menyentuh perasaan, kalau anda dan biskita adalah peminat drama Jepun, cerita ani memang sesuai untuk diliat. Cerita ani mengisahkan seorang abang yang menjaga adiknya dengan caranya yang tersendiri. BTW last episode atau FINALE siri ani baru jua habis disiarkan di Jepun pada 20/09/2008 . Jadinya cerita ani masih lagi dalam kategori "BARU" dan "PANAS".




Berhibur atu berhibur jua..meliat DVD atu meliat DVD jua, MacGyver atu MacGyver jua, JDrama atu JDrama jua, makan atu makan jua, minum atu minum jua, tidur atu tidur jua, tapi untuk meninggalkan aktiviti membaca jangan dilakukan sama sekali. Dan masa ani mengambil peluang membaca 2 buah buku diatas kalau ada masa lapangku. Membaca bahan ilmiah semasa musim keraja inda sama feelnya jika dibandingkan semasa membaca masa musim cuti. Membaca di musim cuti lebih siuk dan bebas, oleh sebab atu lah aku cuba sedaya upaya memanfaat kan masa cuti ani untuk menimba sebanyak mana pengetahuan ku dengan membaca sebanyak buku yang ku dapat.

Sunday, September 07, 2008

Aku Atu Testing Saja..=)


Salam.., inda lah ada apa-apa kan diceritakan kali ani, ganya cuaca yang selalu hujan 2-3 hari ani membuatkan aku testing-testing kamera A460 sama D60 ku, dirumah saja ku mentesting-testing, amai-amai kan sedikit settingnya sambil membaca manual. Hasilnya adalah ku tau serba sedikit mengenai setting itu dan setting ini. Semoga makin bertambah maju..

"REZEKI" Di Bulan Ramadhan???

Assalamualaikum, apa kah khabar biskita sekarang ani? mudahan tah semua sehat wal-afiat disamping keluarga dan mereka yang tercinta.., Puasa macamana? OK kah KO? mun OK Al-hamdulillah..mun KO atu tingkatkan lah lagi usaha untuk mencapai ketahap OK insya Allah berjaya, OK lah, satu pertanyaan : apa kah perasaan biskita bila anda dimaklumkan yang biskita sudah memenangi kereta Audi R8, indapun Lexus GS300, jangantah kereta.., duit tah saja $100 - $10,000 sebagai contoh. Mesti ada yang belumpatan dan menari-menari inda kira tua atau muda meraikan hari "kemenangan" yang jarang ada dalam sejarah...tambah-tambah lagi menjelang hari raya yang akan datang ani yang serba serbi perlukan usin dan usin dan usin saja. Dan untuk makluman bersama salah seorang yang mendapat "Lucky Draw" atu adalah aku sendiri..YAHOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!! KAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! akan ku gunakan "USIN" yang ku dapat atu untuk membali LENSA-LENSA tertentu dan membali sebuah atau dua buah lagi kamera iaitu Nikon D300 & yang terbaru dari Nikon - NIKON D90, mungkin dengan "USIN" yang ku dapat atu aku akan membawa keluarga atau rakan-rakan setugas bersungkai buffet di Restoran K.K Koya eh..arah Empire Hotel lah kali bisai, ialah.. selalu nya NASI KATOK saja yang ku mampu, dan mungkin jua kan ku bawa dorang atu arah Villa Maori untuk merasa keenakan makanan Itali disana, selabihnya ku simpan lah sedikit untuk perbelanjaan masa depan ku dan untuk sampul hijau murid-murid ku nanti, inda lupa jua untuk membayar Zakat Fitrah sebelum Raya nanti agar inda mendapat kemurkaan daripada Allah SWT...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ya!!..Rezeki Kepala Hotak kau, jangan memandai kan mencari BALA!!!!
.
"Perbuatan tamaklah yang sering memenggal leher kita" - Tanpa Nama

Thursday, September 04, 2008

FWD:Gear for 2008 Olympics

Monday, September 01, 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...


Bulan Puasa Bulan Mulia,
Marilah Kira Berbuat Ibadah;
Tapi Buat Apalah Kau Berpuasa,
Kalau Pakaian Dedah Sini Dedah Sana..

Buka Puasa Perut Pun Lega,
Hisap Rokok Tembakau Cina;
Bazaar Geylang Sesak Sini Sana,
Bukannya Membeli Tapi Tengok Saja..

Bangun Sahur Mata Takleh Buka,
Duduk Kat Meja Asyik Stone Aja;
Pagi Pagi Kau Dah Masuk Kerja,
Belum Tengahari Dah Pikir Nak Buka Apa?

Pagi Ke Petang Kau Sibuk Bekerja,
Masuk Waktu Asar Mula Lah Kau Terkinja kinja;
Ajak Ke Masjid Ingatkan Nak Buat Amal La,
Rupanya Stakat Nak Collect Bubur Free Aja..

Ibadah Puasa Sebulan Sahaja,
Tingkah Laku Mesti Tertib Semuanya;
Nama Aja Kau Ni Berpuasa,
Tapi Mulut Tak Pernah Nak Jaga..

Lepas Kerja Kau Singgah Ke Bazaar,
Hajat Ingin Membeli Juadah Untuk Berbuka;
Beli Makanan Macam Nak Bagi Satu Somalia,
Bila Buka Makan Sikit Yang Lain Membazir Aja..

Bergema Takbir Di Malam Raya,
Suasana Syahdu Teringat Yang Tiada;
Part Nak Sambut Raya Kau Betul Beriya Iya,
Tapi Puasa Tak Pernah Nak Sempurna!
.
Saya dengan ini ingin mengucapkan kepada blogger-blogger dan seluruh Muslimin dan Muslimat di Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan mana-mana negara yang lainnya Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan semoga segala amal ibadah yang kitani lakukan di bulan mulia ini di terima oleh Allah Subhaanahu Wa Ta'ala, Amin..Ya Rabbal 'Alamin..

LAKSAMANA SUNAN is Back in Action !!!



Assalamualaikum Warahmatullahi wa Barakaatuh dan salam sejahtera, kali ani aku kan bercerita sedikit mengenai salah satu hobi ku iaitu mengumpul novel, aku ani sedikit cerewet jua bila memilih novel untuk kan di baca, sebab aku inda mau membaca novel-novel yang ceritanya "KOSONG" tanpa mesej, lagi satu ialah Style Penulisan, ada novel yg ku baca atu ceritanya lawa..tapi style penulisan kurang memuaskan aku, jadinya cerita yang bulih dapat 5 bintang bulih turun jadi 3 bintang, walaupun aku ani sendiri inda jua berapa steady dalam penulisan, that's why kalau aku mamilih bahan bacaan, aku akan memastikan style penulisan si penulis ngam sama aku seperti aku ngam dengan style penulisan R.A.M .


Tarikh 31/08/2008 @ hari Ahad adalah salah satu hari yang menggembirakan aku sebab Novel TRILOGI R.A.M - "Hijab Sang Pencinta" sudah ku temui dalam pasaran, bertambah tah lagi sebuting nah koleksi-koleksi novel karya R.A.M ku. Novel ani merupakan novel sekuel daripada Novel sebelum ani iaitu "Bagaikan Puteri" dan "Cinta Sang Ratu" dan merupakan novel ke-15 R.A.M, lawakah ceritanya? kalau kan tau baca lah sendiri..tapi dapatkan lah dulu "Bagaikan Puteri" dan "Cinta Sang Ratu" atau baca review urang pasal Novel ani, BTW aku sendiri terkajut bila novel ani kanapatan oleh fren ku masa round-round atu, sebab dalam maklumat yg ku ada Novel ani akan kana lancarkan pada 31/08/2008 (hari ani) so aku jangka dalam 1-2 minggu lah lagi novel ani akan berada dalam pasaran Brunei, tau-tau ada udah pacul-pacul bejual ..apa lagi tarus lah bali..walaupun masa untuk aku membaca novel atu masih alum ada, maybe cuti panggal dapan ani ku baca, BTW novel ani ku bali arah Kadai MESLIA di Hua Ho Manggis. Lain-lain kadai buku inda alum ku ada kejumpahan, dan kepada sesiapa yang antusias dan meminati kepada novel-novel R.A.M boleh lah dapatkan novel "Hijab Sang Pencinta" ani dipasaran dan kalau kan mau menunggu lebih lama lagi boleh lah dapatkannya di Pesta Buku Brunei 2009 nanti.