Marilah Kira Berbuat Ibadah;
Tapi Buat Apalah Kau Berpuasa,
Kalau Pakaian Dedah Sini Dedah Sana..
Buka Puasa Perut Pun Lega,
Hisap Rokok Tembakau Cina;
Bazaar Geylang Sesak Sini Sana,
Bukannya Membeli Tapi Tengok Saja..
Bangun Sahur Mata Takleh Buka,
Duduk Kat Meja Asyik Stone Aja;
Pagi Pagi Kau Dah Masuk Kerja,
Belum Tengahari Dah Pikir Nak Buka Apa?
Pagi Ke Petang Kau Sibuk Bekerja,
Masuk Waktu Asar Mula Lah Kau Terkinja kinja;
Ajak Ke Masjid Ingatkan Nak Buat Amal La,
Rupanya Stakat Nak Collect Bubur Free Aja..
Ibadah Puasa Sebulan Sahaja,
Tingkah Laku Mesti Tertib Semuanya;
Nama Aja Kau Ni Berpuasa,
Tapi Mulut Tak Pernah Nak Jaga..
Lepas Kerja Kau Singgah Ke Bazaar,
Hajat Ingin Membeli Juadah Untuk Berbuka;
Beli Makanan Macam Nak Bagi Satu Somalia,
Bila Buka Makan Sikit Yang Lain Membazir Aja..
Bergema Takbir Di Malam Raya,
Suasana Syahdu Teringat Yang Tiada;
Part Nak Sambut Raya Kau Betul Beriya Iya,
Tapi Puasa Tak Pernah Nak Sempurna!
Tapi Puasa Tak Pernah Nak Sempurna!
.
Saya dengan ini ingin mengucapkan kepada blogger-blogger dan seluruh Muslimin dan Muslimat di Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan mana-mana negara yang lainnya Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan semoga segala amal ibadah yang kitani lakukan di bulan mulia ini di terima oleh Allah Subhaanahu Wa Ta'ala, Amin..Ya Rabbal 'Alamin..
0 comments:
Post a Comment