CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, December 24, 2008

EXPEDISI KEKAL KE MIRI - BINTULU, SARAWAK








20-22hb Disember 2008 (SABTU-ISNIN) - Assalamualaikum wa Rahmatullahi Ta'ala wa Barakaatuh, seperti biasa bertanya khabar biskita dan jua semoga biskita semua berada dalam keadaan sihat wal-afiat saja selalu dalam bulan ani.


Dalam beberapa hari sebelum ani adalah hari yang cukup bermakna buat ku dalam mengisi waktu cuti ku untuk bulan ani, iatah masanya ku melancong ke luar negeri ni, lagipun aku ani inda jua lah jenis yang selalu jua rajin kan keluar negeri, dan untuk makluman jua, ani adalah kali ke dua dalam tahun ani aku keluar negeri lah, so bersih masih passport ku dari kena cop saja..


Jadinya dalam bulan Disember ani, kelab KEKAL (Kelab Motosikal Daerah Tutong) telah membawa member-membernya untuk konvoi bermotor ke Bintulu Sarawak. Seramai 34 buah motosikal menyertai konvoi pada hari atu. Konvoi yang bermula pada 20hb Disember 2008 bermula pada jam 7.30 pagi atu diiringi oleh 3 buah Motosikal Peronda Polis Diraja Brunei untuk memudahkan laluan kami pada hari atu hingga ke Pos Sungai Tujoh SAHAJA.., Banarnya aku pun ragu-ragu jua kan ikut expedisi ani lagipun aku inda tau sejauh mana ketahanan ku, aku alum pernah mendrive area Miri apatah lagi jauh-jauh sampai ke Bintulu atu, jangan kan ke Bintulu masuk ke Telisai pun alum pernah motor ku atu, iatah segala-galanya first time nya memacah rekodnya berjalan jauh, dan atas desakan rakan-rakan dan nasihat-nasihat dorang atu jua, akhirnya aku menerima cabaran expedisi kali ani.


Al-hamdulillah perjalanan ku berjalan dengan lancar, dengan keadaan cuaca yang panas, redup dan hujan, tapi lebih banyak redup dan hujan, iatah siuk riding sebab inda kerasahan panasnya. Kan dijadikan cerita, ani adalah kali ke-2 aku ke Bintulu setelah sekian lama, paling last aku ke Bintulu ialah pada sekitar tahun 1995 iaitu pada 13 tahun yang lapas, kenangan dan memori yang ada pun tinggal beberapa peratus saja lagi yang tinggal, aku sendiri pun inda menyangka yang aku akan ke Bintulu lagi. Ok lah..iatah dalam 25km kan sampai Bintulu (lebih kuranglah), kami disambut oleh seorang rider dari sana untuk jadi guide kami, dan konvoi kami selamat sampai dalam pukul 4 patang lebih kurang lah.., Oleh sebab masa kami terlalu singkat dan mengejar masa, kami terpaksa membuat lawatan dan riding bersama orang Bintulu (B.B.C - Bintulu Bikers Community) ke tempat-tempat peranginan dengan masa yang terbatas, walaupun masih banyak tempat yang hendak dilawat dan diatur untuk kami pada hari atu.


Al-hamdulillah, setelah menikmati makan tengah hari, kami berangkat pulang pada 21hb Disember 2008 jam 2 petang. Sekali lagi kami diiringi oleh sebuah kereta peronda dari Jabatan Polis Di Raja Malaysia untuk memudahkan laluan kami sehingga ke jalan utama menuju ke Miri. Setelah berehat dan bermalam di Miri, Konvoi kami selamat sampai ke daerah Tutong pada 22hb Disember 2008, jam 4 petang dan berhenti minum dan berehat sebentar di Restoran K.K.KOYA di Pekan Tutong sebagai destinasi terakhir dan penutup ekpedisi sebelum kami bersurai dan beredar untuk berangkat pulang menemui keluarga tersayang.


SEDIKIT CATATAN :
(20hb - 22hb DISEMBER 2008)


JENIS MOTOR : SUZUKI AN400K8


MILLEAGE BERTOLAK DARI RUMAH 20/12/2008 : 2388.9


MILLEAGE SAMPAI RUMAH 22/12/2008 : 3126.7


JUMLAH TOTAL JAUH PERJALANAN : 737.8 Kilometer


PERTUKARAN MATAWANG : 2.38


PERBELANJAANKU SECARA TOTAL


(Register,Tol,Hotel,Makan,Minyak,Dll) : BND24.66 & RM212.36


2 comments:

Anonymous said...

bgho slmt pulang ke tanah air. ada ikan masin yg ku kirim ah hehe

Enaz Hanari Organization said...

ada tu yo..tapi basah hantap udah nyamu kehujanan OTW balik..