CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, January 11, 2009

We Will Not Go Down (Song for Gaza)



Lyrics:

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight

(Composed and Performed by Michael Heart)

------------------------------------------


Bumi Palestin kembali bermandi darah. Tatkala rencana ini dinukil, jumlah korban telah meningkat kepada 537 orang dan mencederakan lebih 2000 mangsa. Serangan bermula sejak 27 Disember lalu belum menampakan tanda ia akan berhenti apabila tentera Israel memperhebatkan serangan dengan menggerakkan tenteranya melalui darat selain dari serangan melalui udara dan laut. Kekejaman rejim Zionis ini tidak perlu diceritakan dengan panjang lebar, umum pasti mengetahui sejarah yang cukup panjang di antara Yahudi Zionis dan juga umat Islam di Palestin. Sejarah yang penuh dengan darah dan air mata ini merupakan tanda aras penjuangan umat islam yang tidak pernah padam.


Negara Palestin melalui sejarah yang cukup panjang dan getir. Sepanjang kewujudannya memang tidak pernah sunyi dengan pelbagai konflik yang merencanakan sejarah dan masa depan dunia. Perjalanan negara Palestin bermula pada tahun 638 Masihi apabila Umar Al-Khattab telah berjaya memerdekakan negara Palestin daripada penjajahan kerajaan Rom sehinggalah kepada peristiwa penubuhkan sebuah doktrin untuk mendirikan negara Yahudi Israel oleh Theodore Hertzl pada tahun 1896. Antara peristiwa genting dalam sejarah Palestin adalah pada tahun 1967 apabila Israel menyerang Mesir, Jordan dan Syria selama 6 hari atas alasan menghalang pencerobohan dan juga pembunuhan kejam ratusan rakyat palestin di Sabra dan Shatila pada tahun 1982. Kini sejarah-sejarah kejam itu semakin kita lupakan. Nada suara kita semakin perlahan dalam memperjuangkan hak kita itu. Jika ada pun, suara itu seperti sekarang iaitu umpama selingan yang bermusim. Sekejap kuat ia berdentum, sekejap ia diam terdungu.


Ancaman zionis bukan sekadar penaklukan berdarah ke atas bumi Gaza, tetapi juga dengan dengan kerja-kerja gila Zionis apabila mereka mula mengali terowong di bawah Masjid Al-Aqsa. Kerja gila ini telah bermula semenjak tahun 1967 apabila Israel telah menggali terowong sepanjang 70 meter. Sehingga kini kerja ini masih berterusan secara terancang dan sistematik. Cita-cita Yahudi untuk mendirikan ‘Kuil Haykal’ seakan mampu direalisasikan jika umat Islam hanya mampu terus berdiam. Dengan usia yang semakin melewati senja, ditambah pula dengan kerja-kerja penggalian bawah tanah, struktur binaan Masjid Al-Aqsa semakin terancam. Sampai bilakah Al-Aqsa mampu bertahan? Adakah sempat kita mendapat kembali hak sebagai pemilik tunggal Al-Aqsa sebelum ia rebah tersembam menyembah bumi?

Pelbagai cadangan dan pendapat disuarakan sebagai satu usaha dalam menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis ini. Ramai yang memilih untuk melakukan demonstrasi jalanan dan memboikot ekonomi Amerika Syarikat dan Israel dengan cara tidak membeli produk keluaran negara itu. Usaha ini merupakan salah satu jihad kecil yang termampu umat Islam di Malaysia lakukan. Diperingkat tertinggi kepimpinan negara pula, suara-suara ke arah solusi berbentuk jangka panjang mesti mula direncanakan di samping masih mengekalkan suara-suara lantang dan keras apabila memberikan pendirian tentang isu kekejaman rejim Zionis terhadap bumi Palestin. Malaysia juga perlu ke depan dalam mengambil langkah drastik seperti mengugut untuk mengurangkan kadar penggantungan terhadap mata wang Dollar dalam urus niaga luar negara. Hal ini perlu disepakati oleh semua negara Islam dan negara yang menentang kekejaman terhadap negara Palestin bagi memberikan kesan mendesak yang lebih hebat kepada negara yang menjadi tulang belakang kepada rejim Zionis.

Masalah yang dihadapi oleh negara Palestin dan umat Islam ini akan berterusan tanpa penyelesaian jika umat Islam masih tidak mahu berdikari dan terus bergantung pada kekuatan negara barat. Umat Islam perlu berdiri di atas kekuatan sendiri jika mahu bebas dalam melakukan sesuatu tanpa perlu terikat dengan sesuatu terutamanya dengan polisi dasar luar Amerika Syarikat. Kesatuan umat Islam juga perlu utuh dan telus dalam memperjuangkan nasib negara Palestin. Negara berjiran yang dianggap saudara perlu menjadi negara yang membantu dan bukan negara yang bersifat membatu sehingga seakan mahu membunuh saudara seislam. Memetik kata-kata ulama’ ulang zaman ini iaitu Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai renungan :

“Masalahnya kita hanya bercakap, sementara zionis sedang bekerja. Mereka terus membuat perancangan, sementara kita tidak ada kerja. Mereka terorganisasi, sementara kita bercerai berai. Mereka sentiasa bersatu sementara kita bercakaran sesama sendiri.”

0 comments: