Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kepada seluruh warga Negara Brunei Darussalam yang ke 25 tahun dimana pun jua biskita berada, 25 tahun merupakan satu usia yang cukup matang untuk menilai semula hasil kemajuan negara sejak mula-mula menyambut Hari Kebangsaannya yang pertama pada tahun 1984. semoga Negara Brunei Darussalam akan terus mendapat limpah dan rahmat yang berkekalan dari Allah Subhaanahu Wa Ta'ala jua.
Al-hamdulillah, pada pagi tadi merupakan hari bersejarah buat ku pasal ani adalah kali pertama aku menyaksikan persembahan Hari Kebangsaan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam. Jadinya demi sambutan hari ani, aku terpaksa bangun awal seawal jam 4 pagi, mujur aku inda ada masaalah untuk tidur awal malam atu, sebab aku ani selalunya jenis akhir tidur, lapas saja bersarapan ala kadar aku mula berangkat ke Bandar jam 5 pagi ke tempat perhentian Shuttle Bus di area Masjid Jame' Asri Hassanal Bolkiah dan sampai ngam-ngam di destinasi ngam-ngam orang kan start sembahyang Subuh,
Selepas menunaikan kewajipan seorang muslim, aku membuat keputusan drastik inda jadi menunggu shuttle bus di sana, alang-alang masa masih awal kenapa inda aku inda mencari kekosongan di kawasan berdekatan di area Airport lama disana, dan cari punya cari punya cari akhirnya parking terdekat yg ku dapat disana ialah di kawasan Ministry Of Health..heh..heh..puas hatiku..
Cerita gambar-gambar plang lagi.., iatah dalam ku memburu shot-shot kebangsaan tadi atu banyak lah jua berjumpa kawan-kawan lama dari era 80an lagi, inda sangka bulih berjumpa disana. Secara kesimpulannya jua lagi, aktiviti outing ku hari ani inda sesanang yang ku jangka lah, walaupun banyak "lubuk-lubuk" yang dapat ku "jangkau" dan keadaan persekitaran tadi atu sememangnya berjalan dengan lancar. pasal apa tu nah.., pasalnya.. aku masih lagi kekurangan sesuatu yang bernama " P E N G A L A M A N " , jadinya buat masa ani terima lah saja dulu gambar yang sebuting atu sebagai pembuka tirai, he..he..esok-esok lah ku update dan upload lagi apa saja yang ku dapat pagi tadi atu, OUTING Kg Ayer minggu yang lapas-lapas pun balum te upload lagi, lagipun masih lagi ku ngalih yo.. masa OTW balik rumah udah ku rasa mengantuk.., kali nya kan tidur patang atu inda tia jua mau tidur mata atu ..jadinya surfing internet saja lah ceritanya.., ok lah sampai sini saja..nanti lagi sambung cerita. Terima Kasih Membaca.
2 comments:
cbuk kh? buat-buat cbuk...trick lama2 eh hehehe
BIASALAH BRO, kalau inda buat-buat sibuk free tia namanya, jadi kesimpulannya buat-buat lah sibuk supaya keliatan sibuk :)
Post a Comment