Setelah mengunci pintu untuk mendapat privacy maksima, aku pun membuka bungkusan tapau mee teow goreng ani..
Keharuman aromanya menerawang ke seluruh penjuru bilik, menusuk kalbu dan meningkatkan lagi tahap kelaparanku..
Semakin lama ku menghayati pemandangan mee teow goreng ani secara dekat semakin bertitisan aing liur ku dibuatnya..
Sedap Mata Memandang, Sedap Lagi Perut Yang Menikmatinya.., Al-hamdulillah, kerana mengurniakan kami rezeki yang mudah didapati..NGAP!!!
Assalamaualaikum, didoakan semoga pengunjung-pengunjung blog ku yang serba kekurangan ani sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat selalu dan ceria-ceria dengan senyuman masing-masing tambah-tambah lagi dimusim hujan ani..banyak tah yang damam ni sal main hujan saja kerajanya.., aku ani pun hari atu ada udah rasanya kan damam tapi syukur al-hamdulillah inda jua ia jadi damam, bersyukur lah jua kerana masih di anugerahkan badan yang sihat dan inda sakit-sakit. Sebelum ku meneruskan aku minta maaf lah dulu sal batah jua nda updated..biasalah awal-awal tahun & awal-awal bulan ani selalunya sibuk dan sibuk dan sibuk dan buat-buat sibuk supaya keliatan sibuk. Jadinya behapa tah ku batah-batah ani, secara jujurnya.., selain daripada urusan keraja atu ada lah jua ku terbelajar sesuatu yang "baru" untuk diterokai, tinggal kan menajamkan daya kreativiti ku yang semakin menumpul atu saja lagi untuk ilmu yang "baru" ani, iatah sebabnya ku batah inda update atu jua, aku try lah nanti inda kan selarah-larahnya mempost yang biasa-biasa atu melainkan ku terdesak udah..he..he..
Gambar diatas atu dengan sekali liat pun udah tau apa yang ku gambar ani, salah satu makanan dan penerang perut kegemaran ku sejak tahun 1995 lagi, batah tu yo.., mengembara kemana pun aku ah, masih lagi alum ku terjumpa saingan yang banar-banar hampir dengan mee ani, nyaman tah udah tu ertinya.. bulih menjadi salah satu daya tarikan pelancong udah ni untuk daerah Tutong (he..he..labih aku ah..), Gambar ani ku shot pada 05hb Januari 2009, hari pertama ku ke mula keraja setelah sekian lama bercuti, Sekalinya lapar tia parut time balik-balik keraja jam 5.30pm atu, mana inda..turun keraja inda minum breakfast sama makan tengahari lalai surfing internet saja..tau-tau jam kan turun keraja udah, iatah marinya membali atu.., so sebelum ku ngap ku shot lah dulu juadah kegemaran ku yang pertama untuk tahun ani..
Dan seperti yang pernah ku post sebelum ani..:
"SEDAP MATA MEMANDANG, SEDAP LAGI PERUT YANG MENIKMATINYA..:)"
2 comments:
oii bgho, mee tyaw daging special kh.. mee tyaw minyak 2? mcm mee basah extra minyak ada jua usulnya haha... sanang2 tapaukn ku jua eh...
Minyak?? Sorilah bro..aku nda mainlah mee "bekuahkan" minyak.., mee basah pun bukan ni bro..nah lapar plang ku balik nah..karang tahlagi membali sebungkus yg special punya..
Post a Comment