CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, April 01, 2009

The Books


Assalamualaikum . . . Alhamdulillah pada bulan Mac ani bertambah lah lagi khazanah-khazanah ilmu ku melalui buku-buku yang ku bali, terlabih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Anugerah kerana ada memberitahu aku kewujudan salah sebuah buku yang ku cari-cari dari tahun yang lapas sudah iaitu buku hasil tulisan Ustaz Zaharuddin Bin Abd Rahman atau lebih dikenali dengan nama UZAR di alam internet iaitu buku yang membincangkan Hal Ehwal Muamalat Moden - WANG, ANDA & ISLAM. Terdesak pasal Anugerah membaritahu aku buku ani tinggal 1 saja masa dalam perjumpaan kami semasa cuti hari atu, aku mencari peluang mencari buku ani dan Al-hamdulillah akhirnya buku yang tinggal sebuting saja seperti yang Anugerah bagitau aku masa atu dapat ku bali, dan aku bertambah-tambah happy dan gembira bila mendapati salah sebuah NOVEL dalam penantian ku sudah keluar dalam pasaran, iaitu Novel terbaru karya Novelis Thriller No.1 Malaysia - RAMLEE AWANG MURSHID bertajuk MIKHAIL. Sebenarnya bukan dua buku ani saja yang ku bali masa atu, ada jua lah ku membali buku-buku ilmiah yang lain untuk tujuan rujukan dimasa menghadapi kesulitan dan kekeliruan nanti. Ganya aku mau share arah sesiapa yang membaca blog ani yang aku memang cukup happy dan gembira bila mendapat dua buah buku ani, Wang, Anda & Islam dan Novel MIKHAIL.

31hb Mac 2009, hari Selasa - Negara Brunei Darussalam mencatat satu lagi sejarah dalam bidang penulisan bilamana buku Adat Istiadat Diraja Brunei terbitan Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Perdana Menteri dirasmikan pelancarannya. Ia merupakan sebuah buku yang sangatlah berguna dan penting untuk dimiliki dalam membincangkan Adat Istiadat Diraja sama ada untuk bahan bacaan atau untuk bahan rujukan di kemudian hari. Buku Adat Istiadat Diraja Brunei ani boleh didapati dengan harga $40 ringgit berserta dengan sebuah CD yang memainkan rentak dan irama Gendang Jaga-Jaga mengikut dalam sesuatu keadaan dan majlis tertentu. Mereka-mereka yang membeli ketika ani jua berpeluang untuk memenangi tiket Umrah bagi satu pembelian buku Adat Istiadat Diraja Brunei. Al-hamdulillah, walaupun buku ani mendapat sambutan amat menggalakkan dan nyaris-nyaris kehabisan stok, Aku berjaya jua memilikinya kelmarin atu, kalau inda sia-sialah perjalananku dari Tutong ke ICC kelmarin atu :). OKLAH, setakat ani saja dulu, Insya Allah, lain kali lagi cerita-cerita dengan subjek lain. Wassalam.

0 comments: