CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, October 02, 2010

LUCKY DRAW RAYA ! ! ! !

Satu sampul diletakkan di atas meja staff-ku menarik perhatianku untuk seketika

Kalaulah diri ini dikaitkan dengan lucky-draw ataupun cabutan bertuah, saya adalah tergolong dikalangan yang kurang bernasib baik untuk memenangi hadiah, apatah lagi untuk memenangi Hadiah Utama atau cabutan Grand Prize, namun saya masih tetap menunggu atau menantikan hari bahagia itu nanti. Kebanyakkan hadiah atau durian runtuh yang saya terima lebih banyak berbentuk penipuan yang hanya dapat mengaburi atau menipu mereka-mereka yang mempunyai perasaan tamak dalam diri mereka seperti mendapat SMS yang kononnya telah memenangi peraduan dangdut, SIMCARD terpilih dan berbagai-bagai taktik lagi. Namun pada hari ini satu sampul surat yang telah diletakkan di atas meja betul-betul telah mencuri perhatian dan menarik minat ku untuk mengambil tahu lagi.

Tiket untuk 2 0rang di The Mall Gadong

Tiket untuk 2 orang di The Mall Gadong - itulah yang tertera dan tertulis diatas sampul surat misteri tersebut, sebenarnya pada hari ini 02hb OKTOBER 2010 hari SABTU, kami telah mengadakan dua majlis dalam satu iaitu Majlis Sambutan Hari Guru dan diselajurkan pula dengan Sambutan Hari Raya dan sememangnya dalam acara itu terdapat acara cabutan nombor bertuah yang sangat sinonim diadakan dalam majlis-majlis perayaan. Tidak pula saya sedari yang nombor saya ada terpilih pada ketika itu memandangkan saya sibuk merakamkan suasana sambutan hari raya dan juga hari guru melalui lensa kamera yang bukan saja kali pertama buat diri saya bahkan juga kali pertama diadakan di sekolah tersebut yang baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang pertama pada beberapa bulan yang lepas.

Siapa pun Cikgu-Cikgu SMTM yang menghadiahkan sampul serta isinya ini, saya tidak lupa untuk mengucapkan ucapan ribuan terima kasih - Ani adalah cabutan yang boleh saya katakan diantara cabutan bertuah yang terbaik yang pernah saya terima setakat ini :)

Bila mengetahui yang tertulis adalah tiket untuk 2 orang di The Mall Gadong - saya mula terbayang Tiket Wayang ataupun Tiket Fitness Zone yang terdapat disana, saya sebenarnya bukanlah seorang kaki wayang yang selalu menonton wayang di The Mall, kali terakhir saya memasuki panggung wayang disana pun ialah semasa menonton Wayang Kung-Fu Hustle lakonan Stephen Chow pada beberapa tahun yang lalu. Namun setelah meneliti dan membaca isinya saya tersenyum sendirian kerana dengan sendirinya ia telah pun menjadi cabutan bertuah yang terbaik yang pernah saya terima setakat ini..

0 comments: