CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, October 23, 2010

Bersama KMKDT @ Pasar Ria Amal Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam - PART I
















Agak lama rasanya saya tidak mengemaskinikan blog ini, semuanya adalah disebabkan dari tekanan tugas dan kerja yang dipikul demi untuk mencari sesuap rezeki. Namun segala-galanya itu tidaklah bermakna untuk saya meninggalkan segala aktiviti-aktiviti sampingan yang lain kerana sebagai manusia yang biasa, saya juga memerlukan satu medium untuk mengurangkan segala ketegangan dan segala tekanan yang terhasil daripada tekanan kerja. Aktiviti Pasar Ria Amal Pusat Ehsan yang saya sertai ini sebenarnya telah diadakan pada hari Sabtu bertarikh 02hb Oktober 2010 hari yang sama majlis Sambutan Hari Raya diadakan di sekolah saya.

Bersama dengan rakan-rakan dan ahli-ahli Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong, saya telah menyertai Pasar Ria Amal Tahunan kali ke-5 Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang terletak di Kampong Bengkurong - Brunei ini bagi sama-sama untuk mengutip tabung dana melalui kegiatan-kegiatan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Hadir bagi merasmikan Pasar Ria Amal ini ialah Puteri KDYMM sendiri iaitu Yang Teramat Mulia Paduka seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Antara aktiviti-aktiviti di Pasar Ria Amal itu ialah jualan-jualan pelbagai barangan produk makanan dan pakaian, Permainan, aktiviti Menunggang kuda, Flying-Fox dan Membonceng motosikal dari Kelab Motosikal KEKAL yang mana sebahagian atau beberapa bahagian daripada hasil yang diperolehi nanti akan didermakan kepada Dana Pusat Ehsan. Dengan mendapatkan kupon-kupon khas untuk membeli barangan disini, pengunjong juga berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah-hadiah menarik yang disediakan bagi memeriahkan lagi suasana pasar ria amal ini. Pasar Ria Amal ini berlangsung selama 2 hari dan mendapat sambutang yang sangat menggalakkan daripada orang ramai, badan-badan persendirian, swasta dan juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan.

0 comments: