Antara guru-guru yang berpeluang melihat sendiri keadaan banjir secara eksklusif
Menaiki bot kepunyaan salah seorang penjaga penuntut
Tanjong Maya sememangnya sebuah kampung yang cantik dengan pemandangannya
Banjir yang hampir menenggelamkan batang paip
Melalui kawasan sungai Tanjong Maya
Salah sebuah rumah yang terbiar kosong
Keadaan banjir yang menenggelamkan rumah-rumah
Mujur ada perahu yang memudahkan pengangkutan dikala banjir
Keadaan banjir yang menenggelamkan sebuah kereta yang sudah rosak
Pasukan Bomba dan Penyelamat yang sedang bertugas memantau keadaan
Kawasan Lubok Pulau
Mungkin biskita sendiri mengenali bangunan ini
salah satu pemandangan yang sempat dirakamkan pada tengahari itu
Menaiki bot kepunyaan salah seorang penjaga penuntut
Tanjong Maya sememangnya sebuah kampung yang cantik dengan pemandangannya
Banjir yang hampir menenggelamkan batang paip
Melalui kawasan sungai Tanjong Maya
Salah sebuah rumah yang terbiar kosong
Keadaan banjir yang menenggelamkan rumah-rumah
Mujur ada perahu yang memudahkan pengangkutan dikala banjir
Keadaan banjir yang menenggelamkan sebuah kereta yang sudah rosak
Pasukan Bomba dan Penyelamat yang sedang bertugas memantau keadaan
Kawasan Lubok Pulau
Mungkin biskita sendiri mengenali bangunan ini
salah satu pemandangan yang sempat dirakamkan pada tengahari itu
Semasa hendak pulang dari kerja pada tengahari itu, saya berpeluang meninjau secara “eksklusif” kawasan-kawasan berdekatan yang dilanda musibah banjir ini dengan manaiki perahu salah seorang penjaga penuntut yang mengambil anak beliau pulang dari sekolah. Menyaksikan sendiri keadaan yang terjejas akibat banjir di sini menyebabkan diri terasa kerdil berhadapan dengan kejadian ini. Tidak terbayang apa yang hendak dilakukan jika musibah ini terjadi kepada diri sendiri. Penduduk yang ditimpa musibah disini masih mampu mengukir senyuman-senyuman dibibir pasrah dengan kehendak Illahi yang telah ditimpakan kepada mereka menampakkan kecekalan dan ketabahan mereka menghadapi detik-detik musibah berkala ini dengan penuh sabar walaupun kejadian ini tidaklah seteruk mana jika dibandingkan dengan kejadian-kejadian dan musibah-musibah yang berlaku dinegara-negara jiran dan negara-negara luar.
Dalam buku BENCANA (AL-IBTILA’) – Pengertian dan Konsep hasil tulisan Dr.Haji Muhammad Nur Lubis yang sempat saya baca ada menyatakan apa yang telah, sedang dan yang akan terjadi tertakluk kepada kehendak Allah Ta’ala berdasarkan takdir atau ketetapan-Nya. Semua yang ada di alam ini tidak ada yang mampu keluar daripada takdir atau ketetapan itu. Tidak ada satu pun yang terkecuali. Inilah akidah kita – orang-orang Islam - dan kita sama sekali tidak dibenarkan menyalahkan ( tuduh menuduh / salah menyalahi sesuatu pihak )atau menyesali apa yang berlaku sekiranya tidak selari dengan kemahuan kita.
Berdasarkan keadaan inilah maka salah satu rukun Iman yang wajib digenggam kuat ialah “Percaya kepada takdir baik dan takdir buruk datang dari Allah Ta’ala”. Ertinya semua perkara berada dalam takdir dan atau ketetapan Allah Ta’ala, dan manusia hanya menerima saja apa yang telah ditetapkan-Nya itu.
Dalam persoalan Qadha dan takdir kita wajib yakin semua yang ada dan terjadi adalah berdasarkan kehendak Allah Ta’ala, bukan berdasarkan kehendak mutlak makhluk. Manusia hanya diberi ikhtiar, jika pilihannya baik, dia dianggap menang dan jika yang buruk, dia dianggap gagal. Semuanya berlaku adalah atas kehendak Allah Ta’ala jua.
Tetapi jika dikaitkan dengan adab dan cara kita mengaitkan sesuatu dengan Allah Ta’ala, kita perlu berhati-hati jangan tersilap ucapan ketika mengaitkan satu persatu dengan-Nya. Kita hanya layak dan patut mengaitkan yang baik dan indah sahaja kepada Allah Ta’ala. Mana-mana perkara yang dianggap buruk, keji, kotor, hina dan tidak disukai naluri manusia, adalah tidak beradab menyandarkannya kepada Allah Ta’ala walaupun jelas semua yang ada di alam ini adalah ciptaan-Nya dan terjadi dengan kehendak-Nya.
Firman Allah Ta’ala yang ertinya:
“Dan (ingatlah), perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlaku”
(Al-Ahzab : 38)