CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, January 23, 2011

KEJADIAN BANJIR DI DAERAH TUTONG - PART I

Pano keadaan banjir 1

Pano keadaan banjir 2

Pano keadaan banjir 3

Tetap bersemangat untuk hadir ke sekolah

Kedalaman laluan ini mencapai paras lutut

SMTM yang seolah-olah dikelilingi oleh tasik

Guru-guru sedang mengawasi penuntut untuk menaiki truck

Tiada rotan akar pun berguna ~Tidak ada perahu, Truck pun boleh diguna

Reflek dari rumah banglow berdekatan

Berbaris mengikut giliran untuk menaiki truck

Kelihatan truck sedang membawa penuntut menyeberangi laluan banjir

Guru-guru sedang meneliti akhbar Borneo Bulletin mengenai keberangkatan KDYMM ke kawasan banjir

Giliran guru-guru untuk menaiki truck

Menyaksikan sendiri kedalaman banjir secara dekat

Kereta pacuan empat roda tidak mempunyai masalah melalui kawsan banjir ini

Kereta yang membawa tuan pengetua menyeberangi banjir

Kedatangan SIFAR ~ sesuatu yang hanya berlaku dikala banjir

Semasa waktu balik

Penuntut dipimpin untuk menuruni truck untuk mengelak sebarang kecederaan

Bulan Januari 2011 sudah hampir menghampiri penghujungnya dalam masa beberapa hari lagi, dan blog saya yang kerdil ini masih belum membuat sebarang post dan entri untuk dikongsikan pada bulan ini. Bukan tidak ada bahan untuk dikongsikan tetapi waktu diawal tahun merupakan waktu kritikal buat diri saya memandangkan waktu tersebut merupakan diantara waktu yang paling sibuk untuk diri saya untuk mencari semula rentak dan semangat kerja yang diharapkan setelah berlalu cuti panjang di bulan Disember 2010. Mungkin sahaja aktiviti percutian saya di bulan Disember 2010 nanti akan segera dikongsikan jika keadaan mengizinkan saya dan jika saya tidak terlalu sibuk dengan tugasan harian.

Entri saya kali ini menceritakan sedikit musibah dan bencana yang berlaku akibat banjir di tempat kawasan saya bertugas pada masa ini. Walaupun tempat saya bertugas sebenarnya tidak terjejas namun tempat laluan untuk sampai ke sana sedikit terjejas akibat banjir yang mencapai paras lutut sehingga menyebabkan kami menaiki truck pengangkutan untuk menyeberangi kawasan banjir sehingga ada yang terseliuh badan dan kaki semasa menaiki truck tersebut. Hujan yang turun dalam beberapa hari kebelakangan ini terutama di kawasan rendah dan pedalaman di daerah Tutong telah mengakibatkan banjir di beberapa buah kawasan dan tempat di daerah ini. Paras air yang naik telah mengakibatkan baniir di kawasan seperti kampong Rambai, Kampong Ukong, Kampong Sungai Damit Pemadang, kampong layong, Kampong Panchong, Kampong Benutan, Kampong Penapar, Kampong Tanjong Maya dan Kampong Lubok Pulau sehingga turut menjejaskan laluan-laluan utama disini.

Akibat dari kejadian ini, sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir telah memberikan kelonggaran kepada penuntut-penuntut mereka untuk bercuti khas sehingga keadaan mula beransur reda.

Walaupun penduduk dikampung ini ditimpa kesusahan namun bantuan-bantuan dari agensi-agensi kerajaan dan persatuan-persatuan bukan kerajaan telah sama-sama bekerjasama membantu meringankan beban penduduk kampung yang terjejas dengan menghulurkan bantuan seperti pengangkutan-pengangkutan dan sebagainya.

Maklumat kaji cuaca yang diperoleh daripada Jabatan Penerbangan Awam meramalkan lebih banyak hujan dijangka turun antara 24 hingga 27 Januari ini. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengelak daripada air bah yang mengalir deras, tidak melakukan sebarang aktiviti dalam banjir atau mula berpindah apabila diarahkan berbuat demikian. Orang ramai juga boleh berkongsi maklumat berhubung dengan banjir atau jika memerlukan bantuan, bolehlah menghubungi talian hotline JKR 140 yang dibuka 24 jam (Media Permata – 20012011).

0 comments: