CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, February 23, 2015

Generasi Berwawasan


Logo Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-31 tahun

Al-hamdulillah, Negara Brunei Darussalam telahpun menyambut hari kebangsaan hari ini dengan penuh gemilang. Sebenarnya tarikh 23hb Februari adalah tarikh yang sentiasa aku nanti-nantikan dan ditunggui setiap tahun. Kerana pada tarikh ini aku selalunya akan merakamkan beberapa detik dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari yang bersejarah ini melalui lensa kamera. Bermula dari tahun 2009, aku mula aktif mengikuti pertubuhan-pertubuhan yang banyak mengajar aku bermain dengan lensa kamera. Bermula dari setting AUTO kepada setting MANUAL. Seorang photographer pernah bersuara kepada aku ketika aku mula memilki DSLR pertama yang suatu hari nanti aku akan "bermain" dengan setting MANUAL, dan bersiap sedia yang kamera DSLR pertama ini bukan kamera DSLR  yang terakhir. Nampaknya pengalaman beliau telah betul-betul menjadi realiti buat diriku.

Berbalik dengan sambutan hari kebangsaan pada tahun ini. Dukacita tidak ada satu klik pun yang mampu aku lepaskan untuk merakamkan peristiwa untuk tahun ini. Dan ianya sangat-sangat menyedihkan diriku kerana saban tahun aku tidak pernah terlepas turut serta merakamkan peristiwa melalui kamera sejak tahun 2009. Hati ku meronta-meronta ingin dikeluarkan dari perbarisan apabila melintasi barisan photographer yang sedang bertugas. Mungkin permohonanku telah dikabulkan Allah kerana pada tahun lepas aku memang ada memikirkan untuk berehat sebentar kerana bebanan tugasan. Namun jauh dilubuk hati tangan dan jari ini masih ingin mengetik butang shutter dan tubuh yang semakin lanjut ini masih ingin memikul beban kamera dan lensa yang bukan ringan. Semoga di tahun 2016 nanti aku diberikan peluang untuk beraksi merakamkan detik sambutan Hari Kebangsaan 2016. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-31, semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dalam lindungan Dan pemeliharaan Allah subhaanahu wa Ta'ala jua . AMIN.

Sunday, February 22, 2015

Erti Kehidupan : SIBUK #2015

As-Salam dan salam 2015 sedar tidak sedar sudah 2 tahun aku menyepikan diri dalam dunia blogging. 2 tahun bukannya tempoh yang pendek. Ia sudah cukup untuk membuatkan orang berasa bimbang dan tertanya-tanya. dimanakah saya? apakah yang sudah terjadi? sihatkah? atau sakitkah? dan al-hamdulillah saya masih sihat menempuhi cabaran baru yang semakin mengganas. Kalau boleh aku ingin meneruskan kehidupan harian ku tanpa ada sebarang alasan-alasan untuk mengelakkan diri dari melakukan sebarang tugasan yang telahpun dipertanggungjawabkan atau yang telah diamanahkan kepada kita. Cuma aku kadang-kadang merasa rindu mengenangkan masa-masa sudahku yang mana dalam kesibukan harian aku masih punya masa untuk melakukan aktiviti atau hobi kegemaranku. Photography, membaca buku dan blogging. Tanpa aktiviti-aktiviti kegemaran tersebut hidup terasa sepi tanpa aktiviti-aktiviti. Aku banyak belajar sesuatu daripada kegemaran-kegemaran tersebut. Dan kini aku sudah terperangkap dengan tugasan yang mengikat aku dari meneruskan aktiviti atau kegemaran-kegemaran tersebut. Aku punya waktu terbatas untuk mengisi waktu-waktu untuk mengisi hobi tersebut. Apabila aku mengikut aktiviti photogarphy, sering aku hilang fokus memikirkan tugasan yang perlu disiapkan dengan segera. Bacaan bukuku sering terganggu dengan laporan-laporan lain yang perlu disiapkan yang bagiku sebenarnya adalah tidak perlu. Semoga aku tabah dan tidak mudah melatah menghadapi liku-liku yang akan mendatang.