CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, February 23, 2015

Generasi Berwawasan


Logo Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-31 tahun

Al-hamdulillah, Negara Brunei Darussalam telahpun menyambut hari kebangsaan hari ini dengan penuh gemilang. Sebenarnya tarikh 23hb Februari adalah tarikh yang sentiasa aku nanti-nantikan dan ditunggui setiap tahun. Kerana pada tarikh ini aku selalunya akan merakamkan beberapa detik dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari yang bersejarah ini melalui lensa kamera. Bermula dari tahun 2009, aku mula aktif mengikuti pertubuhan-pertubuhan yang banyak mengajar aku bermain dengan lensa kamera. Bermula dari setting AUTO kepada setting MANUAL. Seorang photographer pernah bersuara kepada aku ketika aku mula memilki DSLR pertama yang suatu hari nanti aku akan "bermain" dengan setting MANUAL, dan bersiap sedia yang kamera DSLR pertama ini bukan kamera DSLR  yang terakhir. Nampaknya pengalaman beliau telah betul-betul menjadi realiti buat diriku.

Berbalik dengan sambutan hari kebangsaan pada tahun ini. Dukacita tidak ada satu klik pun yang mampu aku lepaskan untuk merakamkan peristiwa untuk tahun ini. Dan ianya sangat-sangat menyedihkan diriku kerana saban tahun aku tidak pernah terlepas turut serta merakamkan peristiwa melalui kamera sejak tahun 2009. Hati ku meronta-meronta ingin dikeluarkan dari perbarisan apabila melintasi barisan photographer yang sedang bertugas. Mungkin permohonanku telah dikabulkan Allah kerana pada tahun lepas aku memang ada memikirkan untuk berehat sebentar kerana bebanan tugasan. Namun jauh dilubuk hati tangan dan jari ini masih ingin mengetik butang shutter dan tubuh yang semakin lanjut ini masih ingin memikul beban kamera dan lensa yang bukan ringan. Semoga di tahun 2016 nanti aku diberikan peluang untuk beraksi merakamkan detik sambutan Hari Kebangsaan 2016. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-31, semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dalam lindungan Dan pemeliharaan Allah subhaanahu wa Ta'ala jua . AMIN.

0 comments: