CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 11, 2015

AKU DAN PESTA BUKU BRUNEI 2015


Antara buku-buku yang dibeli dalam Pseta Buku 2015

Buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan yang terbaru bagi tahun 2015, antara buku wajib ada dalam simpanan kerana manfaat dan kegunaannya yang sangat besar dan bukan sedikit

Pesta Buku 2015 baru saja melabuhkan tirainya dalam beberapa hari yang lepas. Aku adalah diantara mereka-mereka yang sangat suka membaca buku. Bila diadakan Pesta Buku setiap tahun aku adalah diantara yang paling gembira dan juga nervous bila mengunjungi gerai jualan. Kenapa pula aku katakan yang aku nervous? Mungkin kerana aku bimbang jika kepuasan yang diterima nanti tidak mencapai standard diri sendiri. Mungkin juga aku seorang yang sangat cerewet. Yang pasti aku menilai kepuasan diri sendiri dengan menilai harga jualan dan jenis buku yang dijual pada Pesta tersebut. Jika kena pada harga dan nilai buku yang dibeli tersebut sudah tentulah akan menimbulkan satu rasa kepuasan pada diri sendiri.


Kalau aku perhatikan, aku sering menyediakan peruntukan untuk berbelanja untuk membeli buku pada bulan Disember ketika cuti persekolahan, lazimnya aku akan keluar ke negara jiran hanya untuk mengunjungi kedai-kedai buku disana memandangkan harga buku disana jauh lebih murah dari harga di pasaran sini. Tidak dilupakan juga pada bulan Februari atau Mac di mana pada setiap tahun bulan tersebut akan diadakan Pesta Buku bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Cenderahati bagi tetamu yang datang mengunjungi ke Pesta Buku 2015
Berpeluang mengunjungi Pesta Buku 2015 dengan membawa rombongan pelajar dari sekolah.

Genre-genre buku yang dibeli pula sering berubah mengikut keperluan dan situasi semasa. Pada mulanya aku gemar membeli buku-buku yang berkaitan dengan ilmu Tauhid yang membincangkan soal-soal akidah dan ketuhanan, seterusnya kebidang sejarah dan ketamadunan Islam, Keugamaan, Kesusasteraan Arab, Ilmu Pendidikan, Kepimpinan, Motivasi, Novel dan seiring dengan perkembangan usia dan bidang kerjaya aku mula mencari buku-buku yang berkaitan seperti buku mengenai permakanan sihat dan kesihatan, Ilmu-Ilmu sejarah dari buku rujukan biasa hinggalah ke peringkat Ensiklopedia. Aku juga tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan buku-buku yang boleh dianggap ‘RARE’ atau susah untuk didapati dipasaran atau toko buku tempatan sekiranya buku itu bersangkutan dengan bidang atau kerjaya sendiri. Mungkin juga aku sudah menjadi pembaca tegar pelbagai buku Multi-Genre.


Al-hamdulillah, pada musim Pesta Buku 2015 ini, sekali lagi aku tidak melepaskan peluang untuk berkunjung untuk mencari bahan bacaan dan sumber rujukan terbaru yang boleh dimanfaatkan nanti dalam bidang kerjaya dan diri sendiri.  Dan pada tahun ini saya telah mengunjungi Pesta Buku 2015 lebih dari 5 kali semata-mata untuk mencari bahan-bahan bacaan terkini dan sumber-seumber rujukan terbaru. 

Antara buku yang dibeli semasa kunjungan ke Pesta Buku 2015 

Lagi buku-buku yang dibeli semasa mengunjungi Pesta Buku 2015

Burger Special di gerai jualan Pesta Buku 2015, diantara burger yang paling sedap pernah ku rasa di pasaran Brunei Darussalam

Lain orang lain minatnya. Salah seorang rakan ketika ditanya tentang kunjungan ke Pesta Buku 2015 ini mengatakan bahawa dia tidak memperolehi apa-apa dalam kunjungan beliau ke Pesta Buku 2015 ini dan menambah ianya sama sahaja seperti pada tahun yang lepas. Tetapi lain pulak halnya dengan aku kerana aku mendapati ada banyak buku-buku terbaru yang mana sekiranya aku terlepas untuk mendapatkannya pada tahun ini besar kemungkinan amat sukar untuk aku mendapatkan atau menjejakinya semula di tahun akan datang. Dan secara peribadi saya sangat berpuas hati dengan apa yang telah saya perolehi dalam Pesta Buku 2015 semoga perkara yang berkebajikan ini akan sentiasa diteruskan bagi memartabatkan lagi budaya cintakan ilmu dengan amalan suka membaca dikalangan masyarakat Brunei Darussalam terutama sekali dikalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah hingga ke peringkat Universiti serta belia-belia dan beliawanis-beliawanis yang satu hari nanti akan mengemudi jentera pembangunan dan kemajuan negara di masa akan datang.

1 comments:

Dhani Tour Bandung said...

Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

WhatsApp : +6282214441280
Call : +6282214441280
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : paketpelanconganbandung.blogspot.co.id
Website : www.paketpelanconganbandung.com
Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Wassalam dan Terima Kasih...

JOM MELANCONG INDONESIA…
CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA