CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, January 24, 2009

Mari Mengaji

Kan dijadikan cerita, aku atu meruah-ruah gambar lam folder, mencari semula sesuatu untuk kan dijadikan eksperimen, sekalinya terjumpa tah ku beberapa gambar yang ku PS untuk blog sekulah tahun lapas punya, batah dah ku inda memphotoshop secara heavy sejak pakai DSLR ani, mengedit pun.. aku edit-edit yang ringan saja.., ani teruja ku meliat gambar yang ku post diatas ani, walaupun banyak error & silap, tapi 3 gambar diatas merupakan 3 gambar favourite ku yang ku edit tahun lapas..mana inda baru kan bejinak-jinak dengan Photoshop jua masa atu, terima kasih kepada Anugerah kerana memberi tunjuk ajar serba sedikit dalam Photoshop tahun lapas atu..

Friday, January 23, 2009

Noisy HDR


Thursday, January 22, 2009

ExHaUsTeD !!! - HoMe SwEeT hOmE . . .


Friday, January 16, 2009

Tingkat 7 Punya Pemandangan @ NOVOTEL
















Sunday, January 11, 2009

We Will Not Go Down (Song for Gaza)



Lyrics:

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight

(Composed and Performed by Michael Heart)

------------------------------------------


Bumi Palestin kembali bermandi darah. Tatkala rencana ini dinukil, jumlah korban telah meningkat kepada 537 orang dan mencederakan lebih 2000 mangsa. Serangan bermula sejak 27 Disember lalu belum menampakan tanda ia akan berhenti apabila tentera Israel memperhebatkan serangan dengan menggerakkan tenteranya melalui darat selain dari serangan melalui udara dan laut. Kekejaman rejim Zionis ini tidak perlu diceritakan dengan panjang lebar, umum pasti mengetahui sejarah yang cukup panjang di antara Yahudi Zionis dan juga umat Islam di Palestin. Sejarah yang penuh dengan darah dan air mata ini merupakan tanda aras penjuangan umat islam yang tidak pernah padam.


Negara Palestin melalui sejarah yang cukup panjang dan getir. Sepanjang kewujudannya memang tidak pernah sunyi dengan pelbagai konflik yang merencanakan sejarah dan masa depan dunia. Perjalanan negara Palestin bermula pada tahun 638 Masihi apabila Umar Al-Khattab telah berjaya memerdekakan negara Palestin daripada penjajahan kerajaan Rom sehinggalah kepada peristiwa penubuhkan sebuah doktrin untuk mendirikan negara Yahudi Israel oleh Theodore Hertzl pada tahun 1896. Antara peristiwa genting dalam sejarah Palestin adalah pada tahun 1967 apabila Israel menyerang Mesir, Jordan dan Syria selama 6 hari atas alasan menghalang pencerobohan dan juga pembunuhan kejam ratusan rakyat palestin di Sabra dan Shatila pada tahun 1982. Kini sejarah-sejarah kejam itu semakin kita lupakan. Nada suara kita semakin perlahan dalam memperjuangkan hak kita itu. Jika ada pun, suara itu seperti sekarang iaitu umpama selingan yang bermusim. Sekejap kuat ia berdentum, sekejap ia diam terdungu.


Ancaman zionis bukan sekadar penaklukan berdarah ke atas bumi Gaza, tetapi juga dengan dengan kerja-kerja gila Zionis apabila mereka mula mengali terowong di bawah Masjid Al-Aqsa. Kerja gila ini telah bermula semenjak tahun 1967 apabila Israel telah menggali terowong sepanjang 70 meter. Sehingga kini kerja ini masih berterusan secara terancang dan sistematik. Cita-cita Yahudi untuk mendirikan ‘Kuil Haykal’ seakan mampu direalisasikan jika umat Islam hanya mampu terus berdiam. Dengan usia yang semakin melewati senja, ditambah pula dengan kerja-kerja penggalian bawah tanah, struktur binaan Masjid Al-Aqsa semakin terancam. Sampai bilakah Al-Aqsa mampu bertahan? Adakah sempat kita mendapat kembali hak sebagai pemilik tunggal Al-Aqsa sebelum ia rebah tersembam menyembah bumi?

Pelbagai cadangan dan pendapat disuarakan sebagai satu usaha dalam menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis ini. Ramai yang memilih untuk melakukan demonstrasi jalanan dan memboikot ekonomi Amerika Syarikat dan Israel dengan cara tidak membeli produk keluaran negara itu. Usaha ini merupakan salah satu jihad kecil yang termampu umat Islam di Malaysia lakukan. Diperingkat tertinggi kepimpinan negara pula, suara-suara ke arah solusi berbentuk jangka panjang mesti mula direncanakan di samping masih mengekalkan suara-suara lantang dan keras apabila memberikan pendirian tentang isu kekejaman rejim Zionis terhadap bumi Palestin. Malaysia juga perlu ke depan dalam mengambil langkah drastik seperti mengugut untuk mengurangkan kadar penggantungan terhadap mata wang Dollar dalam urus niaga luar negara. Hal ini perlu disepakati oleh semua negara Islam dan negara yang menentang kekejaman terhadap negara Palestin bagi memberikan kesan mendesak yang lebih hebat kepada negara yang menjadi tulang belakang kepada rejim Zionis.

Masalah yang dihadapi oleh negara Palestin dan umat Islam ini akan berterusan tanpa penyelesaian jika umat Islam masih tidak mahu berdikari dan terus bergantung pada kekuatan negara barat. Umat Islam perlu berdiri di atas kekuatan sendiri jika mahu bebas dalam melakukan sesuatu tanpa perlu terikat dengan sesuatu terutamanya dengan polisi dasar luar Amerika Syarikat. Kesatuan umat Islam juga perlu utuh dan telus dalam memperjuangkan nasib negara Palestin. Negara berjiran yang dianggap saudara perlu menjadi negara yang membantu dan bukan negara yang bersifat membatu sehingga seakan mahu membunuh saudara seislam. Memetik kata-kata ulama’ ulang zaman ini iaitu Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai renungan :

“Masalahnya kita hanya bercakap, sementara zionis sedang bekerja. Mereka terus membuat perancangan, sementara kita tidak ada kerja. Mereka terorganisasi, sementara kita bercerai berai. Mereka sentiasa bersatu sementara kita bercakaran sesama sendiri.”

30hb Disember 2008 Punya Makan Malam

Cappucino @ White Coffee
Meliat Puncak Cappucino ani, tarus tah ku terbayang Puncak Gunong Kinabalu.. :)

Ketabalan kopi cappucino.., rasanya inda usah cakap lah..namanya cappucino..

Cappucino yang berpasangan dengan Beef Lasagnea..

Nyum..nyum..inda ku ingat berapa harganya, tapi yang pasti Nyaman..sememangnya dari Secret Recipe

Friday, January 09, 2009

Bermain Kabus Di Kundasang

Tuesday, January 06, 2009

Berandam Di Aing Panas Poring Sabah

Taman Poring Sabah
Gerai-gerai yang menjual aneka barang di luar pintu masuk Taman Poring
Kalau kan membali baju, baik membali dikawasan sini @ Tamu Kundasang daripada membali di Bandar sebab murah
"Take nothing but photographs, leave nothing but footprints, Understand..??"

Pintu masuk arah kawasan mandi aing panas, jangan salah masuk arah kolam aing mendidih sudaah..
Hanya mampu merandamkan batis.., sebab inda membawa persalinan spare.. CISS!!
Emm..not bad ahh..nyaman jua rasanya bah..
Baru ku perasan, banyak-banyak batis yang berandam disini.., batisku lah yang paling seksi sekali..ho..ho..ho.. :)
Mengambil peluang menggambar, suasana aing sungai yang mengalir disini..
Untuk makluman..aing sungai yang mengalir ani inda panas..

Mengambil peluang menshoot slow shutter..biar nampak lambut sikit..
Yeahh..,like this..but still not perfect..lah
Try Again..
And again..
Kalau lah ku bawa aku punya 10-20mm atu..kan bisai..
.
30hb Disember 2008 @ SELASA - Inda sah rasanya kalau turun Sabah inda singgah ke kawasan Aing Panas Poring @ Poring Hotspring, disini, alang-alang singgah atu berandam tah ku saja, berandam batis saja, sebab tuala & barang-barang penyalinan tertinggal semua di Hotel (appaaraa..), kalau inda, ada yang berandam sambil menyalam disana atu (macam inda cukup saja swimming pool di hotel atu)nyaman lah jualah rasanya.., dengan bayaran masuk RM15 (tahun 2009 jadi RM30 tia untuk foreigner) bulih berandam sepuas-puasnya, kalau kan mandi pun bulih jua.., ada tampat terbuka dan ada jua tempat yang tertutup untuk sesiapa yang luan pemalu atu.., Kawasan disini pun alum lagi abis ku jelajahi banarnya sebab mengejar masa.., next time kalau turun sini mesti datang awal lah supaya dapat ronda-ronda kawasan ani lagi, sayang rasanya kalau jalan jauh-jauh ani tapi sedikit sahaja yang dapat dijangkau..

Sunday, January 04, 2009

Aku Dan NOVOTEL @ 1 Borneo


Saturday, January 03, 2009

Trip To Kota Kinabalu

Pos Labu masih lagi tutup semasa kedatangan kami, semangat jua udah kami atu..

Assalamualaikum.., secara jujurnya ani adalah postku yang pertama untuk tahun 2009M / 1430M ani dan masih lagi alum terlambat untuk ku kan mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah & Masihi kepada pemerhati yang melawat laman blog ku ani, sibuk lah jua dalam beberapa hari ani memandangkan tempoh percutian ku pun sudah semakin sampai penghujung dan masih banyak lagi keraja yang alum disiapkan..
.
4 hari sebelum berakhirnya tahun 2008M aku bersama 2 orang rakan telah melakukan perjalanan ke Kota Kinabalu, kami memulakan perjalanan kami pada 29hb Disember, dan merancang balik dari Kota Kinabalu pada tahun baru 01 Januari 2009, jadinya pada 28hb Disember atu kan kami bermalam di rumah kerajaan tempat driver kami ani bertugas di Temburong. Pada hari kami akan memulakan perjalanan kami pada 29hb Disember atu, bangun awal lah dalam jam 4am, sembayang Subuh di Labu & sampai di Pos Labu pukul 5.40am, alum lagi ada kereta time atu disana, aku rasa pun Pos atu inda jua sibuk banar.., dan kami sampai ke destinasi lebih kurang jam 10 lalu di Kota Kinabalu.

Thursday, January 01, 2009

Pantai Seri Kenangan - Kan Menyalai