CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 23, 2009

KNK - Kampong Ayer Boat Trip I - Jong Batu Dan Pulau Lumut Lunting

Jong Batu (1)

Jong Batu (2)


Jong Batu (3)


Jong Batu (4)

Jong Batu (5)

Jong Batu (6)

Pulau Lumut Lunting (1)


Pulau Lumut Lunting (2)



Pernah dangar kah inda nama Jong Batu dan Pulau Lumut Lunting, kedua-dua nama atu merupakan nama yang cukup terkenal dan popular dalam persejarahan Brunei. Melalui pengalaman pagi kelamarin menyusur sungai Brunei atu, tarus tah menziarahi dan meninjau dengan lebih dekat lagi kedua-dua tempat atu,


Jong Batu kalau mengikut sejarahnya merupakan kisah seorang nakhoda yang bernama Si Manis yang durhaka arah mamanya sehingga mamanya jauh hati dan menyumpah Si Manis dan anak-anak kapal menjadi batu, manakala Pulau Lumut Lunting pula mempunyai cerita sejarah yang terlalu lama iaitu sejak pemerintahan Awang Alak Betatar lagi yang berkaitan dengan sejarah penyabungan ayam diantara Majapahit dan Po-ni (Brunei) yang mana ayam sabung milik Awang Semaun yang bernama Mutiara telah berjaya menewaskan ayam sabung Majapahit yang bernama Asmara sehingga terbang melarikan dirinya. Kekalahan ani menyebabkan si Majapahit merasa murka lalu menyumpah Mutiara ayam sabung Awang Semaun yang terbang menjadi batu dan jatuh di Sungai Brunei. Pulau lain yang seangkatan dengan persejarahan ani ialah Pulau Pilong-Pilongan yang juga merupakan ayam sabung Majapahit bernama Asmara yang bertukar menjadi batu ketika melarikan dirinya ketika bersabung. (rujukan)

1 comments:

Anonymous said...

banar jua usulnya jong batu atu bila diliat dari sudut berbeza memang nampak macam kapal sinding/singit terdampar arah pantai, dari sudut kedua macam kapal tabalik dan jua lagi bila diliat dan difikirkan permukaan geografinya jong batu ani jua macam inda logik camana tadapat batu basar tapacak jauh dari darat di sungai atu dan batunya ani jua macam batu jenis yang tedapat di kawasan bukit yang mana jauh dari sungai. kawasan berhampirannya adalah mangrove