CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, July 10, 2009

PROGRAM SYABAABUL ISLAM 2009M/1430H - BAHAGIAN 1

Kain rentang Program Syabaabul Islam yang menyambut kedatangan kami disini

Peserta-peserta lelaki yang terpilih dari sekolah-sekolah daerah Belait, Tutong dan Brunei Muara

Peserta lelaki sedang menjalani aktiviti riadah diwaktu petang

Bariisss!!....jangan inda bebaris..

Mungkinkah ada sesuatu yang membuat peserta perempuan ani tersenyum

Menumpukan perhatian penuh dalam acara sukan

T.E.A.M.W.O.R.K.!.!.!.!.!.!

Acara sukan yang disediakan oleh AJK program

BAHHH!!! DANGAR SINI!!!...acara seterusnya ialah melap lantai sampai bersih!!!

Para peserta perempuan beredar dari dewan besar setelah selesai mendengar sessi ceramah

Ustazah Zaleha menyampaikan ceramah beliau kepada para peserta program

Para peserta yang ceria sambil mendengar ceramah


Assalamualaikum..dan apa khabar, semoga semuanya sihat wal-afiat disamping family tersayang. kali ani kan cerita sedikit pasal satu program yang aku ikut sekajap semasa cuti persekolahan yang diadakan pada beberapa minggu yang lapas, kesibukan harian membuatkan aku inda dapat mengupdate blog ani, walaupun pada hakikatnya ada banyak kan ku post..lagipun aku suka mempost semasa aku banar-banar lapang dan FREE, dan oleh sebab kelmarin patang merupakan hari "KEMERDEKAAN FASA PERTAMA" ku sejak 6 bulan dibebani dengan tekanan kerja, jadinya dengan senang hati aku mengambil peluang ani untuk mengupdate serba sedikit cerita-cerita yang sudah dikira expired ani untuk pembaca blog ku yang budiman.

So..kan dijadikan cerita, Pada permulaan cuti penggal ke-2 beberapa minggu yang lapas, saya bersama beberapa orang rakan telah dilantik untuk menjadi guru pembimbing dalam satu Program yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Islam iaitu Program Syabaabul Islam selama 4 hari berturut-turut di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, ani adalah kali ke-2 aku menjejakkan kaki kedalam kawasan kampus sekolah bini-bini ani walaupun sekolah ani kerap dilintasi pada era tahun 2000-2001, kali pertama ku masuk dalam kawasan kampus sekolah ani adalah pada tahun 1990 kalau ku inda silap, sebabnya heh..heh..inda lah payah kan ku bagitau..

Oleh sebab Program ani dijalankan pada musim cuti persekolahan, jadinya terpaksa tah aku dengan rela-hatinya mengorbankan 4 hari cuti ku untuk membimbing peserta Program dalam sessi halaqah, banyak aktiviti yang disediakan dalam Program ani, dan oleh sebab kewujudan ku dalam Program ani hanya ada pada sessi halaqah PAGI dan PETANG sahaja, gambar-gambar yang ku snap pun gambar ketika aktiviti PAGI dan PETANG sahaja, atupun aktiviti mana-mana yang ku sampat sahaja, jadinya aktiviti diwaktu MALAM aku inda ikut serta.. Program ani tamat dengan penyerahan sijil dan bergambar ramai pada petang rabu 17hb JUN 2009 sebelum para peserta program balik kepangkuan keluarga masing-masing membawa bersama 1001 kenangan manis mereka ketika berada dalam Program ani.


"KELMARIN sudah berlalu
HARI INI sedang berjalan
dan ESOK belum tiba..
Maka gunakan kesempatan hari ini kerana kesempatan itu
ialah HARTA YANG TERPENDAM"
-Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni, Kunci Kejayaan Minda

0 comments: