AHAD, 25hb Oktober 2009M – Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah menganjurkan kempen menderma darah dengan temanya “We Care” bertempat di Civic Centre Daerah Tutong, Kempen yang dianjurkan Kelab KEKAL ini juga turut dibukakan kepada orang-orang ramai yang ingin menderma darah. Kempen menderma darah ini bermula dari pukul 9.00pagi hingga ke pukul 11.30pagi. Alhamdulillah, sambutan yang diterima dari orang ramai adalah sangat menggalakkan dan ianya telah membuktikan yang masyarakat kitani sememangnya mengambil peduli bertepatan dengan temanya iaitu “We Care”.
Menderma darah merupakan satu kegiatan dan amalan yang boleh menyelamatkan nyawa orang lain dan patut dijadikan sebagai amalan sepanjang hayat buat kitani. Dengan menderma darah jantung akan mengepam semula darah dan membentuk sel darah baru untuk mengganti semula darah yang telah didermakan yang sudah semestinya akan mendatangkan manfaat serta faedah kepada kesihatan tubuh badan. Jumlah kadar darah yang hendak didermakan semasa proses menderma adalah bergantung kepada berat badan seseorang penderma atu, sebab atu tah sebelum kitani menderma, berat badan seseorang atu akan ditimbang terlebih dahulu. Selalunya ada 2 jumlah kadar darah yang boleh didermakan iaitu sebanyak 350ml dan 450ml (atu yang aku pernah kana bagitau lah), atu pun kalau orang atu masih waras atau inda kapisan. Limpas dari kadar atu akan menyebabkan penderma atu akan merasa pening dan akhirnya pengsan. Jadi pastikan sebelum biskita menderma perut hendaklah jangan dibiarkan kosong. Penderma akan dibenarkan untuk menderma semula setelah berlalu tempoh 2-3 bulan selapas itu.
0 comments:
Post a Comment